JASA.com adalah singkatan nama Jasazami Ahmad & Shahidah Abdullah , merupakan blog keluarga yang memuatkan semua aktiviti dan perjalanan hidup seluruh keluarga kami. Terima kasih

Sabtu, 7 November 2009

Perkahwinan Angah ( abang )

Hari ini 7 November 2009 , telah diadakan majlis resepsi perkahwinan angah bagi pihak pengantin perempuan. Seramai lebih kurang 50 orang yang terdiri daripada adik beradik, sanak saudara dan sahabat handai telah menyertai rombongan pengantin lelaki. Sebanyak 4 buah kereta telah berkumpul dan bergerak dari Rawang jam 12.15pm. Rombongan pihak lelaki telah berkumpul jam 1.15pm di kawasan letak kereta di permulaan jalan menuju ke rumah pengantin perempuan. Tepat jam 1.30pm kami bergerak ke rumah pengantin perempuan sebanyak 10 buah kereta. Pengantin telah diarak oleh kumpulan kompang dan seterusnya diiringi oleh adik beradik,


sanak saudara dan sahabat handai. Majlis telah dimulai dengan bacaan doa yang dibacakan oleh Imam masjid Ampang Jaya

dan menepung tawar oleh 5 orang wakil dari pihak lelaki dimulai oleh ibuku, atuk saudara, nenek saudara, mak saudara dan aku (inilah pertama kali aku menepung tawar pengantin). Seterusnya acara disusuli dengan majlis makan beradap. Setelah selesai makan beradap dan jamuan makan kepada semua rombongan dari pihak pengantin lelaki, acara seterusnya adalah memotong kek telah dilakukan oleh kedua mempelai. Majlis diteruskan lagi dengan sesi penggambaran bersama adik beradik, sanak saudara dansahabat handai. Majlis dengan pasangan pengantin bersalam-salam dengan para tetamu dan sanak saudara. Semoga perkahwinan ini berkekalan sehingga ke anak cucu, Amin!!! - shahidah

Tiada ulasan:

Catat Ulasan