JASA.com adalah singkatan nama Jasazami Ahmad & Shahidah Abdullah , merupakan blog keluarga yang memuatkan semua aktiviti dan perjalanan hidup seluruh keluarga kami. Terima kasih

Ahad, 29 Ogos 2010

Buka Puasa Bersama Jiran Sepakat Kali 2 dan Beriadah Bersama ( Bowling)


 
28 Ogos 2010 , Sabtu - Buat kali kedua kami Jiran Sepakat Taman Pelangi Rawang mengadakan majlis buka puasa bersama. Tahun ni lebih ramai yang turut serta seramai 85 orang. Seperti biasalah sebelum berbuka kami main bowling. Ramailah yang menunjukkan bakat yang terpendam. Tapi ramai yang berbulan-bulan dan ada yang bertahun tak main, jadi lebih banyak longkang yang masuk dari pin yang jatuh. Seronok gelakkan kengkawan dan diri sendiri apabila bola masuk longkang. Setelah bermain bowling kami pun turun ke tempat berbuka puasa. Berbagai-bagai menu disediakan. Kambing BBQ menjadi pilihan..
Seperti biasa selepasa selesai makan kami ramai-ramai bergambar sebagai kenangan.
Jumpa Lagi Di Majlis Berbuka Puasa Tahun Hadapan......

Sabtu, 21 Ogos 2010

Berbuka Puasa Bersama Keluarga

Sabtu 14 Ogos 2010  - Biasalah hujung minggu masa yang paling sesuai untuk berbuka puasa bersama adik-beradik dan anak-anak saudara. Aku dan keluarga berkunjung ke rumah Kakakku di Serdang untuk berbuka puasa bersama kakak(ngah) dan abangku (uteh) serta keluarganya. Kami tinggal tiga beradik aje kerana  ayah, ibu dan 2 abangku telah meninggal dunia, bila kami berkumpul bertiga akan teringatlah mereka semua. Sebelum ke sana aku dah minta supaya kakakku untuk masak asam pedas ikan pari dan sambal goreng. Sambal goreng makanan kegemaranku ketika semasa bulan Ramadhan. Dulu semasa di kampung arwah ibuku akan masak sambal goreng bila puasa dan setiap kali aku balik bercuti semasa di U. Kini ia menjadi kenangan saja.

Ahad 15 Ogos 2010 - Hari ni pulak aku bersama keluargaku berbuka bersama ibu mertuaku dan adik-beradik sebelah isteriku. Majlis ini dibelanja oleh adik iparku. Kita orang berbuka di Perangsang Tampler Golf & Resort. Sebelum berbuka kami bereadah dulu, adik ipar (andak) dan abang iparku (angah)  serta isterinya main golf. Kami sekeluarga bersama adik ipar (ateh) dan keluarga serta ibu mertua bermain bowling. Tak sangka walaupun ibu mertuaku pertama kali bermain bowling dia tiada masalah dan dapat mengumpul mata.
Tepat jam 6.45 petang kami pun turun ke tempat berbuka puasa. Menu malam ini sangat banyak berpuluh-puluh jenis hidanagan. Mula-mula sekali kami ambil kambing panggang. Pada malam tu aku makan kambing panggang , nasi campur lauk ikan masak madu + ayam perecik + gulai ikan masin + sambal udang, kuew teaw goreng, ayam panggang dan berbagai lagi. Berhenti untuk solat magerib sebelum menyembung semula makan sampai pukul 10 malam. Jam 10.15 malam kami semua beredar untuk balik ke rumah masing-masing.



Rabu, 11 Ogos 2010

Ramadan Datang Kembali ...Selamat Berpuasa

Hari ni kita semua mula berpuasa , saya dan keluarga berpuasa di Ramadan yang mulia ini.

Rabu, 4 Ogos 2010

Kongsi Kenduri Tahlil Dan Menyambut Ramadhan Jiran Sepakat

1 Ogos 2010, Ahad - Bagai berada di kampung pulak bila nak puasa buat kenduri. Tapi di sini lain pulak kita orang buat secara bersama/berkongsi. Hj Saiful & Fiq telah menawarkan rumah mereka untuk dijadikan tempat kenduri. Semuanya bersama/berkongsi dari keluar duit, kerja dan makan. Selama 3 minggu kaum ibu telah mula merancang dari segi bajet, menu, jemputan dan sebagainya. E-mail dan SMS pemberitahuan telah dihantar kepada jirantetangga. Sumbangan kewangan telah diterima sehingga ke malam sebelum kenduri. Seramai 30 buah keluarga telah berkongsi dimana jumlah sumbangan kewangan adalah menurut keikhlasan masing-masing. Alhamdulillah, jumlah sumbangan menghampiri RM3000.00.
Kami juga berniat untuk menyedekahkan sejenis lauk kerumah anak yatim. Bermula Selasa 27 Julai  pada setiap malam kaum ibu mula menghantar barang-barang keperluan kenduri seperti dapur, tungku dapur, tikar, tong air dan sebagainya kerumah Fiq. Jumaat malam, kaum ibu membeli barang-barang kering dan kaum bapa memasang khemah untuk memasak.Sabtu pagi sekali lagi kaum ibu membeli barangan basah pulak. Selepas tu bermulalah gotong-royong  (rewang) menyediakan bahan untuk di masak, petang itu juga kami memasak rendang daging.
Malam pula ada majlis sambutan hari jadi untuk ibu Fiq, Hj Saiful dan Fiq. Kita semua makan malam bersama di rumah Hj Saiful. Pagi Ahad rewang bermula seawal jam 4.30 pagi dimana kaum bapa pergi ke pasar borong Selayang untuk membeli ayam dan santan . Jam 6.30 pagi bila ayam tiba ramai kaum ibu dan bapa telah menunggu untuk membasuh ayam dan kerja-kerja lain supaya semuanya berjalan lancar dan siap sebelum pukul 11.00 pagi. Menu hari ini ialah ayam goreng berempah, ayam masak lemak, rendang daging, sambal udang petai,  ikan masin, ulam, aneka kuih dan air teh perisa limau. Tepat jam 11.00 pagi para jemputan mula datang, majlis bacaan yassin, tahlil dan doa selamat di mulakan jam 11.30 pagi.
Selesai majlis bacaan yassin, tahlil dan doa selamat semua yang hadir makan bersama. Setelah selesai kami pun mengemas bersama-sama. Jam 5.00 petang, ketika kaum ibu masih mengemas dan membasuh, kaum bapa telah pergi kerumah anak yatim di Tasik Puteri untuk menghantar makanan dan barang-barang keperluan asas yang lain seperti beras, gula, susu dan lain-lain dengan menggunakan duit lebihan daripada perbelanjaan kenduri.
Syukur alhamdulillah, kami berjaya melakukan beberapa perkara diluar jangkaan seperti, niat asal untuk sedekah sejenis lauk kerumah anak yatim tetapi, kami dapat memberi mereka semua jenis lauk. Kami tiada niat untuk bersedekah barang-barang lain tetapi, oleh kerana ada lebihan wang perbelanjaan kenduri, kami dapat membeli barang-barang keperluan asas yang lain seperti beras, gula, susu dan lain-lain untuk anak-anak yatim tersebut.
Terima kasih kepada yang menyumbang dari segi wang, tenaga dan sokongan
Jumpa Lagi Di Majlis Yang Lain

Selasa, 20 Julai 2010

Kerja Tempat Baru

19 Julai 2010  jam 9 pagi aku mendaftar kerja di sebuah kilang di Kota Damansara. Alhamdulillah aku dapat kerja semula setelah 39 hari menganggur . Biasalah tempat baru belum ada kawan yang benar-benar rapat tapi takpa yang penting ada kerja. Kebiasaannya hari sabtu cuti , tapi kat sini kena kerja 1/2 hari. Hari ahad ni ada pesta makan durian bersama pelanggan di tempat kerja baru ni.

Isnin, 14 Jun 2010

Melaka Kami Datang Lagi Tah Yang Keberapa Kalinya


Pergi ke Melaka membawa anak-anak dan mertua untuk bersiar-siar di sana. Sebenarnya tiada dalam rancangan untuk melancong tetapi atas desakan anak-anak, terpaksalah buat perancangan mengejut dan tempat yang hampir dan banyak tempat yang boleh dilawati oleh itu Melaka menjadi tempat pilihan




Hari Pertama : Ahad 13Jun 2010
7.30 am - Keluar rumah dan bersarapan dulu di Kampung Melayu Batu 16, Rawang.
8.45 am- Bertolak ke Melaka melalui jalan Kajang - Seremban - Melaka.
11.05 am - Tiba di Bandar Hilir dan terus ke Banda Hilir.
1.05 pm - 2.00 pm - Cari hotel untuk "check in" semua hotel di sekitar Bandar Hilir penuh sebab sekarang tengah berlansung Sukma XIII .
2.05 pm - Akhirnya dapat bilik  di Shah's Beach Resort Tanjung Keling tapi pukul 3.00 petang boleh
         "check in" , ni merupakan tempat biasa kami menginap bila ke Melaka.
2.15 pm- Makan tengahari dulu .
3.05 pm- "Check in"
5-00 pm- 7.00 pm - Anak-anak mandi kolam
7.30pm - Pergi ke pasar malam  di Pantai Puteri untuk beli makanan malam
8.30 pm - Makan malam bersama di bilik.
9.30 pm- Berehat aje dibilik.
Hari Kedua : Isnin 14 Jun 2010
6.00 am - Awal bangun setelah selesai solat Subuh , berjalan sekeliling resort .
7.30 am - Sarapan pagi
8.30 am - Anak-anak mandi kolam
10.30 am - Bersiap umtuk ke Ayer Keroh
11.30 am - Sampai di Mini Malaysia dan melawat setiap rumah negeri.
1.00 pm - Makan tengahari.
2.30 pm - Balik semua ke resort.
4.30 pm - Anak-anak mandi kolam lagi, aku hanya melihat dari bilik aje.
6.00 pm - Cari makanan untuk makan malam , kebetulan ada pasar malam berhampiran resort , apalagi beli kat situ ajelah.
7.30 pm - Makan malam bersama-sama.
9.00 pm - tiada aktiviti hanya rehat dibilik aje.

Hari Ketiga: Selasa 15 Jun 2010
6.00 am - Semua anak-anak dah bangun , lepas solat subuh mereka semua nak lepak kat pantai , nak lihat matahari terbit .
7.30 am - Sarapan pagi.
8.30 am - Anak-anak tak sabar nak mandi kolam.
10.45 am - Bersiap untuk balik ke Rawang.
11.30 am - Bertolak balik melalui jalan lama , Terendak - Pengkalan Balak - Kuala Linggi - PD - KL - Rawang.
4.15 pm - Sampai semula ke Rawang.


Ahad, 13 Jun 2010

Kenangan Bersama .....

Jumaat 11 Jun 2010 . Pejam celik pejam celik hari  ini setelah 13 tahun 8 bulan kita berpisah akhirnya , setelah sekian lamanya kita bekerja dibawah satu bumbung. Dari Central Malaya di Petaling Jaya, kita sama-sama pindah ke Rawang dan bertukar nama ke CMP dibawah pengurusan yang sama. Pada 18 April 2005, kilang tempat kita berkerja dijual kepada orang putih dan bertukar nama kepada Alcan Packaging Sdn Bhd . Pada 2 Febuari 2010 sekali lagi kilang kita bekerja dijual kepada Amcor, tapi malangnya pihak Amcor terpaksa tutup kilang di Rawang, memandangkan mereka telah ada cawangan Amcor di Subang.
Kini kita semua terpaksa mencari haluan masing-masing. Berat hati rasanya untuk berpisah setelah sekian lama kita bersama tapi apakan daya mungkin ini adalah satu suratan yang perlu kita semua lalui. Mungkin ada hikmat yang Allah nak berikan kepada kita dengan ujian ini. Ini adalah satu pengalaman yang baru perlu aku hadapi, aku terpaksa membuat perancangan yang betul. Aku ucapkan jutaan terima kasih kepada isteriku yang faham situasi ini dan memberiku  semangat.


Buat kali terakhir punch out      .
Selamat Tinggal Semua Kawanku ... Jumpa Lagi ...... 

Rabu, 9 Jun 2010

Bersiar-siar Di Kuala Kangar

Ahad 6 Jun 2010 - Ini merupakan pertama kali aku dan anak-anak menjajakkan kaki di bandar Kuala Kangsar Diraja Perak , bagi isteriku dia dah banyak kali ke sini semasa alongnya belajar di Kolej Melayu Kuala Kangsar. Bandar ini antara bamdar yang tua di negeri Perak oleh itu banyak bangunan dan kesan sejarah yang terdapat di sini, terutama Masjid Ubudiah di Bukit Chandan. Sebenarnya kitaorang ke sini adalah untuk mengikut rombongan pengantin anak saudara isteriku Aanuddin . Semasa dalam perjalanan ke rumah pengantin perempuan kami dapat melihat rumah lama Perak dan sebuah pekan kecil yang masih terdapat bangunan lama yang dikenali Pekan Enggor . Semasa melalui pekan ini bagai terasa berada di dalam cerita Embun yang mengisahkan  cerita sekitar tahun 40'an , kami juga berjumpa dengan jembatan keretapi besi yang dibina oleh pihak British. Setelah selesai makan di rumah pengantin kami anak beranak terus ke  Masjid Ubudiah di Bukit Chandan untuk solat zohor. Setelah selesai kami pun bersiar-siar di pekan Kuala Kangsar.Kebetulan pada hari ini terdapat pasar minggu di pekan Kaula Kangsar. Semasa disini apalagi kalau tak ambil gambar sebagai kenang-kenangan

Isnin, 7 Jun 2010

Selamat Pengantin Baru Anak Saudaraku Ainuddin

Selamat Pengantin Baru diucapkan kepada anak saudaraku Ainuddin dan pasanganya Nurul Haridah yang telah diijabkabul pada sabtu 5 Jun 2010 dan majlis persandingan pada ahad 6 Jun 2010  di Kuala Kangsar , semoga sama-sama  kita doakan ia berkekalan sehingga ke anak cucu . Tema pada hari persandingan adalah putih dan merah, nampak meriah majlis ini . Kami rombongan pengantin  lelaki berkumpul di Bukit Chandan sebelum berkonvoi ke rumah pengantin perempuan di Kampung Loh, Enggor, Kuala Kangsar. Setiba di rumah pengantin perempuan kami jemput naik ke rumah bagi majlis persandingan dan sisi bergambar . Kami semua dijamu dengan hidangan ala kampung yang enak dan berbagai. Setelah selesai makan kami anak beranak pun berangkat pulang dan bercadang bersiar-siar di Bandar Kuala Kangsar.


Isnin, 24 Mei 2010

1 UMMPH 1 SMILE 1 MALAYSIA - BOH

Tempat : Padang Bola, Taman Tasik Titiwangsa
Tarikh : 22 Mei 2010 ( Sabtu )
Masa : 3:00 pm to 7:00 pm

BOH telah melancarkan pertandingan 1 Ummph 1 Smile 1 Malaysia bersempena dengan kempen 1 Malaysia di peringkat kebangsaan dengan kerjasama Media Prima.
Terciptalah satu lagi sejarah bagi BOH apabila kolaj terbesar hasil dari 20 ribu gambar yang dihantar melalui Facebook telah dianugerahkan Malaysia of Book Records.
Pada hari tersebut juga BOH telah menyampaikan hadiah kepada para pemenang. Semua yang hadir diberikan cenderahati yang berupa barangan produk BOH .Kanak-kanak diberikan belon. Tidak ketinggalan semua tetamu disajikan air teh tarik kurang manis dan air kotak BOH. Para tetamu juga dihiburkan dengan persembahan dari artis seperti kumpulan Bitter Sweet, Black (mentor) dan ramai lagi. Acara pada petang itu disiarkan secara langsung di radio Hot FM yang dikendalikan oleh Dj Tini.