JASA.com adalah singkatan nama Jasazami Ahmad & Shahidah Abdullah , merupakan blog keluarga yang memuatkan semua aktiviti dan perjalanan hidup seluruh keluarga kami. Terima kasih

Jumaat, 16 Disember 2011

Cuti-cuti Malaysia - Jelajah Utara ( 11 Dec - 14 Dec 2011 )

 Rawang >>> Padang Besar >>> Wang Kelian ( Thailand) >>> Kangar >>> Kuala Perlis >>> Langkawi >>> Alor Star >>> Penang >>> Rawang


Alhamdulillah, program kami cuti-cuti Malaysia jelajah utara (Rawang - Padang Besar - Wang Kelian ( Thailand) - Kuala Perlis - Langkawi - Kuala Perlis - Alor Star - Penang - Rawang) dalam  masa 93 jam dengan selamatnya. Satu pengalaman  yang tak disangkakan ketika naik feri nak ke Penang saya dsekeluarga dipelawa oleh Keptan fari untuk naik ke kabin  .Di sini kami dapat melihat bagaimana feri dikemudi dan dapat melihat pemandangan Penang waktu malam serta pemandangan indah jembatan Penang. Menurut krew feri orang awan tak boleh naik ke kabin tapi sebab kita orang bernasib baik dapat pelawaan dari keptan feri.

Sabtu, 19 November 2011

Lepak kat HR Steak House Kg Baru

Sambut belated celebrate anniversary kat HR Steak House Kg Baru sambil menonton perlawanan bolasepak antara Malaysia melawan Myanmar.

Sabtu, 20 Ogos 2011

Selamat Hari Raya Aidilfitri




Asalammualaikum

Kepada : Semua
Ampun dan maaf andainya aku ini…
Terkasar bahasa dalam bicara
Tersilap bicara semasa bersama
Termarah yang tak kena tempatnya
Tertanya tak tentu hala..
Tersasul yang tak sengaja
Terpukul kat mana-mana
Terpekik kuat di telinga
Terhantuk terketuk di kepala
Terpinjam terambil harta & benda
Termoody tak semena-mena
Terumpat bila ada cerita,
Teremail benda yang tak sepatutnya kau terima
Termacam-macam yang kena-mengena.. ,,

Di hari yang mulia sepuluh jari ku hulurkan semua,
Memohon kemaafan atas segala dosa yang ada
Kerana aku masih bernama manusia
Pastinya tak lepas membuat dosa

Semoga dimaafkan,

Salam Aidil Fitri Maaf zahir & Batin



Tulus Ikhlas Dari

Jasazami, Shahidah,

Syafiq, Syifaa’

& Syakirah .

Sabtu, 6 Ogos 2011

Kami Buka Bersama

Sabtu , 6 Ogos 2011 - Hari ni berbuka puasa  satu keluarga setelah 6 hari berpuasa kerana along balik cuti hujung minggu. Biasalah tempat pilihan setiap tahun berbuka puasa di Perangsang Templer Golf Club. Di sini ada berbagai jenis masakan yang disediakan. Hanya larat makan 1/10 aje jenis masakan dan pencuci mulut .

Jumaat, 29 Julai 2011

Selamat Menyambut Ramadhan Al-Mubarak

Assalamualaikum

Kami sekeluarga  mengucapkan selamat menyambut Ramadhan Al-Mubarak kapada adik beradikku ,sanak saudara dan semua . Semoga Ramadhan kali ini lebih bererti, lebih bermakna dan lebih segala2nya dari Ramadhan yg lalu.

Selasa, 7 Jun 2011

Bersantai Bersama Keluarga di I-City Shah Alam

Isnin 6 Jun 2011 - Bersantai bersama keluarga di I-City Shah Alam. Dah lama bercadang nak ke sini disebab banyak perkara dan hal yang perlu diutamakan maka tertunda beberapa kali . Memang indah suasana disini yang diterangi oleh berbagai warna lampu LED dan tambah pula dengan berbagai aktiviti. Anak-anak sungguh seronok terutama bila dapat masuk ke rumah salji, bagaikan berada di kutub utara. Ingankan tak sejuk ..rupa-rupanya sejuk sangat walaupun dah pakai baju sejuk masih terasa kesejukannya terutama ditangan dan muka. Hinggakan kemeraku berkabus bila keluar dari rumah salji , nasib baik bawa 2 kemera bolehlah pakai yang satu lagi. Kalau tak .. tak dapatlah ambil gambar di tempat lain.



Ahad, 5 Jun 2011

Sehari Di Port Dickson

Sabtu, 4 Jun 2011- Tiba di Port Dickson 12 tengahari, kami sekeluarga terus menghadiri majlis kenduri kahwin adik Din di Teluk Kemang, Lepas kami pun check in di Kayns Resorts. Tempat ni sungguh cantik pemandangannya yang mengadap pantai. Ni kali pertama kami sekeluarga menginap disini. Seronok disini sebab pantainya cantik dan jauh dari tumpuan orang dan selesa untuk berehat di tepi pantai sebaba banyak pokok yang besar.

Isnin, 30 Mei 2011

Hobi Baru Aku Dan Anakku Memelihara Burung ( Burung Serindit )

Ahad 29 Mei 2011- Sepagi aku membaiki sangkar arnabku yang terbiar di belakang rumah. Dulu aku ada bela sepasang arnab tapi tak lama sebab  keduanya mati digigit semut api. Kali ni aku bercadang memelihara burung pula, semalam dah pergi ke kedai burung dengan anakku dan mereka berkenan pula dengan burung serindit. Cantik sungguh bulu badanya dengan  berbagai warna. Sangkar burung ni ku letakkan di taman mini didepan rumahku. Sebelah petang selepas sembahyang zohor aku dan anak-anakku pergi ke kedai burung untuk membeli sepasang burung serindit dengan harga RM38.00.
Burung Serindit (bahasa Inggeris) "Blue-crowned Hanging-Parrot") juga dikenali sebagai Burung Bayan Kecil merupakan salah satu daripada haiwan terlindung yang terdapat di Malaysia. Pemburuannya memerlukan lesen pemburuan. Nama sainsnya Loriculus galgulus.
Ciri-ciri
Burung Serindit ialah haiwan berdarah panas, mempunyai sayap dan tubuh yang diselubungi bulu pelepah, dan paruh tanpa gigi. Burung Serindit adalah sejenis burung yang terdapat di dalam genus burung serindit Loriculus. Burung ini berukuran kecil, dengan panjang mencapai 12cm. Sebahagian besar bulunya berwarna hijau dengan bulu ekor berwarna merah.

Burung Serindit jantan dan betina mempunyai warna yang serupa. Burung Serindit jantan memiliki bercak kepala berwarna biru dan bercak tenggorokan berwarna merah. Burung Betina berwarna lebih kusam dibanding jantan.

Jumaat, 29 April 2011

Dalam Kenangan Ayahku(Ahmad @ Rehan Kamari) dan Bondaku (Mintan Atmorejo)

Ayah dan Bonda hanya surah Al Fatihah saja yang dapat ku kirimkan dan ku hadiahkan kepadamu berdua dan pusaramu jugalah tempat aku melepaskan rindu dan mengingatimu yang telah meninggalkan kami adik beradik semua. Aku tetap berterima kasih diatas semua yang telah kau berikan kepadaku , aku rasa masih banyak lagi jasamu yang tidak dapat aku balas tapi walaubagaimanpun semua jasamu akan aku ingat dan kenang. Mak masakanmu selalu kurindui walaupun aku tahu aku takan dapat merasai masakkanmu lagi. Sambal goreng merupakan masakan yang kau selalu masakkan ketika aku balik cuti dan kau akan masaknya lagi serta akan bekalkan untuk ku bawa ke Universiti. Abah semua barangan antik kesayanganmu akan ku jaga sebaik mungkin untuk menjadi kenangan cucu cicit  mu nanti.

Isnin, 25 April 2011

Sek Men Keb Agama Tengku Ampuan Hajjah Afzan Pahang.... Aku Kembali - Shahidah

Isnin 25 April 2011 - Aku mendaftar semula ke SMKATAHAP setelah 22 tahun aku keluar dari sini tapi, kali ini bukan untuk aku tapi mendaftar anak sulungku Syafiq yang menjadi murid SMKATAHAP. Pada awal Mac aku telah menerima panggilan telefon daripada Jabatan Pendidikan Negeri Pahang yang menyatakan bahawa semua permohonan luar Pahang terpaksa ditolak kerana permohonan dari dalam Pahang terlalu ramai. Aku kecewa tetapi, aku redha. Aku bersyukur kerana Syafiq sudah ditempatkan di Kelas Aliran Agama (KAA) Selangor iaitu di Sek Men Keb Rawang. KAA pun sama dengan SMKA, yang membezakannya, KAA tak tinggal di asrama tapi SMKA tinggal di asrama. KAA disekolah biasa tapi SMKA sekolah asrama penuh samada di bawah kementerian atau JPN.
Pada 22 April aku menerima panggilan telefon dari jiranku di Temerloh yang menyatakan ada surat dari JPN Pahang untuk Syafiq,
 aku menyuruh dia membuka surat tersebut. Ya Allah! Syafiq ditawarkan ke SMKATAHAP. Syukur alhamdulillah, itulah rezeki Syafiq. Aku pun mulalah membuat senarai barang-barang keperluan yang perlu dibawa ke asrama. Satu kelebihan untuk Syafiq sebab ibunya dulu tinggal diasrama. Jadi, aku tahu apa yang perlu disediakan atau dibawa ke asrama.

Pada 25 April, aku sekeluarga pergi SMKATAHAP untuk mendaftar Syafiq. Aku mengimbau di tahun 1985 ketika aku mula-mula menjejak kaki ke sekolah itu. Terlalu banyak perubahan... Aku masih ingat dimana kelas aku. Kelas aku ketika tingkatan 4 telah dijadikan galeri rupanya. Aku telah menerangkan kepada suami dan anak-anakku mengenai sekolah dan sebagainya. Macam pemandu pelancong pulak. SMKATAHAP terlalu banyak kenangan pahit dan manis buatku. Aku bersyukur bersekolah di sana. 

Aku berharap Syafiq akan dapat belajar dengan tekun dan bersungguh-sungguh. Seterusnya memperolehi kejayaan yang cemerlang. Lebih berjaya dan cemerlang daripada ibu. Semoga Syafiq dapat mencapai cita-cita yang diidam-idamkan. Insyallah! 

Ahad, 24 April 2011

BBQ Bersama Adik Beradik

Sabtu 23 April 2011-  Sungguh seronok bila semua adik beradik dapat berkumpul , makan dan sembang bersama. Kedua-dua adik beradik sebelah aku dan isteri datang. Ini akan dijadikan aktiviti bulan untuk kita orang adik beradik berkumpul. Kita jumpa lagi di BBQ akan datang


Sabtu, 16 April 2011

Hari Ulangtahun Kelahiranku Ke 11 ...Syifaa'

Khamis 14 April 2011 -Ini tandanya umur aku dah bertambah. Kami sekeluarga makan malam di MD . Ayah ajak makan tempat lain tapi aku tetap nak makan di sini juga .

Khamis, 14 April 2011

Ulang Tahun Kelahiran Ku Yang Ke ....... Shahidah

Isnin 11 April 2011 -Dinner dengan suami dan  anak2 @ pizza hut Rawang - my b'day!.Terima kasih yg tak  terhingga kpd semua diatas doa & ucapan sempena harijadi saya.

Berehat Di Janda Baik Sesama Kawan XTAHAP

Sabtu 9 Mac 2011 - Hujung minggu bersantai bersama kawan-kawan lama semasa di TAHAP. Sungguh
menyeronokan bila sesekali berehat bersama.
Terima  kasih kpd Huda, Noor, Watie, Lynne, Zai & Zura. Ini permulaan, selepas ini diharapkan lbh ramai lagi. Jgn lupa 10 julai. Penganjur seumur hidup, teruskan tugas anda...

Selasa, 29 Mac 2011

Ketika Di Zaman Sekolah Dulu...

Wajahku ketika di tingkatan 4 dulu ( berdiri kanan sekali ) ... Dulu seperti buluh...... sekarang ... haa.haa...

Selasa, 15 Mac 2011

Selamat Harijadi ke 8 tahun Syakirah....

Isnin -14 Mac 2011, Genap 8 tahun umur Syakirah anaku yang bongsu ( buat masa ni lah ). Tiup lilin dan potong kek dah buat pada hari sabtu lepas, sama dengan Majlis Perjumpaan Keluarga. Malam ni kita orang anak beranak makan di  tempat yang dipilih oleh Syakirah.

Sabtu, 12 Mac 2011

Perjumpaan Keluarga

Sabtu 12 Mac 2011 - Perjumpaan Keluarga yang dihadiri oleh adik beradik , ipar duai , biras dan anak saudara serta saudara yang duduk di kawasan Taman Pelangi. Ini ada perjumapaan yang pertama kali aku dan isteri anjurkan untuk mestikan kami dapat selalu berjumpa setelah semua orang tua kami tiada. Diharap majlis ini dapat di adakan selalu. mungkin lepas ni rumah adik beradik yang lain pulak. Program Majlis hari ini :




7.25 mlm - Dimulakan dengan solat Magerib berjemaah
7.50 mlm - Bacaan Yassin dan Tahlil
8.36 mlm - Solat Isyak berjemaah
9.00 mlm - BBQ dan borak-borak
10.15mlm - Ada sedikit mesyuarat keluarga
10.30 mlm - Kawan-kawanku datang ngeteh bersama
1.30 pagi - Semua bersurai

Walaupun majlis ini sederhana tapi yang penting dapat mengumpulkan kami adik-beradik, bulan depan rasanya nak buat lagi ....

Selasa, 1 Februari 2011

Hari Ni Aku Berkerja Di Tempat Baru

1 Feb 2011 - Selasa , Hari ni aku memulakan tugas di tempat dan syarikat yang baru di Tamin Jaya Cheras. Kalau dulu kerja dekat 5 minit aje dah sampai ke tempat kerja tapi sekarang  1 1/2  jam perjalanan dan terpaksa redah kesesakan lalulintas. Dulu bolehlah lepas sembahyang subuh sambung tidur, pukul 7 pagi baru bangun dan 7.50 baru pergi kerja  tapi sekarang 5.45 pagi dah bangun dan bersiap-siap untuk ke tempat kerja. Ini baru dikatakan kerja di KL yang sesak . Takpa yang penting rezaki bertambah untuk diri dan keluarga.

Jumaat, 28 Januari 2011

Dalam Kenangan - Ramlah Binti Uda

Jam 6.30 petang  25  Januari  2011, ibuku telah menghembuskan nafasnya buat kali terakhir setelah selesai kami 5 beranak memandikannya dan  disahkan telah  meninggal dunia oleh doktor yang dibawa oleh jiranku Pak Tam pada jam 6.50 petang.  Setelah sekian lama menanggung kesakitan selama lebih 5 bulan termasuk 145 hari di ICU IJN . 
Doktor telah mengesahkan kedua-dua buah pinggangnya tidak berfungsi lagi, paru-paru, hempedu , hati dan sistem darahnya telah dijangkiti kuman . Doktor juga memberitahu semua ubat yang
diberikan tidak banyak membantu dan menasihatkan kami adik beradik membawa pulang. Setelah berbincang, kami semua  bersetuju membawa pulang ke rumahku di  Rawang. Ambulan yang membawa emak tiba di rumahku jam 1 tengahari. Sebaik sampai suamiku dan jiran telah menuggu. Mengikut perancangan awal sepatutnya kami akan adakan majlis bacaan Yassin pada sebelah malam. Kami adik beradik telah menelefon saudara mara, jiran dan kawan , tapi majlis itu bertukar kepada bacaan Yassin dan tahlil. Jenazah emak selamat disemadikan berhampiran kubur ayah di Tanah Perkuburan Kuala Garing. Semoga emak ditempatkan bersama2 org beriman & solehah. Amin!

Kalau ingin dapatkan lebih banyak cerita lihatlah catatan yang lalu di bawah tajuk Emak Oh Emak.

Ahad, 23 Januari 2011

Taman Mini Rumahku Berwajah Baru

Aku buat sedikit ubahsuai di hadapan rumahku termasuk taman. Aku tambah pagola dan ubahsuai sikit pagar . Sedikt aje perubahan dibuat dengan penambahan pintu gerbang yang kecil dan menjadi laluan utama untuk keluar dan masuk .







 Tema taman tak tahu lagilah, sekali  tengok ada macam  ala bali dan sekali lagi tengok ada ala jepun, tak tahulah yang mana satu dan yang  penting sedap mata sendiri memandangnya. Kerja menghias taman ini tak terhenti setakat disini bila ada masa lapang  dan ada idea baru maka berubahlah keadaan taman ini. Taman ni walaupun kecil tapi ia sungguh berguna untuk bersantai sesama keluarga dan rakan-rakan yang datang bertandang. Bila malam sungguh damai bila dihiasi dengan lampu-lampu, boleh kata setiap malam saya akan duduk lepak di taman ni. Bila duduk di sini rasa bagai di kampung yang dah lama ku tinggalkan.