JASA.com adalah singkatan nama Jasazami Ahmad & Shahidah Abdullah , merupakan blog keluarga yang memuatkan semua aktiviti dan perjalanan hidup seluruh keluarga kami. Terima kasih

Ahad, 29 November 2009

Kem Pemimpin Muda Nov' 2009

Atur cara Kem Pemimpin Muda

DAY 1
7.30am – 8.00am : Berkumpul dipejabat Annkay Knowledge untuk bertolak ke kem
8.00am – 10.00am : Perjalanan ke Kem El-Azhar
10.30 am - Tiba di Kem El -Azhar (Snek pagi dan taklimat )
10.30am – 12.30pm : Do You Know Me?
12.30pm – 2.00pm : Makan tengah hari dan Solat Zuhur
2.00pm – 4.00pm : I Know, I love, I Care
4.00pm – 5.00pm : Minum petang dan Solat Asar
5.00pm – 7.00pm : Menyediakan khemah
7.00pm – 7.30pm : Makan malam
7.30pm – 9.00pm : Solat Maghrib and Isya’ (Tazkirah) / Moral Aktiviti (bukan Islam)
9.00pm – 10.00pm : Aktiviti Unggun Api
10.00pm – 10.15pm : Makan lewat malam
10.30pm : Tidur

DAY 2
5.30am – 6.30am : Solat Subuh / Senaman pagi
6.30am – 7.30am : Minum pagi
8.00am – 10.00am : What Scare You?
10.00am – 10.30am : Snek pagi
10.30am – 12.30pm : I Love Myself
12.30pm – 2.00pm : Makan tengah hari dan Solat Zuhur
2.00pm – 4.00pm : Let Me Help You
4.00pm – 5.00pm : Minum petang dan Solat Asar
5.00pm – 7.00pm : High Rope Jati Diri
7.00pm – 7.30pm : Makan malam
8.00pm – 9.00pm : Solat Maghrib and Isya’ (Tazkirah) / Moral Aktiviti (bukan Islam)
9.00pm – 10.30pm : Camp Fire Activity
10.30pm – 11.00pm : Makan lewat malam
11.00pm : Tidur

DAY 3
5.30am – 6.30am : Solat Subuh / Senaman pagi
6.30am – 7.30am : Minum pagi
7.30am – 10.00am : I Have A Plan
10.00am – 10.30am : Snek pagi
10.30am – 12.30pm : I Can Do It
12.30pm – 2.00pm : Makan tengah hari dan Solat Zuhur
2.00pm – 3.00pm : Acara penutup
3.00pm – 4.00pm : Membuka khemah & berkemas
4.00pm – 6.00pm : Perjalanan pulang ke Shah Alam
Salam dan Jumpa Lagi - syafiq

Jumaat, 27 November 2009

Hari Raya Aidiladha 2009

Selamat Hari Raya Aidiladha kepada semua umat islam. Tahun ini kami sekeluarga beraya di Temerloh. Seperti biasa pagi-pagi dah bangun untuk menyiapkan hidangan hari raya, menu hari ini nasi dagang lauk ikan tongkol dan roti jala dengan kari ayam. Saya bersama-sama anak- anak menunaikan sembahyang sunat Aidiladha di masjid Taman Seri Semantan , tepat pukul 8.30 pagi sembahyang dimulakan. Ibadah korban dijalankan seperti biasa, tapi tak macam biasa ia dilakukan selapas sembahyang sebaliknya hari keesokkan harinya sebab raya tahun ini jatuh hari Jumaat , takut kerja-kerja korban tak sempat selesai sebelum masuk waktu Jumaat.






Ahad, 22 November 2009

Majlis Perkahwinan Angah ( Najmuddin) Di Temerloh

Ahad 22 November 2009, Majlis Perkahwinan Angah ( Najmuddin) di Temerloh, majlis ini dikenali sebagai "Menyembut Menatu" dari rombongan pengantin perempuan bersama pengantin lelaki yang berkunjung ke rumah Ayah dan Bonda pengantin lelaki. Seperti biasa persiapan dilakukan awal ( petang sabtu ) bagi memgelakkan kalam kabut di pagi ahad, majlis ini rengkas aje . Persiapan hanya menyediakan tempat makan pengantin aje sebab tiada persandingan. Makan pula disediakan oleh pihak caretering . Menu kampung seperti biasalah nasi putih berlaukkan ayam masak merah, sambal tempoyak, gulai ikan talam masin , masak lemak labu dan tidak ketinggalan gulai ikan patin ( merupakan lauk utama orang Temerloh ). Warna tema majlis ini meroon dan putih .



12.00 tengahari - Rombongan pengantin tiba dari Ampang bersama-sama saudara mara dan sahabat andai. Semua rombongan terus menuju ke tempat makan yang disediakan .Pengantin bersama saudara terdekat menjamu di meja yang disediakan khas.




1.00 petang - Tetamu datang tak putus-putus bersama keluarga, jiranku dari Taman Pelangi pun hadir ( Pn Shema & Pn Azrina bersama keluarga masing-masing ) . Setelah selasai menjamu selera, pasangan pangantin bersalam dengan saudara mara dan temu yang hadir.



3.00 petang - Setelah tetamu semua dah balik , masa untuk kemas pun bermula, kami adik beradik kena kemas petang ni juga sebab ada antara kami yang nak pulang ke KL malam ni juga. Kalau ditinggal begitu aje maka tak laratlah mak dan ayah nak kemas , mereka tinggal berdua aje .


Terima kasih kepada jiran dan saudara mara yang membantu membuat persiapan dan mengemas serta pihak caretering yang menyediakan semua makanan , kemah dan meja makan pengantin. Kepada semua para jemputan yang sudi datang dan memeriahkan majlis ini diucapakan terima kasih dan kami sekeluarga memohon maaf jika ada kekurangan .
Terima Kasih daun keladi , esok dijemput datanglah lagi - shahidah

Selasa, 17 November 2009

Ulangtahun Perkahwinan ke 12

Isnin , 16 November 2009 . Ulangtahun perkahwinanku, hari ini genap 12 tahun perkahwinan kami. Satu kejutan anak-anakku dimana mereka membelanja kami makan malam di Pizza Hut, hasil duit belanja sekolah dikumpul mereka bertiga. Sungguh terharu! Kecil-kecil lagi dah pandai kumpul duit untuk sambut ulangtahun perkahwinan kedua ibu & ayah mereka. Siap beli hadiah lagi...Tahun-tahun sebelum ni cuma hadiah je. Semoga amalan mereka ini berkekalan!! Macam ibunya!

Ahad, 15 November 2009

Majlis Pernikahan & Persandingan Jiran Di Shah Alam

Sabtu 14 November 2009 , Majlis Pernikahan & Persandingan adik jiran (Shema) di Shah Alam, rumah pengantin perempua . Saya bersama-sama jiran yang lain mengiringi pengantin. Majlis pernikahan telah diadakan dirumah pengantin perempuan pada petang (selepas Asar) Sabtu, 14 November dan persandingan pada esok harinya. Semoga berkekalan sehingga ke akhir hayat Dafi & Hana!!
Jumpai Lagi Di Taman Pelangi ( rumah pengantin lelaki )

Majlis Ihtifal dan Anugerah Kecemerlangan KAFA Intergrasi Taman Pelangi Rawang

Majlis Ihtifal dan Anugerah Kecemerlangan KAFA Intergrasi Taman Pelangi Rawang yang berlangsung pada 14 November 2009 di dewan Sekolah Kebangsaan Bandar Baru Rawang. Alhamdulillah, ketiga-tiga anakku dapat hadiah walaupun bukan kerana dapat nombor 1 hingga 5. Syakirah dapat hadiah saguhati kerana 6 tahun dah masuk sekolah (sekelas dengan murid darjah 1). Keputusan peperiksaan akhir tahunnya agak membanggakan kerana dapat mengatasi murid darjah 1. Syifaa' dapat hadiah kedatangan terbaik. Syafiq juga dapat hadiah kedatangan terbaik dan penghargaan kerana mewakili sekolah dalam Hafazan & Terjemahan. Bakat yang diwarisi dari ibunya!! Semoga kesemua anakku akan menjadi anak yang soleh dan solehah, AMIN!!!!

Ahad, 8 November 2009

Majlis Penyampaian Sijil Dan Konsert - Syakirah

Ahad 8 November 2009- Majlis penyampaian Sijil Dan Konsert Syakirah yang berlangsung di dewan FRIM Kepong. Majlis ini bermula pada pukul 2.30 petang yang dimulakan ucapan dari wakil pengurusan gabung Tadika Pintar Gemilang dan Pelangi Gemilang. Konsert dimulakan dengan persembahan kumpulan nasyid dari Pelangi Gemilang. Persembahan hari ini sangat menghiburkan para ibu bapa dan semua tetamu yang hadir. Bagi memeriahkan lagi majlis pihak pengurusan tadika telah mengadakan cabutan bertuah kepada setiap keluarga yang hadir. Setelah selesai persembahaan dari semua tadika majlis di teruskan dengan penyampaian sijil kepada semua pelajar yang berumur 6 tahun. Setelah selesai majlis penyampaian sijil dan sesi bergambar semua yang hadir dijemput menjamu selera yang disediakan oleh pihak pengurusan. Tahniah kepada semua guru-guru dan pihak pengurusan kerana berjaya mengendalikan konsert ini dengan jayanya, walaupun kanak-kanak baru berumur 5 dan 6 tetapi, mereka dapat membuat persembahandengan baik di atas tunjuk ajar guru mereka.
video
Sampai Jumpa Lagi . Terima kasih

Mesyuarat Agung TPR Kali ke 2

Ahad 8 November 2009- Mesyuarat Agung TPR Kali ke 2. Mesyuarat agung perlu diadakan sebagai syarat wajib kepada semua pertubuhan yang telah mendaftar dengan ROS. Persatuan Penduduk Taman Pelangi Rawang ( TPR) telah ditubuhkan pada tahun 2007 dan pada tahun 2008 TPR telah disahkan oleh pihak Pendaftar Pertubuhan (ROS ) sebagai satu pertubuhan yang sah dari segi perundangan di Malaysia. Seperti biasa setiap kali mesyuarat diadakan ada saja persoalan yang dikemukakan oleh ahli yang berdaftar mengenai perjalanan persatuan dalam tempoh setahun. Mesyuarat ini berjalan lancar seperti yang dirancangkan. Diharap TPR akan terus menjadi satu persatuan yang menjadi kebanggaan dan harapan dari semua penduduk.

Sabtu, 7 November 2009

Perkahwinan Angah ( abang )

Hari ini 7 November 2009 , telah diadakan majlis resepsi perkahwinan angah bagi pihak pengantin perempuan. Seramai lebih kurang 50 orang yang terdiri daripada adik beradik, sanak saudara dan sahabat handai telah menyertai rombongan pengantin lelaki. Sebanyak 4 buah kereta telah berkumpul dan bergerak dari Rawang jam 12.15pm. Rombongan pihak lelaki telah berkumpul jam 1.15pm di kawasan letak kereta di permulaan jalan menuju ke rumah pengantin perempuan. Tepat jam 1.30pm kami bergerak ke rumah pengantin perempuan sebanyak 10 buah kereta. Pengantin telah diarak oleh kumpulan kompang dan seterusnya diiringi oleh adik beradik,


sanak saudara dan sahabat handai. Majlis telah dimulai dengan bacaan doa yang dibacakan oleh Imam masjid Ampang Jaya

dan menepung tawar oleh 5 orang wakil dari pihak lelaki dimulai oleh ibuku, atuk saudara, nenek saudara, mak saudara dan aku (inilah pertama kali aku menepung tawar pengantin). Seterusnya acara disusuli dengan majlis makan beradap. Setelah selesai makan beradap dan jamuan makan kepada semua rombongan dari pihak pengantin lelaki, acara seterusnya adalah memotong kek telah dilakukan oleh kedua mempelai. Majlis diteruskan lagi dengan sesi penggambaran bersama adik beradik, sanak saudara dansahabat handai. Majlis dengan pasangan pengantin bersalam-salam dengan para tetamu dan sanak saudara. Semoga perkahwinan ini berkekalan sehingga ke anak cucu, Amin!!! - shahidah