JASA.com adalah singkatan nama Jasazami Ahmad & Shahidah Abdullah , merupakan blog keluarga yang memuatkan semua aktiviti dan perjalanan hidup seluruh keluarga kami. Terima kasih

Ahad, 20 Disember 2009

Program Kitar Semula (recycle & reward)

Program Kitar Semula (recycle & reward) di Taman Pelangi Rawang (TPR ) telah dianjurkan oleh Pn Shema. Sebenarnya, program ini dikelolakan oleh sepupu beliau. Di dalam program ini semua peserta dikehendaki mendaftar. Semua barang terpakai akan dikumpulkan di dalam guni yang akan diserahkan oleh pengelola. Setiap minggu mereka akan datang mengutipnya di rumah Shema. Semua peserta dikehendaki menghantar barang-barang terpakai ke rumah Shema di waktu yang akan ditetapkan. Shema akan menghubungi semua peserta melalui e-mail & sms. Semua barang terpakai akan dikumpulkan dan diberikan mata (point). Mata (point) itu nanti boleh ditukar kepada barang-barang lain seperti barangan elektrik dan sebagainya. Saya amat berharap agar lebih ramai lagi penduduk TPR yang menyertai program ini selain mendapat mata (point) tetapi dapat membantu mengurangkan bahan yang dibuang, ia juga dapat mengurangkan pencemaran alam sekitar kita. Sekarang ini seluruh dunia sedang berkempen mengenai penjagaan alam sekitar, dengan ini marilah kita bersama-sama menyertainya.

Tiada ulasan:

Catat Ulasan