JASA.com adalah singkatan nama Jasazami Ahmad & Shahidah Abdullah , merupakan blog keluarga yang memuatkan semua aktiviti dan perjalanan hidup seluruh keluarga kami. Terima kasih
Isnin, 7 Jun 2010
Selamat Pengantin Baru Anak Saudaraku Ainuddin
Selamat Pengantin Baru diucapkan kepada anak saudaraku Ainuddin dan pasanganya Nurul Haridah yang telah diijabkabul pada sabtu 5 Jun 2010 dan majlis persandingan pada ahad 6 Jun 2010 di Kuala Kangsar , semoga sama-sama kita doakan ia berkekalan sehingga ke anak cucu . Tema pada hari persandingan adalah putih dan merah, nampak meriah majlis ini . Kami rombongan pengantin lelaki berkumpul di Bukit Chandan sebelum berkonvoi ke rumah pengantin perempuan di Kampung Loh, Enggor, Kuala Kangsar. Setiba di rumah pengantin perempuan kami jemput naik ke rumah bagi majlis persandingan dan sisi bergambar . Kami semua dijamu dengan hidangan ala kampung yang enak dan berbagai. Setelah selesai makan kami anak beranak pun berangkat pulang dan bercadang bersiar-siar di Bandar Kuala Kangsar.
JANGAN LUPA LAWAT BLOG GALERI KU klik saja Galeri Zemi Niyor di atas anda akan dapat melihatsemua koleksi keluargaku .Terdiri dari Duit lama yang berusia lebih 210 tahun, Redio lama, setem, gambar rumah tradisonal melayu, peralatan dapur lama zaman nenek ku dan berbagai-bagai lagi koleksi peribadi dan baragan lama.
Album Ku
Klik saja : Semua gambar keluarga ada di sini
Sembang-sembang
Untuk tulis komen anda taip kat masaj dan tulis nama di atasnya lepas tu klik HANTAR
Tiada ulasan:
Catat Ulasan