JASA.com adalah singkatan nama Jasazami Ahmad & Shahidah Abdullah , merupakan blog keluarga yang memuatkan semua aktiviti dan perjalanan hidup seluruh keluarga kami. Terima kasih

Selasa, 8 Disember 2009

Masuk Wad Kat PUSRAWI

Selasa 8 Disember 2009 - Semalaman aku tak dapat tidur menahan kesakitan yang tak tahu apa puncanya. Aku pergi ke Pusrawi untuk membuat pemeriksaan tetapi kena tahan di wad (katil 2B-4, Bilik 2, wad As Salam, Tingkat 5) Pusrawi disyaki bisul. Bilik sorang dan 2 orang penuh, terpaksa duduk dibilik 4 orang. Hari ini juga aku akan dibedah untuk mengeluarkan nanah dalam bisul. Tak tahulah berapa hari aku kena tahan di Pusrawi.
2.00 petang - masuk bilik bedah, ini kali kedua aku masuk bilik bedah, pertama kalinya di Hospital Tawakal pada tahun 2004 . Risau juga bila nak masuk bilik bedah ni walaupun pembedahan kecil aje.

4.00 petang - Keluar dari bilik bedah dengan selamat. Ini kali pertama aku masuk wad di Pusrawi di bangunan barunya, kalau yang kat jalan Ipoh tu dah biasa lebih 4 kali rasanya. Semua anak-anakku lahir di Pusrawi, dah serasi dengan tempat ini. Terima kasih kepada Jan & lin jiran petama yang datang melawatku dan diikuti oleh Zuk (JK) & keluarga.

9.00 malam - Semua adik beradik aku sudah berkumpul di Pusrawi. Biasalah kitaorg, pantang dengar ada yang masuk hospital, terus datang.

Rabu 9 Disember 2009- Hari kedua berada di Pusrawi, menanti kehadiran doktor. Doktor yang merawatku adalah Dr Razipah pakar bedah am. Dia menerangkan tiada apa yang hendak dirisaukan semua nanah dah dikeluarkan, cuma perlu di cuci setiap hari supaya cepat sembuh. Tersangatlah boring nya. Tak pernah terbaring macam ni je. Notebook tak bawa pulak tu. Baring, duduk, mengiring, boring, boring. Ramai jugak kawan2 datang melawatku. Kawan2 sekolah. Terima kasih Jie, Huda, Siti, Noor dan Watie yang datang melawatku. Inilah kawan2 baikku yang sama2 bersekolah menengah dulu.

5.30 petang - Aku menerima sebakul bunga & buah dari tempat kerjaku, Boh Plantations Sdn Bhd. Terima kasih BOH. Siapalah yang buat arrangement ni. Biasanya akulah yang sibuk mengarahkan staff aku untuk menghantar bunga atau buah kepada staff yang masuk hospital atau suami/isteri yang masuk hospital atau yang bersalin atau jika ada kematian.

8.20 malam - Aku dipindahkan kebilik 9 (bilik seorang). Kalau ikutkan aku, malas nak pindah tetapi atas permintaan anak2 sebab nak tidur bersama ibunya, aku turutkan permintaan mereka. Kebetulan pulak, bilik tu baru dikosongkan. Hj Saiful, Fid & Farah datang melawatku malam ni .
Khamis - 10 Disember 2009 , Hari ini anak-anakku menemani ku , taklah rasa bosan cam semalam sebab mereka ada lagi pun notebook ada boleh layan FB dan YM dengan kengkawan.
4.30 petang - Doktor datang membuat pemeriksaan , lukaku semangkin sembuh dan aku dibenarkan pulang. Tapi tak boleh pulang juga sebab tunggu suami datang untuk jelaskan bil baru boleh balik.
6.50 petang .Suamiku datang , setelah selesaikan semua bil , kami sekeluarga pulang ke Rawang.
Terima Kasih kepada Doktor dan jururawat yang merawatku .- shahidah

Tiada ulasan:

Catat Ulasan