JASA.com adalah singkatan nama Jasazami Ahmad & Shahidah Abdullah , merupakan blog keluarga yang memuatkan semua aktiviti dan perjalanan hidup seluruh keluarga kami. Terima kasih

Isnin, 25 April 2011

Sek Men Keb Agama Tengku Ampuan Hajjah Afzan Pahang.... Aku Kembali - Shahidah

Isnin 25 April 2011 - Aku mendaftar semula ke SMKATAHAP setelah 22 tahun aku keluar dari sini tapi, kali ini bukan untuk aku tapi mendaftar anak sulungku Syafiq yang menjadi murid SMKATAHAP. Pada awal Mac aku telah menerima panggilan telefon daripada Jabatan Pendidikan Negeri Pahang yang menyatakan bahawa semua permohonan luar Pahang terpaksa ditolak kerana permohonan dari dalam Pahang terlalu ramai. Aku kecewa tetapi, aku redha. Aku bersyukur kerana Syafiq sudah ditempatkan di Kelas Aliran Agama (KAA) Selangor iaitu di Sek Men Keb Rawang. KAA pun sama dengan SMKA, yang membezakannya, KAA tak tinggal di asrama tapi SMKA tinggal di asrama. KAA disekolah biasa tapi SMKA sekolah asrama penuh samada di bawah kementerian atau JPN.
Pada 22 April aku menerima panggilan telefon dari jiranku di Temerloh yang menyatakan ada surat dari JPN Pahang untuk Syafiq,
 aku menyuruh dia membuka surat tersebut. Ya Allah! Syafiq ditawarkan ke SMKATAHAP. Syukur alhamdulillah, itulah rezeki Syafiq. Aku pun mulalah membuat senarai barang-barang keperluan yang perlu dibawa ke asrama. Satu kelebihan untuk Syafiq sebab ibunya dulu tinggal diasrama. Jadi, aku tahu apa yang perlu disediakan atau dibawa ke asrama.

Pada 25 April, aku sekeluarga pergi SMKATAHAP untuk mendaftar Syafiq. Aku mengimbau di tahun 1985 ketika aku mula-mula menjejak kaki ke sekolah itu. Terlalu banyak perubahan... Aku masih ingat dimana kelas aku. Kelas aku ketika tingkatan 4 telah dijadikan galeri rupanya. Aku telah menerangkan kepada suami dan anak-anakku mengenai sekolah dan sebagainya. Macam pemandu pelancong pulak. SMKATAHAP terlalu banyak kenangan pahit dan manis buatku. Aku bersyukur bersekolah di sana. 

Aku berharap Syafiq akan dapat belajar dengan tekun dan bersungguh-sungguh. Seterusnya memperolehi kejayaan yang cemerlang. Lebih berjaya dan cemerlang daripada ibu. Semoga Syafiq dapat mencapai cita-cita yang diidam-idamkan. Insyallah! 

Tiada ulasan:

Catat Ulasan