JASA.com adalah singkatan nama Jasazami Ahmad & Shahidah Abdullah , merupakan blog keluarga yang memuatkan semua aktiviti dan perjalanan hidup seluruh keluarga kami. Terima kasih

Isnin, 15 Mac 2010

Futsal Oh Futsal

Malam Ahad ( 14 Mac 2010 ) yang lalu, Aku dan Syafiq ( anak sulongku ) bermain futsal bersama jiran tertangga. Lama rasanya saya tak main futsal setelah kemalangan 3 tahun yang lalu. Main pun saja-saja untuk memenuhi permintaan kawan-kawan. Aku bermain saja mencukupkan korem bersama geng otai Taman Pelangi.
Penat tak terkata walaupun aku hanya berjalan di gelangang. Kebanyakan kawan-kawanku semuanya pemain sekolah dulu. Tak sangka mereka masih ada skil lagi walaupun tenaga tak cukup - jasa

Ahad, 14 Mac 2010

Ulangtahun kelahiran Syakirah ke 7

Hari ini tepat pukul 4.11 petang genap 7  tahun umur puteriku Syakirah. Kami adakan majlis harijadi secara sederhana dan hanya dihadiri oleh ahli keluarga dan jiran terdekat aje. Majlis dirancang disaat atas sebab ayah yang tak sihat tapi dia dibenarkan keluar dari Pusrawi setelah keadaannya bertambah baik dan bersetuju berehat di rumahku di Rawang. Walaupun majlis ini sederhana tapi dengan kehadiran tetamu majlis ini menjadi meriah. Terima kasih kepada semua yang hadir.




Isnin, 8 Mac 2010

Berniaga Sambil Beramal untuk Anak-anak

Sabtu lepas aku bersama rakan -rakanku ( Shema, Aini, Zaini, Alyn, Ina dan Fiq) berniaga air di Sukan Tahunan Sekolah Bandar Baru Rawang bagi membantu Tabung PIBG untuk kegunaan aktiviti anak-anak kami. Semua hasil jualan ini akan di masukkan ke dalam tabung PIBG sekolah.
Air ini adalah ditaja oleh Teh BOH . Seperti biasalah kalau Teh BOH yang taja airnya mestilah Ice Tea . Kali kami menjual perisa Lemon dan Orchard Splash. Seronok bila melihat air yang kita orang jual laris. Tak henti-henti melayan anak-anak dan ibu bapa yang datang membeli. Ada diantara kami inilah kali pertama berniaga , tapi
mereka sungguh seronok dan kalau boleh aktiviti seperti ini diadakan lebih banyak lagi bagi memperkayakan tabung PIBG sekolah. Semua rakan-rakanku yang membantu ku ucapkan "Terima Kasih Daun Keladi Lain Kali Tolong Lagi ". Jumpa lagi diaktiviti akan datang......- shahidah

Nak jadi perlumba basikal LTDL bila besar nanti-Syifaa'

Bila lihat kumpulan perlumba LTDL 2010 lalu di depan kedai Hijas  aku rasa nak ikut aje abang-abang ni lumba basikal . Seronok juga tengok mereka berkayuh . Nanti besar aku nak juga jadi cam mereka. - syifaa'

Sukan Tahunan SKBBR 2010


Sukan Tahunan Sekolah Kebangsan Bandar Baru Rawang, diadakan pada 6 Mac 2010 dengan penuh kemeriahan. Buat pertama kalinya sukan tahunan ini diadakan acara larian dan balapan, sebelum ini hanya acara sukaneka aje.
Ramai ibu bapa yang hadir memberi sokongan kepada anak-anak mereka. Acara yang paling meriah adalah tarik tali , Syafiq dan Syifaa' memasuki acara ini . Pasukan Syifaa' telah mengalahkan pasukan Syafiq.