JASA.com adalah singkatan nama Jasazami Ahmad & Shahidah Abdullah , merupakan blog keluarga yang memuatkan semua aktiviti dan perjalanan hidup seluruh keluarga kami. Terima kasih
Ahad, 15 November 2009
Majlis Ihtifal dan Anugerah Kecemerlangan KAFA Intergrasi Taman Pelangi Rawang
Majlis Ihtifal dan Anugerah Kecemerlangan KAFA Intergrasi Taman Pelangi Rawang yang berlangsung pada 14 November 2009 di dewan Sekolah Kebangsaan Bandar Baru Rawang. Alhamdulillah, ketiga-tiga anakku dapat hadiah walaupun bukan kerana dapat nombor 1 hingga 5. Syakirah dapat hadiah saguhati kerana 6 tahun dah masuk sekolah (sekelas dengan murid darjah 1). Keputusan peperiksaan akhir tahunnya agak membanggakan kerana dapat mengatasi murid darjah 1. Syifaa' dapat hadiah kedatangan terbaik. Syafiq juga dapat hadiah kedatangan terbaik dan penghargaan kerana mewakili sekolah dalam Hafazan & Terjemahan. Bakat yang diwarisi dari ibunya!! Semoga kesemua anakku akan menjadi anak yang soleh dan solehah, AMIN!!!!
JANGAN LUPA LAWAT BLOG GALERI KU klik saja Galeri Zemi Niyor di atas anda akan dapat melihatsemua koleksi keluargaku .Terdiri dari Duit lama yang berusia lebih 210 tahun, Redio lama, setem, gambar rumah tradisonal melayu, peralatan dapur lama zaman nenek ku dan berbagai-bagai lagi koleksi peribadi dan baragan lama.
Album Ku
Klik saja : Semua gambar keluarga ada di sini
Sembang-sembang
Untuk tulis komen anda taip kat masaj dan tulis nama di atasnya lepas tu klik HANTAR
Tiada ulasan:
Catat Ulasan