1 Feb 2011 - Selasa , Hari ni aku memulakan tugas di tempat dan syarikat yang baru di Tamin Jaya Cheras. Kalau dulu kerja dekat 5 minit aje dah sampai ke tempat kerja tapi sekarang 1 1/2 jam perjalanan dan terpaksa redah kesesakan lalulintas. Dulu bolehlah lepas sembahyang subuh sambung tidur, pukul 7 pagi baru bangun dan 7.50 baru pergi kerja tapi sekarang 5.45 pagi dah bangun dan bersiap-siap untuk ke tempat kerja. Ini baru dikatakan kerja di KL yang sesak . Takpa yang penting rezaki bertambah untuk diri dan keluarga.
Selasa, 1 Februari 2011
Jumaat, 28 Januari 2011
Dalam Kenangan - Ramlah Binti Uda

diberikan tidak banyak membantu dan menasihatkan kami adik beradik membawa pulang. Setelah berbincang, kami semua bersetuju membawa pulang ke rumahku di Rawang. Ambulan yang membawa emak tiba di rumahku jam 1 tengahari. Sebaik sampai suamiku dan jiran telah menuggu. Mengikut perancangan awal sepatutnya kami akan adakan majlis bacaan Yassin pada sebelah malam. Kami adik beradik telah menelefon saudara mara, jiran dan kawan , tapi majlis itu bertukar kepada bacaan Yassin dan tahlil. Jenazah emak selamat disemadikan berhampiran kubur ayah di Tanah Perkuburan Kuala Garing. Semoga emak ditempatkan bersama2 org beriman & solehah. Amin!
Kalau ingin dapatkan lebih banyak cerita lihatlah catatan yang lalu di bawah tajuk Emak Oh Emak.
Kalau ingin dapatkan lebih banyak cerita lihatlah catatan yang lalu di bawah tajuk Emak Oh Emak.
Ahad, 23 Januari 2011
Taman Mini Rumahku Berwajah Baru
Aku buat sedikit ubahsuai di hadapan rumahku termasuk taman. Aku tambah pagola dan ubahsuai sikit pagar . Sedikt aje perubahan dibuat dengan penambahan pintu gerbang yang kecil dan menjadi laluan utama untuk keluar dan masuk .

Tema taman tak tahu lagilah, sekali tengok ada macam ala bali dan sekali lagi tengok ada ala jepun, tak tahulah yang mana satu dan yang penting sedap mata sendiri memandangnya. Kerja menghias taman ini tak terhenti setakat disini bila ada masa lapang dan ada idea baru maka berubahlah keadaan taman ini. Taman ni walaupun kecil tapi ia sungguh berguna untuk bersantai sesama keluarga dan rakan-rakan yang datang bertandang. Bila malam sungguh damai bila dihiasi dengan lampu-lampu, boleh kata setiap malam saya akan duduk lepak di taman ni. Bila duduk di sini rasa bagai di kampung yang dah lama ku tinggalkan.
Selasa, 7 Disember 2010
KL International Motor Show 2010
Ahad, 5 Disember 2010
Bersantai Di Desa Water Park
Hari ini kami sekeluarga ke Desa Water Park. Kesian kat anak-anak...kawan-kawan mereka di Taman Pelangi semalam berkelah ke Sg Klah sehingga ke hari ini. Kami tak pergi kerana mak masih di ICU IJN. Sg Klah tu jauh...kalau apa-apa hal takut tak sempat ke IJN. Nasib baik anak faham yang Wan dia tak sihat. Dari Desa Water Park kami sekeluarga terus ke IJN.
Ahad, 21 November 2010
Dodol Jiran Sepakat Part II
Khamis, 18 November 2010
Syafiq - PSRA 2010
15 Nov - Keputusan PSRA along diumumkan. Alhamdulillah, along dapat Jaid Jiddan. Sikit lagi nak dapat Mumtaz. Ibu tahu kekuatan along memang kat pelajaran agama tapi, tak boleh abaikan pelajaran yg lain. Semoga cita-cita along akan tercapai.
Khamis, 11 November 2010
Syafiq - UPSR 2010
11 Nov 2010 - Keputusan UPSR diumumkan. Along dapat 3A 2B. B for English & Science. Satu keputusan yang sepatutnya dibanggakan kerana inilah keputusan yang terbaik along pernah dapat. Along sudah bekerja keras. Cuma ibunya kecewa kerana tak dapat result macam ibu. Anak ibu ikut jejak ayah agaknya. Ayah lagi teruk sebab tak ada A langsung. Tapi, ayah terus meningkat disekolah menengah sehingga keperingkat universiti sehingga menjadi Engineer dimana keputusan SRP dan SPM yg sangat cemerlang. Semoga Along tidak berputus asa dan terus belajar dan belajar. Macam ayah along selalu cakap kat ibu "budak lelaki lambat panas".
Selasa, 9 November 2010
Kursus SHO ( Safety & Health Officer ) di NIOSH
Isnin 8 Nov 2010 - Kursus SHO ( Safety & Health Officer ) di NIOSH sebulan ( 8 Nov - 10 Dec 2010 ). Dah lama rasanya tak belajar. Nak tak nak kena gi juga sebab syarikat dah hantar dan beri peluang yang lama aku tunggu.
Jumaat 10 Disember 2010,
TAMAT KURSUS DAN PENYAMPAIAN SIJIL
Setelah sebulan nilah hari yang dinantikan oleh semua pererta iaitu penyampaian sijil kehadiran. Sekejap rasanya dah sebulan rupanya kita semua bersama, rasa sedih juga nak tinggal kengkawan walaupun kita berbeza umur dan latarbelakang tapi kita boleh belajar dan bergurau bersama seperti abang dan adik.
JUMPA LAGI.......
Khamis, 16 September 2010
Selamat Harijadi Along (Syafiq)
Jumaat, 10 September 2010
Salam Aidilfitri
Hari Pertama- 1 Syawal
10 September 2010 , Jumaat - Setelah habis Ramadan semalam mucul pula Syawal hari ini. Selamat menyambut Aidilfitri kepada semua umat Islam. Bagi aku dan keluarga kami berhari raya di Kuala Lumpur kali ini disebabkan ibu mertuaku masih lagi di ICU IJN. 20 tahun aku merantau ini pertama kalinya aku berhari raya di sini. Malam raya aku di IJN lepas tu kami berbuka di Ampang di rumah birasku, selepas tu kami ke rumah kakak Ngahku di Serdang. Pagi-pagi lagi kami dah bersiap untuk makan bersama dengan keluarga kakakku. Selesai makan saya bersama anak-anak lelakiku sembahyang raya di Masjid Serdang Raya. Seperti biasa kami mengambil gambar bersama keluarga sebagai kenangan.
Tepat jam 8 malam semua pelawat disuruh keluar, kami pun beredar dari IJN. Perut terasa lapar anak-anak sibuk nak makam malam. Banyak restoran tutup jadi kita makan aje di KFC.
11 September 2010, Sabtu - Awal pagi lagi kami dah bangun sebab dah biasa. Kejut anak-anak dan suruh solat subuh, Hari tak tahu nak kemana ... fikir punya fikir akhirnya kami pergi ke menara KL. Dah lama tak gi ke sini, semasa tu along masih kecil. Anak-anak inilah kali pertama mereka datang ke mari.
Dari menara KL kami pun terus ke IJN untuk melawat ibu mertuaku.
Tepat jam 12.30 tengahari kami pun melawat ibu mertuaku. Kami berganti-ganti menjenguk ibu mertuak. Selepas jam 1.30 petang waktu lawatan pun habis, kami terus ke TESCO Selayang membeli keperluan harian yang dah banyak yang habis sebab tak sempat pergi sebelum ni.Selesai makan dan beli baranagan yang diperlukan kami kembali semula ke IJN untuk menunggu waktu lawatan pukul 6 petang. Jam 8 malam kami pulang ke Rawang dan terus ke rumah jiranku Nordin yang menjemput makan nasi dagang.
Ahad, 5 September 2010
Dodol Seri Pelangi - Jiran Sepakat
4 September 2010 , Sabtu - Aku bersama jiran-jiranku sama-sama membuat dodol buat pertama kalinya.
Seronoknya bila buat dodol beramai-ramai, dah lama rasanya aku tak mengacau dodol. Ini adalah idea kawanku Rafidi dan program ini diketuai oleh Pak Tam ( Rostam). Seramai 20 orang yang turut serta dalam program ini.
Langgan:
Catatan (Atom)