JASA.com adalah singkatan nama Jasazami Ahmad & Shahidah Abdullah , merupakan blog keluarga yang memuatkan semua aktiviti dan perjalanan hidup seluruh keluarga kami. Terima kasih

Isnin, 19 April 2010

Futsal Jiran Sepakat Taman Pelangi - Perlawanan Ulangan

Perlawanan ulangan Futsal Jiran Sepakat Taman Pelangi berlangsung malam tadi dan keputusanya Pasukan Merah membenan Pasukan Kuning dengan 9 gol berbalas 7 gol . Untuk memdapat gambaran yang lebih sila ke Berita terkini dibawah dan komen-komen dari pemain dan penyokong.








Gambar atas menunjukkan saya tengah mengawal bola sebelum membuat sepakan ke pintu gawang pasaukan Kuning untuk menghasilkan gol ke 7 pasukan Merah dan gol pertama peribadi - jasa                                   
Assalamualikum
Berita terkini dari bilik berita Pasukan Merah, 19 April jam 1.00 pagi:

Pasukan kuning telah kalah teruk ditangan pasukan merah di dalam pertandingan futsal yang telah diadakan sebentar tadi. Di awal permulaan pertandingan, ketua pasukan kuning yang telah berjalan dengan lagaknya sambil mendabik dada & menggoyangkan badannya masuk ke gelanggang tetapi 1/2 jam sebelum perlawanan tamat, beliau telah keluar gelanggang dan terus termenung memegang jaring gelanggang.
Tidak ada aksi yang mencabar dari pasukan kuning kerana tendangan ketua pasukan yang asyik keluar gelanggang. Aksi penjaga gol pasukan kuning yang bernama Gobek yang agak kuat turut goyang apabila tangkapannya yang sentiasa bolos lalu beliau turut menjejaki ketua pasukannya keluar awal dari gelanggang dan terus termenung dikerusi penonton. Seorang lagi pemain pasukan kuning yang bernama JK yang pada permulaan permainan menunjukkan aksi-aksi hebat akhirnya terpaksa akur denagan kehebatan pasukan merah. Beliau turut keluar awal dan termenung dikerusi penonton.
Pemain pasukan kuning yang diharapkan seperti Man BK, Wira, Kamal Kecil & seorang pemain otai, Ishak turut goyah dengan aksi pemain pasukan merah.Kali ini pasukan merah telah menurunkan pemain-pemain yang handal dan hebat-hebat belaka. Ketua pasukan, Aji telah menunjukan contoh yang baik kepada semua pemain pasukan merah, susunan pemain yang baik dan strategi pemain yang bagus. Semua pemain merah telah menunjukkan 'skill' yang hebat. Serangan yang bertubi-tubi tanpa mengenal penat dari para pemain amat membanggakan. Walaupun Jan yang berbaju biru & tidak dapat menjaringkan gol tetapi aksi-aksi berani beliau beberapa kali nyaris menjaringkan gol amat membanggakan. Along anak Pak tam telah menunjukkan permainan yang hebat turut menjaringkan beberapa gol. Seorang pemain baru, Jai turut menampilkan permainan yang cemerlang, turut telah menjaringkan gol. Walaupun sakit lutut, tetapi Man berjaya bermain dengan baik. Penjaga gol, Saiful patut dipuji kerana telah menyelamatkan tendangan gol dari pasukan kuning. Izam yang cedera sedikit dikakinya turut turun kegelanggang dengan bergayanya. Hasrul patut diberi pujian, walaupun 'pancit' tetapi beliau telah menunjukkan semangat juang yang tinggi dan tidak menyerah kalah. Tidak dilupakan kepada seorang pemain pasukan merah, Jasa (seorang OKU & cacat sedikit kaki kirinya) turut menampilkan permainan yang cemerlang dan telah berjaya membuat sepakan yang agak mengelirukan penjaga gol pasukan kuning dan akhirnya beliau berjaya menjaringkan satu gol. Satu tamparan hebat buat pasukan kuning kerana seorang cacat telah berjaya menjaringkan gol. Ini juga suatu sejarah didalam permainan futsal!!
Rata-rata penyokong adalah dari pasukan merah. Hanya seorang sahaja penyokong pasukan kuning. Turut hadir Kamal turut berada dibarisan penonton dengan memakai baju kuning. Menurut sumber-sumber yang boleh dipercayai, beliau yang dahulunya merupakan pemain pasukan merah telah dibeli oleh pasukan kuning dengan harga yang agak mahal tetapi malangnya khidmat beliau langsung tidak digunakan di dalam gelanggang.


Kita ikuti temubual dengan beberapa pemain pasukan merah;
Aji - memang banyak tenaga sebab dah 3 hari tenaga tidak digunakan
Jai - isteri kata kalau tak jaringkan gol nanti kena tidur luar
Jan - tengah puasa 100 hari, ni baru 20 hari, lama lagi tu...lepaskan geram
Hasrul - mulut tak banyak cakap, jadi banyaklah tenaga
Man - sakit lutut bukan penghalang
Izam - sakit kaki ni sikit je, masih boleh tendang bola
Saiful - tangan memang kuat, kerja kat mana...
Along - orang muda mestilah bertenaga
Jasa - orang cacat jaringkan gol?! tak malu ke pasukan kuning?!
Temubual dengan pemain pasukan kuning;
Fidi - nak buek camno..balasan orang berlagak gamak eh..
Gobek - penat aku tampan bola tapi kawanku yg lain tak boleh sepak gol
JK - jiwa kacau lagi agaknya/?!!
Man BK - aku kecil memang tak larat nak bawa kereta besar
Wira - kena tukar nama rasanya ni, siapa boleh tolong??/
Otai Ishak - dah otai, pencen terus je la rasanya
Kamal kecil - kecil-kecil cili padi, kena tenyek buat sambal gak rupanya...
Temubual dengan penyokong pasukan merah;
Fiq - esok tengok lah e-mail dari ku
Shema - aku akan berpantun lagi
Ros - tak sia2 lakiku main walaupun sakit
Adik - ok, malam ni boleh jalan terus
Zu Izam - teror laki den main..
Sha - bangga tu! cacat dpt gak jaringkan gol 
Temubual dengan satu-satunya penyokong pasukan kuning;
Alyn - kena check BP ni...
Temubual dengan Kamal - pemain pasukan merah yang dibeli oleh pasukan kuning;Apa lah punya pasukan kuning, beli aku buat apa, macam aku teror sgt, dah tu, dibiarnya aku dok kat kerusi penyokong, penyokong merah pulak tu, poning-poning....
Sekian. berita terkini jam 1.00 pagi. - shahidah

Pantun Dari Shema ( penyokong Pasaukan Merah ) untuk Pasukan Kuning
Salam pembuka acara
Untuk sekalian kawan-kawan semua
Hatiku gembira tidak terkata
Terkenangkan kemenangan datang berganda..

Hatiku gembira tidak terkata
Terkenangkan kemenangan datang berganda
Badminton bermula sebagai juara
Disusuli dengan futsal penuh bergaya

Pantun berlagak seminggu lalu
Dari Rafidi si kawanku
Akhirnya kalah duduk termanggu
Apalah nasib hai pasukan ku!

Keratan Dari Akhbar Suara Pasukan Kuning:

Rawang, 18 april, Malam tadi menyaksikan pertembungan hebat antara dua gergasi Tmn.Pelangi, iaitu pasukan merah dan kuning yang telah memihak kepada pasukan merah buat pertama kalinya setelah mengalami kekalah teruk sebelum ini. Selepas peroleh kemenangan berganda minggu lalu, malam tadi pasukan kuning mengalami kekalahan 9-7. Perbezaan jaringan kecil membuktikan pasukan kuning masih kental kerana lawan mereka malam tadi dibarisi oleh ramai pemain termasuk dua pemain import selangor iaitu Along dan Jai. Dengan kehadiran pemain tiga kali ganda lebih ramai dari pemain kuning membuktikan pasukan merah benar-benar terdesak untuk peroleh kemenangan memandangkan pasukan dan penyokongan mereka telah dua kali dimalukan sebelum ini.
Malam tadi juga menyaksikan begitu ramai penonton yang membanjiri stadium dan 90% adalah penyokong dari pasukan merah. Ketua pasukan kuning, Rafidi berkata situasi agak mencabar berikutan beberapa kejadian yang tidak diingini telah berlaku malam tadi seperti tindakan ganas oleh beberapa penyokong merah dan beberapa kekasaran yang dilakukan oleh pihak lawan. Namun ulas beliau situasi tersebut sedikit pun tidak melunturkan semangat pasukan kuning malah beliau berasa berbangga dengan semangat dan keupayaan pemain.“saya perlu menyusun strategi baru dan juga mempertimbangkan muka-muka baru untuk diserapkan kepasukan kuning bagi mengimbangi jumlah pemain”. Selain itu beberapa pemain telah dikenal pasti bagi mengisi kekosongan, seperti Kamal (B) dan Jai.berikutan mereka telah difitnah oleh pasukan merah.
Dari temubual yang dijalankan kepada pemain pasukan kuning rata-rata dari mereka tidak kesal atas kekalahan semalam kerana bagi mereka, perlawanan semalam umpama sesi panas badan sahaja berikutan telah peroleh kemenangan bergaya dua minggu berturut-turut sebelum ini. Memberikan kemenangan kepada merah malam tadi juga sebagai pembakar semangat kepada pasukan dan penyokong mereka supaya tidak merajuk untuk beraksi lagi, sehinggakan Jasa pemain yang dikategorikan pemain OKU juga diberikan peluang untuk menyumbat gol.
Walaupun rata-rata pemain kuning tidak kesal atas kekalah mereka tetapi mereka agak terkilan oleh berita-berita yang dikeluarkan sebelum ini yang banyak menfitnah pasukan mereka, berita-berita tersebut adalah gossip-gossip liar untuk menjatuhkan pasukan,seperti gossip yang terbaru beberapa pemain kuning menjalin hubungan dengan artis-artis tempatan. Tetapi situasi berikut sukar dielakkan berikutan popularity dan ketampanan memang digilai ramai.
Pemain pasukan dan penyokong merah kelihatan begitu gembira sekali sehingga senyum seperti kerang busuk dan melompat-lompat seperti siamang gagap berikutan kejayaan mereka, ini menunjukkan jelas sekali mereka memang tidak pernah perolehi kemenangan dan memang dahagakannya (kesian).

Sekian ,berita disunting dari bernama Rafidi.

Tiada ulasan:

Catat Ulasan