JASA.com adalah singkatan nama Jasazami Ahmad & Shahidah Abdullah , merupakan blog keluarga yang memuatkan semua aktiviti dan perjalanan hidup seluruh keluarga kami. Terima kasih

Jumaat, 28 Januari 2011

Dalam Kenangan - Ramlah Binti Uda

Jam 6.30 petang  25  Januari  2011, ibuku telah menghembuskan nafasnya buat kali terakhir setelah selesai kami 5 beranak memandikannya dan  disahkan telah  meninggal dunia oleh doktor yang dibawa oleh jiranku Pak Tam pada jam 6.50 petang.  Setelah sekian lama menanggung kesakitan selama lebih 5 bulan termasuk 145 hari di ICU IJN . 
Doktor telah mengesahkan kedua-dua buah pinggangnya tidak berfungsi lagi, paru-paru, hempedu , hati dan sistem darahnya telah dijangkiti kuman . Doktor juga memberitahu semua ubat yang
diberikan tidak banyak membantu dan menasihatkan kami adik beradik membawa pulang. Setelah berbincang, kami semua  bersetuju membawa pulang ke rumahku di  Rawang. Ambulan yang membawa emak tiba di rumahku jam 1 tengahari. Sebaik sampai suamiku dan jiran telah menuggu. Mengikut perancangan awal sepatutnya kami akan adakan majlis bacaan Yassin pada sebelah malam. Kami adik beradik telah menelefon saudara mara, jiran dan kawan , tapi majlis itu bertukar kepada bacaan Yassin dan tahlil. Jenazah emak selamat disemadikan berhampiran kubur ayah di Tanah Perkuburan Kuala Garing. Semoga emak ditempatkan bersama2 org beriman & solehah. Amin!

Kalau ingin dapatkan lebih banyak cerita lihatlah catatan yang lalu di bawah tajuk Emak Oh Emak.

Tiada ulasan:

Catat Ulasan