JASA.com adalah singkatan nama Jasazami Ahmad & Shahidah Abdullah , merupakan blog keluarga yang memuatkan semua aktiviti dan perjalanan hidup seluruh keluarga kami. Terima kasih

Ahad, 5 September 2010

Dodol Seri Pelangi - Jiran Sepakat

4 September 2010 , Sabtu - Aku bersama jiran-jiranku sama-sama membuat dodol buat pertama kalinya.
Seronoknya bila buat dodol beramai-ramai, dah lama rasanya aku tak mengacau dodol. Ini adalah idea kawanku Rafidi dan program ini diketuai oleh Pak Tam ( Rostam). Seramai 20 orang yang turut serta dalam program ini.
Persiapan awal dibuat oleh rakan-rakanku bermula dengan cari kayu oleh saudara Din pada hari rabu dan diikuti dengan membeli bahan untuk membuat dodol dan sup tulang pada awal pagi sabtu selepas sahur. Khemah untuk program dipasang sebelah petang. Kerja-kerja bermula dengan masak sup tulang dan memasukan bahan-bahan membuat dodol seawal jam 9.00 malam. Aku tak dapat membantu kerja awal kerana berada di IJN melawat ibu mertuaku yang baru buat bypass. Setiba aku di taman pada pukul 11.00 malam, ku lihat dah ramai kengkawanku sudah mula mengacau dodol.Kami bergilir-gilir mengacau dodol. Aku sempatlah mengacau dodol bersama-sama. Sebanyak 3 kawah dodol dimasak pada malam ini. Kawah pertama siap masak pada pukul 12.30 pagi. Bermulalah membungkus dodol dijalankan, sebanyak 50 bekas plastik disediakan. Kerja-kerja pembungkusan siap jam 2.00 pagi. Kami bersembang saja sementara menanti jam 4.00 pagi untuk sahur bersama semua anak dan isteri. Kami bersahur nasi,sup tulang dan telur dadar. 







Tiada ulasan:

Catat Ulasan