JASA.com adalah singkatan nama Jasazami Ahmad & Shahidah Abdullah , merupakan blog keluarga yang memuatkan semua aktiviti dan perjalanan hidup seluruh keluarga kami. Terima kasih
Memaparkan catatan dengan label Kuantan. Papar semua catatan
Memaparkan catatan dengan label Kuantan. Papar semua catatan

Ahad, 27 Disember 2009

Cuti-cuti Di Bukit Gambang Resort, Kuantan

Sabtu , 26 Disember 2009 , 6.00 - 7.30 pagi - Bersiap-siap pagi-pagi lagi .Bertolak awal dari Shahzan Hotel.
8.15 pagi - Tiba di Pekan Gambang , kami semua berserapan di sini , ini kali ke 2 kami berserapan di gerai ini.Makan di sini murah aje kami makan 8 orang baru RM 26.00 walaupun kebanyakannya ambil lauk ayam.
9.00 pagi - Setelah selesai serapan kami pun terus ke Bukit Gambang Resort. Bila tiba di sini telah ramai orang , ingatkan kita orang yang awal tapi ramai yang lebih awal. 10.00 pagi  - Gate mula dibuka , kami semua pun masuk ke taman tema. Taman tema ini taklah sebesar Sunway tu tapi menerik kerana dikelilingi hutan yang hijau.
10.00 pagi - 3.00 petang -Melayan anak-anak bermain air , dia orang aje yang banyak berendam saya dan isteri tak larat, hanya tengok aje. Hari ni orang ramai samapai nak main dan makan kena beratur panjang , saya tanya kat salah seorang pekerja di sini , dia kata jumlah pengunjung setakat pukul 2.00 petang dah 12,000 orang.
3.00 petang - bersiap-siap untuk pulang ke Temerloh.
3.30 petang - Meninggalkan Bukit Gambang Resort.

Jumpa Lagi.

  •  Lihatlah lebih bayak gambar dibawah