Jam 10.00 malam 31 Mac 2010 , ayahku disahkan telah meninggal dunia oleh para doktor pakar yang merawatnya. Setelah sekian lama mengalami penyakit tak ada selera makan, tiba-tiba pada 1 Mac 2010 ayah telah memberitahu emak yang beliau mahu ke PUSRAWI untuk mendapatkan rawatan. Kami pun mengambil beliau di Temerloh dan menghantarnya terus ke PUSRAWI pada 2 Mac 2010. Doktor telah mengesahkan terdapat batu karang dikedua-dua buah pinggang, paru-paru berair dan ada sedikit masalah di hempedu. Beliau di tahan di wad selama 11 hari , tapi atas faktor usia doktor tak berani membedahnya. Ayah dibenarkan pulang pada 13 Mac 2010 dan dia setuju untuk pulang ke rumah ku di Rawang walaupun pada permulaannya beliau mahu balik ke Temerloh. Di sini ayah cuma berehat dan makan ubat yang dibekalkan oleh doktor, tetapi selera makannya masih kurang. Setelah berada 11 hari berehat di rumah ku dia mengadu sakit perut yang kuat. Pada 24 Mac 2010, aku menelefon hospital untuk mendapatkan ambulan bagi membawa ayah ke hospital, beberapa minit kemudian ambulan dari Hospital Sungai Buluh datang dan dia dibawa terus ke Hospital Sungai Buluh. Setelah diperiksa dia disahkan yang ususnya bermasalah dan dipenuhi angin serta telah dijangkiti kuman. Ayah bertuah kerana semasa dia di hospital, ramai doktor pakar yang merawatnya. Aku mula merasa kelainan pada diri ayah kerana pada 25 Mac 2010 semasa aku menemani beliau di hospital (dari jam 9.00 malam sehingga 9.00 pagi), beliau tidak tidur dari jam 2.00 pagi hingga 7.00 pagi dan ketika itulah beliau bercakap dengan ku "Ayah nak balik" "Nak balik kemana?" "Nak balik ke Rawang". Itulah yang diucapkannya, kalau tak salah, lebih sepuluh kali dia bercakap sedemikian . Bila aku cakap "tak nak balik Temerloh?" "tak payahlah, jauh sangat, menyusahkan je".
Kami sekerluarga telah mengadakan bacaan Yassin dan Tahlil selama 3 malam berturut. Ramai saudara mara , jiran tertangga dan sahabat andai kami yang hadir ke majlis ini.Kami sekeluarga mengucapkan jutaan terima kasih kepada semua saudara mara, sahabat andai , jiran tetangga dan yang lain kerana membantu dari segi sedekah Al-Fatihah, Doa, wang, tenaga dan sebagainya. Semoga rohnya ditempatkan bersama-sama orang yang soleh. AMIN!!! - shahidah
Kenangan
Kenangan
takziah dariku sekeluarga
BalasPadamSalam Shahidah. CJ ucapkan takziah semuga Allahyaham dicucuri rahmat.
BalasPadamsalam mokde, sama² kita sedekahkan alfatihah buat aki. kesedihan ni saya tetap merasa.
BalasPadam