Selamat Hari Raya Aidiladha kepada semua umat islam.
Tahun ini kami sekeluarga
beraya di Temerloh. Seperti biasa pagi-pagi dah bangun untuk menyiapkan hidangan hari raya, menu hari ini nasi dagang lauk ikan tongkol dan roti jala dengan kari ayam. Saya bersama-sama anak- anak menunaikan sembahyang sunat Aidiladha di masjid Taman Seri Semantan , tepat pukul 8.30 pagi sembahyang dimulakan. Ibadah korban dijalankan seperti biasa, tapi tak macam biasa ia dilakukan selapas sembahyang sebaliknya
hari keesokkan
harinya sebab raya tahun ini jatuh hari Jumaat , takut kerja-kerja korban tak sempat selesai sebelum masuk waktu Jumaat.
Jumaat, 27 November 2009
Ahad, 22 November 2009
Majlis Perkahwinan Angah ( Najmuddin) Di Temerloh
12.00 tengahari - Rombongan pengantin tiba dari Ampang bersama-sama saudara mara dan sahabat andai. Semua rombongan terus menuju ke tempat makan yang disediakan .Pengantin bersama saudara terdekat menjamu di meja yang disediakan khas.
1.00 petang - Tetamu datang tak putus-putus bersama keluarga, jiranku dari Taman Pelangi pun hadir ( Pn Shema & Pn Azrina bersama keluarga masing-masing ) . Setelah selasai menjamu selera, pasangan pangantin bersalam dengan saudara mara dan temu yang hadir.
3.00 petang - Setelah tetamu semua dah balik , masa untuk kemas pun bermula, kami adik beradik kena kemas petang ni juga sebab ada antara kami yang nak pulang ke KL malam ni juga. Kalau ditinggal begitu aje maka tak laratlah mak dan ayah nak kemas , mereka tinggal berdua aje .

Terima kasih kepada jiran dan saudara mara yang membantu membuat persiapan dan mengemas serta pihak caretering yang menyediakan semua makanan , kemah dan meja makan pengantin. Kepada semua para jemputan yang sudi datang dan memeriahkan majlis ini diucapakan terima kasih dan kami sekeluarga memohon maaf jika ada kekurangan .
Terima Kasih daun keladi , esok dijemput datanglah lagi - shahidah
Selasa, 17 November 2009
Ulangtahun Perkahwinan ke 12
Isnin , 16 November 2009 .
Ulangtahun perkahwinanku, hari ini genap 12 tahun
perkahwinan kami. Satu kejutan anak-anakku dimana mereka membelanja kami makan malam di Pizza Hut, hasil duit belanja sekolah dikumpul mereka bertiga. Sungguh terharu! Kecil-kecil lagi dah pandai kumpul duit untuk sambut ulangtahun perkahwinan kedua ibu & ayah mereka. Siap beli hadiah lagi...Tahun-tahun sebelum ni cuma hadiah je. Semoga amalan mereka ini berkekalan!! Macam ibunya!
Ahad, 15 November 2009
Majlis Pernikahan & Persandingan Jiran Di Shah Alam
Jumpai Lagi Di Taman Pelangi ( rumah pengantin lelaki )
Majlis Ihtifal dan Anugerah Kecemerlangan KAFA Intergrasi Taman Pelangi Rawang
Ahad, 8 November 2009
Majlis Penyampaian Sijil Dan Konsert - Syakirah
Sampai Jumpa Lagi . Terima kasih
Mesyuarat Agung TPR Kali ke 2
Sabtu, 7 November 2009
Perkahwinan Angah ( abang )
sanak saudara dan sahabat handai. Majlis telah dimulai dengan bacaan doa yang dibacakan oleh Imam masjid Ampang Jaya

dan menepung tawar oleh 5 orang wakil dari pihak lelaki dimulai oleh ibuku, atuk saudara, nenek saudara, mak saudara
dan aku (inilah pertama kali aku menepung tawar pengantin). Seterusnya acara disusuli dengan majlis makan beradap. Setelah selesai makan beradap dan jamuan makan kepada
semua rombongan dari pihak pengantin lelaki, acara seterusnya adalah memotong kek telah dilakukan oleh kedua mempelai. Majlis diteruskan lagi dengan sesi penggambaran bersama adik beradik, sanak saudara dansahabat handai. Majlis dengan pasangan pengantin bersalam-salam dengan para tetamu dan sanak saudara. Semoga perkahwinan ini berkekalan sehingga ke anak cucu, Amin!!! - shahidah
Ahad, 1 November 2009
Sukan Tahunan Sek Keb Bandar Baru Rawang
Syafiq (along)- Mengambil satu acara saja iaitu lari dalam guni secara berkumpulan dan kumpulannya berjaya menduduki tempat ke dua.
Langgan:
Catatan (Atom)