JASA.com adalah singkatan nama Jasazami Ahmad & Shahidah Abdullah , merupakan blog keluarga yang memuatkan semua aktiviti dan perjalanan hidup seluruh keluarga kami. Terima kasih

Isnin, 24 Mei 2010

1 UMMPH 1 SMILE 1 MALAYSIA - BOH

Tempat : Padang Bola, Taman Tasik Titiwangsa
Tarikh : 22 Mei 2010 ( Sabtu )
Masa : 3:00 pm to 7:00 pm

BOH telah melancarkan pertandingan 1 Ummph 1 Smile 1 Malaysia bersempena dengan kempen 1 Malaysia di peringkat kebangsaan dengan kerjasama Media Prima.
Terciptalah satu lagi sejarah bagi BOH apabila kolaj terbesar hasil dari 20 ribu gambar yang dihantar melalui Facebook telah dianugerahkan Malaysia of Book Records.
Pada hari tersebut juga BOH telah menyampaikan hadiah kepada para pemenang. Semua yang hadir diberikan cenderahati yang berupa barangan produk BOH .Kanak-kanak diberikan belon. Tidak ketinggalan semua tetamu disajikan air teh tarik kurang manis dan air kotak BOH. Para tetamu juga dihiburkan dengan persembahan dari artis seperti kumpulan Bitter Sweet, Black (mentor) dan ramai lagi. Acara pada petang itu disiarkan secara langsung di radio Hot FM yang dikendalikan oleh Dj Tini.

Isnin, 17 Mei 2010

Hujung Minggu Berehat Di Genting Highland

15 - 16 Mei 2010 -  Berehat hujung minggu di Genting Highland bersama keluarga , sempena Hari Keluarga Boh . Seronok juga , sebab dah lama tak gi sini dah tu dapat tiket free pulak . Isteriku naik awal bersama-sama rakan sekerja , ini kerana 2 orang anakku ada kelas tambahan . Saya dan anak-anak naik ke Genting pada pukul 12.05 tengahari dan tiba di atas pada pukul 1.05 , kita orang terus ke Apartment Ria untuk "check in " dulu. Disebabkan parking dah penuh di atas saya parking kereta di sini aje. Kami berjalan kaki aje menuju ke First World Hotel untuk makan tengah hari  sebelum gi ke Taman Tema Genting. Berbagai-bagai permainan yang kami main , angah paling banyak permainan yang dia cuba temasuk roller coster . Kalau boleh dia ingin cuba semua permainan tapi disebabkan ketinggian yang tak cukup banyak yang tak dapat dia naik. Kami berada di taman tema hingga ke pukul 7.00 malam , sebelum turun ke Apartment Ria untuk makan malam dan mandi . Malam tu kami tidur awal sebab kepenatan Hari kedua kami hanya berehat di apartment  aje sebelum berkemas untuk kembali ke rumah. Sekarang jalan turun dah cantik dan besar tak cam dulu.

Ahad, 16 Mei 2010

BBQ Jiran Sepakat & Sambutan Hari Ibu Taman Pelangi

Pada hari Jumaat, 14.05.2010, Jiran Sepakat Taman Pelangi telah mengadakan majlis BBQ bersama jiran. Majlis ni dikelolakan oleh kaum bapa tanpa campur tangan kaum ibu. Kos perbelanjaan adalah hasil kutipan bersama yang melebihi RM1000.00. Majlis ini telah dihadiri oleh 50 buah keluarga, satu sambutan yang diluar jangkaan kerana pada mulanya kami menjangkakan hanya seramai 30 buah keluarga. Menu utama adalah BBQ ayam, nasi lemak (sponsored by Pak Tam), nugget, frankfruter, wedges & berbagai-bagai kuih sumbangan dari keluarga yang hadir serta makanan ringan untuk kanak-kanak. Kanak-kanak sungguh gembira kerana adanya pemberian belon kepada mereka.
Majlis pada itu telah dikejutkan dengan detik 11.00 malam apabila semua kanak-kanak menyanyikan lagu "selamat hari ibu" yang diiringi oleh kaum bapa dengan membawa sebuah kek 'Happy Mother's Day' yang amat besar. Semua ibu terperanjat dan terharu. Majlis diteruskan dengan majlis potong kek oleh para ibu. Majlis BBQ diteruskan sehingga pukul 12.30 malam. Kami sama-sama mengemas, membasuh dan sebagainya. Jutaan terima kasih kepada semua yang hadir dan terima kasih yang tidak terhingga kepada semua penyumbang samada dalam bentuk wang ringgit, makanan, tenaga dan sebagainya. Semoga majlis seumpama ini diteruskan pada masa yang akan datang. Jiran sepakat membawa berkat!

Ahad, 2 Mei 2010

Layan Konsert Double Trouble Search & Wings

Setelah sekian lama tak gi konsert aku dan rakan-rakan otai sama-sama gi layan Konsert Double Trouble Search & Wings di Bukit Kiara Equestrian & Country Resort. Kita orang sampai pukul 7.05 malam kawasan sekitar Bukit Kiara dah dipenuhi kereta di tepi jalan. Setelah meninjau di kawasan berhampiran Suruhanjaya  Sekuriti, akhirnya dapatlah parking di hadapan jalan masuk ke bangunan ini.Kita orang pun menuju ke Indoor Arena dimana konsert ini berlangsung, kelihatan ramai penonton sudah membanjiri diseluruh kawasan ini. 
Masa awal lagi kita orang pun menunailkan solat maghrib dahulu di surau yang disediakan, bak orang kata  rock, rock juga solat jangan lupa. Selepas solat sama-sama menuju ke Indoor Arena mencari tempat yang sesuai, masih ada ruang lagi. Semakin lama semakin sesak dibuatnya sampai sesak nafas, ada yang dah mula pengsan. Jumlah penonton yang terlalu ramai lebih 20,000 orang yang telah membeli tiket dari pengumuman yang dibuat oleh DJ. Konsert bermula jam tepat jam 9.00 malam dengan kedua-dua band mendendangkan lagu Gemuruh dari album Double Trouble. Penonton mula bersorak dan menyanyi bersama-sama .Lagu demi lagu dinyanyikan tanpa henti dari kedua-dua band. Semua lagu yang dinyanyikan penonton turut sama-sama menyanyikannya bersama Amy & Awie. Aku hanya larat berada di dalam Indoor Arena untuk10 lagu aje sebab terlalu ramai dan panas . Aku keluar, rupa-rupanya kawanku pun keluar dan ramai penonton  yang berada diluar sebab tak dapat masuk. Kami sama-sama layan lagu dari luar aje hinggalah konsert tamat.  Konsert berakhir hampir ke jam 12.00 malam.


Petikan Dari Utusan Malaysia Online  4 Mei 2010 , Selasa

Double Trouble 2 (DT2) ulangi kejayaan 17 tahun lalu

Oleh ABD. AZIZ ITAR aziz.itar@utusan.com.my
Gambar NOORADZRENE MOHD. NOOR

DUA vokalis kumpulan rock Search dan Wings ini masih unggul dalam persada muzik tanah air.
SEAWAL pukul 6 petang lagi, jalan Bukit Kiara menuju ke Indoor Arena, Bukit Kiara Equestrian & Country Resorts dari kedua-dua hala sesak teruk dengan pelbagai jenis kenderaan.Semuanya gara-gara penganjuran Konsert Double Trouble 2 (DT2) yang dijayakan dua gergasi rock tanah air iaitu kumpulan Search dan Wings .Ramai peminat yang terpaksa meletakkan kenderaan di sepanjang jalan sehingga hampir tiga kilometer jauhnya dari tapak konsert semata-mata kerana penangan dua kumpulan tersebut.
Dua jam sebelum DT2 bermula, sebahagian daripada hampir 20,000 peminat mula berduyun-duyun menuju ke Indoor Arena di mana kesesakan bukan sahaja berlaku di jalanraya tetapi juga pintu masuk tapak konsert itu.Jalan Bukit Kiara yang mempunyai tiga lorong menjadi satu lorong kerana ramai yang meletakkan kenderaan di tengah jalanraya memperlihatkan sambutan para peminat.
DT2 secara tidak langsung boleh dikatakan mengulangi kejayaan Search dan Wings sewaktu mereka mengadakan DT1 di Stadium Merdeka, Kuala Lumpur (KL) pada 1993 yang juga ditonton hampir 20,000 peminat mereka.Konsert yang diambil inspirasi berdasarkan album duet Search dan Wings berjudul Double Trouble yang diterbitkan pada 1992 dengan jualan lebih 180,000 unit itu jelas membuktikan dua kumpulan itu masih unggul hingga kini.Meskipun pada malam yang sama, turut berlangsung Konsert Mega Ungu Malaysia 2010 yang dijayakan oleh kumpulan rock Indonesia, Ungu di Bukit Jalil, KL dan konsert Tokio Hotel dari Jerman di Bandar Utama, Petaling Jaya.
Sayangnya, Ungu bukan saingan Search dan Wings kerana mereka hanya mampu menarik sekitar 2,000 penonton sahaja pada konsert yang mengenakan tiket dari RM50 hingga RM200 itu.Sementara kumpulan remaja Tokio Hotel yang kini sedang mempromosikan album terbaru mereka berjudul Humanoid pula hanya berjaya menarik seramai kira-kira 5,000 peminat menyaksikan konsert yang diadakan secara percuma itu. Konsert DT2 yang mengenakan tiket berharga RM70 itu berjaya menepis tanggapan segelintir pihak yang mengatakan mereka tidak mampu lagi beraksi di atas pentas berskala besar.
Faktor umur anggota dua kumpulan itu yang berusia awal 40-an hingga 52 dikatakan sedikit sebanyak boleh menjejaskan stamina persembahan anjuran Adept Net Production yang berlangsung selama hampir tiga jam itu.Harga tiket yang dikatakan agak mahal juga tidak menghalang para peminat Wings dan Search menonton konsert itu yang mampu mengimbau semula DT1 yang diadakan 17 tahun lalu.Imbauan pada konsert DT2 yang bermula sekitar pukul 8.45 malam itu dapat dilihat apabila dua kumpulan itu seolah-olah berduet satu sama lain dalam menyampaikan hampir 25 lagu termasuk medley popular masing-masing.
DT cukup unik kerana secara tidak langsung ia menggambarkan keakraban Search dan Wings bukan sahaja di luar pentas, malah ia terbawa-bawa sehingga di atas pentas.Vokalis Search, Amy contohnya menyanyikan lagu Balada Pemuzik Jalanan yang dirakamkan pada 1984 sambil alunan muziknya dipersembahkan oleh anggota-anggota Wings iaitu Joe selaku pemain gitar, Eddie (bass) dan Black (dram).Awie yang merupakan vokalis kumpulan Wings juga menggunakan pendekatan sama sewaktu menyanyikan lagu Opera Hidup di mana ia diiringi oleh anggota-anggota kumpulan Search.Anggota-anggota Search yang mengiringi persembahan Awie menerusi lagu itu ialah Din (gitar), Kid (gitar), Nasir (bass) dan Yazit (dram) memperdengarkan gaya persembahan yang jarang mereka persembahkan. Selain dibanjiri ramai peminat, DT2 juga memperdengarkan sistem bunyi yang lebih jelas dan mantap tidak seperti sewaktu Search mengadakan Konsert Di Awan Biru tahun lalu yang ditonton sekitar 10,000 peminat.
Pemain dram Search, Yazit Ahmad berkata, dia amat berpuas hati dengan sistem bunyi konsert DT2 kerana ia cukup berbaloi dengan harga tiket yang dikenakan di mana sebelum ini ada yang melabelkannya sebagai mahal.
"Konsert ini tarafnya sama dengan konsert artis-artis luar negara. Harga tiket mahal sedikit tetapi para penonton puas hati," katanya kepada Hits sewaktu ditemui pada konsert tersebut.Pada konsert itu, Search dan Wings tidak ketinggalan menyanyikan lagu-lagu yang dipetik daripada album Double Trouble 1 dan Double Trouble 2 antaranya berjudul Paranoid, Analogi, Puisi Merdeka dan Gema Di Inderaloka. Bagaimanapun, para peminat seakan-akan berasa tidak puas apabila dua kumpulan rock legenda tanah air itu hanya sekadar menyanyikan lagu-lagu hit mereka dalam bentuk medley.Antara lagu yang disampaikan secara medley oleh Amy dan Awie berjudul Semalam Yang Hangat, Gadisku, Misteri Mimpi Syakilla dan Taman Rashidah Utama di mana para penonton yang kebanyakannya berusia 24 hingga 45 tahun menyanyikannya bersama-sama.
Mungkin kesesakan jalanraya dan kepayahan untuk mendapatkan tempat letak kenderaan berjaya mengubat rasa kepenatan para peminat itu sewaktu menyanyikan lagu-lagu tersebut.Cuma di lain kali, pihak penganjur seharusnya mencari tempat konsert yang bukan sahaja mudah untuk dikunjungi dengan kemudahan awam, malah keselesaan daripada segi meletak kenderaan para peminat juga perlu diambil kira.Selain kesibukan para peniaga menjual air dan makanan ringan seperti keropok lekor, ramai juga yang mengambil kesempatan menjual kemeja-T Search yang dicetak rompak serta poster kumpulan itu di luar pintu masuk tapak konsert itu.
Lagu-lagu lain yang turut mengimbau nostalgia yang diperdengarkan pada konsert itu bertajuk Alam Barzakh, Mabuk 7 Lautan, Sejati, Kau Masih Berdegil, Isi Atau Kulit, Isabella, Immenuelle, Cakap Memang Mudah, Nur Nilam Sari dan Meniti Titian Usang. DT2 boleh dianggap sebagai konsert artis tempatan paling ramai ditonton oleh para peminat pada 2010 setakat ini itu mula melabuhkan tirainya menjelang lewat tengah malam. Search dan Wings sekali lagi bergabung di atas satu pentas bersama petikan tiga gitar, dua bass dan dua dram bagi mengalunkan lagu secara duet berjudul Rock 'N Roll Lu Punya Suka dan Pasti sebagai lagu encore atau penutup tirai.

Petikan Dari Kosmo Jumaat 7 Mei 2010

Sejarah tersendiri Search, Wings


Oleh MALIAH SURIPmaliah.surip@kosmo.com.my
1 Mei2010, Indoor Arena, Bukit Kiara Equestrian & Country Resorts telah mencatat satu sejarah baru. Sudah lama, mungkin boleh dikatakan hampir pupus kesesakan yang dibikin lautan rakyat tempatan daripada kelompok generasi muda dan tua hanya untuk menyokong pemuzik Malaysia.
Namun, kesesakan tersebut sudah boleh dijangka dengan hampir 20,000 penonton membanjiri lokasi tersebut hanya untuk menjadi saksi kepada kolaborasi dua legenda, Search dan Wings dalam Konsert Double Trouble mereka. Ada beberapa faktor yang menyebabkan peminat sanggup berasak dan bersesak untuk menjadi saksi konsert tersebut. Ada yang datang untuk mengubat kerinduan melihat kembali gabungan Double Trouble selepas 17 tahun tidak berkongsi pentas. Untuk generasi muda, mereka datang sebagai sokongan dan 'mendalami' muzik Wings dan Search yang telah berkumandang barangkali sebelum mereka lahir. Lantas, mereka mahu menjadi kelompok yang mempunyai pengalaman untuk dikongsi cerita tentang kolaborasi dua grup tersebut.
 Kehadiran generasi tua pula adalah kelompok yang datang untuk mengimbau nostalgia dan membuktikan bahawa usia tidak memamah mereka untuk menghindari muzik bawaan Search dan Wings.
Juga, ada yang hadir untuk melihat kemantapan vokal Awie dan Amy. Mahu menjadi saksi padunya permainan setiap anggota Search seperti Kid, Din, Nasir dan Yazit. Begitu juga mahu melihat kentalnya rock Wings dengan permainan Joe, Eddie dan Black. Lebih daripada itu, semua yang hadir mahu menzahirkan aprisiasi serta cinta mereka terhadap dua grup tersohor tanah air ini. Lantas berbondong-bondong mereka datang untuk merasakan fenomena Double Trouble pada malam tersebut. Sebuah pentas dibina pada hujung stadium tertutup yang boleh memuatkan sehingga 20,000 orang. Tepat pukul 9 malam stadium yang memang sudah bingit dengan semangat lebih 18,000 orang itu bergema sebaik melihat kelibat Wings dan Search di atas pentas. Tidak menunggu lama untuk membuat malam yang sudah hangat itu menjadi 'panas' mereka bergabung melontar Gemuruh. Sepantas itu juga, satu stadium bergemuruh dengan paduan suara peminat yang tidak segan menyanyi sama.
Bermula dengan Gemuruh, konsert diteruskan dengan lebih 25 lagu hit mereka yang disampaikan secara solo juga bergabung tenaga. Ini termasuklah untaian lagu hit daripada album Double Trouble seperti Paranoid, Puisi Merdeka, Gema Di Inderaloka dan Puisi Merdeka. Tidak terlepas Search memainkan lagu Wings, begitu juga sebaliknya apabila Awie memilih lagu hit Seacrh, Balada Pemuzik Jalanan dan Amy mendendangkan Opera Hidup dengan caranya tersendiri. Harus diakui, pada pertengahan konsert, momentumnya sedikit menurun apabila Search memilih beberapa lagu yang kurang digemari peminat.Malah ada yang mengeluh kerana kehebatan sistem bunyi yang disediakan masih tidak dapat menutup cela anggota Search memainkan sebuah persembahan yang padat. Bagi peminat yang datang dan begitu mementingkan kualiti permainan, sedikit perasaan kecewa terpalit dalam jiwa apabila merasakan permainan Search pada malam itu kurang padu.
Berbeza dengan persembahan Wings yang disifatkan lebih padu dan bertenaga, untaian lagu pilihan grup yang sudah berusia 25 tahun ini lebih relevan dan memicu adrenalin peminat untuk larut dalam konsert mega itu. Namun, momentum diselamatkan dengan kolaborasi medley lagu hit Wings dan Search yang diletakkan kira-kira setengah jam sebelum konsert melabuhkan tirai. Pemilihan medley yang cukup tepat seperti lagu Misteri Mimpi Syakilla, Gadisku, Semalam Yang Hangat, Taman Rashidah Utama dan Nur Nilam Sari telah membuat hampir semua peminat bagai dirasuk untuk menyanyi bersama Search dan Wings.
AKSI mesra Awie mengangkat Amy membuahkan tawa penonton.
Turut terselit dalam susunan lagu pilihan mereka termasuklah Isabella, Isi Atau Kulit, Immenuelle, Mabuk 7 Lautan, Kau Masih Berdegil dan Meniti Titian Usang. Secara keseluruhannya, seharusnya Konsert Double Trouble anjuran Adep Net Production ini tidak menjadi medan perbandingan kehebatan salah satu grup. Ironi, baik Search atau Wings, masing-masing telah membuktikan kredibiliti. Search pada usia kerjaya 30 tahun dengan hampir semua anggota sudah mencecah usia lebih 40 tahun, menyaksikan mereka masih ligat di atas pentas, Amy berusaha memberi lontaran vokal dan persembahan menguja, Search tidak kalah kepada Wings sebenarnya. Hanya kerana Wings tampak lebih solid dan kental malah begitu konsisten dalam setiap lagu yang dimainkan, maka terbit sedikit perbandingan yang seharusnya tidak wujud. Seperti kata Awie: "Search dan Wings tidak berkongsi pentas untuk berlawan atau membuktikan siapa lebih hebat. Tapi kami menonjolkan kolaborasi dua grup untuk menjayakan sebuah konsert." Double Trouble Jejalah Malaysia Suksesnya konsert ulung itu pada malam Hari Buruh yang lalu telah membuka jalan untuk Search dan Wings meneruskan konsert mereka dalam sebuah siri jelajah. WINGS kelihatan lebih padu dan bertenaga. "Insya-Allah, jika tiada aral, Double Trouble akan bermain di Johor Bahru pada 5 Jun depan di Stadium Larkin. Konsert jelajah ini dibuat kerana pihak penganjur berpendapat konsert sulung kami sukses di Malaysia," ujar Awie yang sudah menjangkakan Konsert Double Trouble memang akan meraih sukses berdasarkan kelompok peminat Search dan Wings yang memang ramai.
Tambah Amy yang begitu berpuas hati dengan konsert pada malam tersebut, mereka akan menukar susunan lagu untuk konsert di Johor Bahru kerana percaya setiap peminat di negeri mempunyai cita rasa muzik yang berlainan. Bagaimanapun vokalis Search itu berjanji persembahan di negeri kelahirannya itu akan dilaksanakan dengan lebih baik berbanding di Kuala Lumpur. "Pada setiap konsert, kita selalu mahu melakukan yang terbaik. Pada pandangan saya, selain persembahan yang mantap daripada pemuzik, faktor kejayaan sesuatu konsert itu terbukti sukses apabila ia mampu menarik penonton yang ramai. Dan itulah yang terjadi pada konsert ini," kata Amy penuh semangat. Apa yang dinyatakan Amy memang benar. Walaupun tanpa penajaan daripada syarikat-syarikat korporat yang lebih senang menaja konsert artis luar, Konsert Double Trouble telah memahat sejarah tersendiri. Dengan hanya dijayakan oleh pihak penganjur dan pasukan promosi yang bertungkus-lumus menjadikan konsert ini satu realiti, nampaknya lelah mereka berbaloi dengan kehadiran lebih 18 ribu penonton.
Bayaran RM70 yang dirasakan agak murah untuk menyaksikan dua pemuzik gergasi tempatan ini beraksi nyata menjadi pancing paling relevan untuk semua peminat mereka. Paling penting, dengan harga yang berbaloi, dilaksanakan pada hari cuti umum dan awal bulan, siapa saja yang sanggup melepaskan peluang menjadi saksi Konsert Double Trouble kembali beraksi selepas 17 tahun.

Isnin, 19 April 2010

Futsal Jiran Sepakat Taman Pelangi - Perlawanan Ulangan

Perlawanan ulangan Futsal Jiran Sepakat Taman Pelangi berlangsung malam tadi dan keputusanya Pasukan Merah membenan Pasukan Kuning dengan 9 gol berbalas 7 gol . Untuk memdapat gambaran yang lebih sila ke Berita terkini dibawah dan komen-komen dari pemain dan penyokong.








Gambar atas menunjukkan saya tengah mengawal bola sebelum membuat sepakan ke pintu gawang pasaukan Kuning untuk menghasilkan gol ke 7 pasukan Merah dan gol pertama peribadi - jasa                                   
Assalamualikum
Berita terkini dari bilik berita Pasukan Merah, 19 April jam 1.00 pagi:

Pasukan kuning telah kalah teruk ditangan pasukan merah di dalam pertandingan futsal yang telah diadakan sebentar tadi. Di awal permulaan pertandingan, ketua pasukan kuning yang telah berjalan dengan lagaknya sambil mendabik dada & menggoyangkan badannya masuk ke gelanggang tetapi 1/2 jam sebelum perlawanan tamat, beliau telah keluar gelanggang dan terus termenung memegang jaring gelanggang.
Tidak ada aksi yang mencabar dari pasukan kuning kerana tendangan ketua pasukan yang asyik keluar gelanggang. Aksi penjaga gol pasukan kuning yang bernama Gobek yang agak kuat turut goyang apabila tangkapannya yang sentiasa bolos lalu beliau turut menjejaki ketua pasukannya keluar awal dari gelanggang dan terus termenung dikerusi penonton. Seorang lagi pemain pasukan kuning yang bernama JK yang pada permulaan permainan menunjukkan aksi-aksi hebat akhirnya terpaksa akur denagan kehebatan pasukan merah. Beliau turut keluar awal dan termenung dikerusi penonton.
Pemain pasukan kuning yang diharapkan seperti Man BK, Wira, Kamal Kecil & seorang pemain otai, Ishak turut goyah dengan aksi pemain pasukan merah.Kali ini pasukan merah telah menurunkan pemain-pemain yang handal dan hebat-hebat belaka. Ketua pasukan, Aji telah menunjukan contoh yang baik kepada semua pemain pasukan merah, susunan pemain yang baik dan strategi pemain yang bagus. Semua pemain merah telah menunjukkan 'skill' yang hebat. Serangan yang bertubi-tubi tanpa mengenal penat dari para pemain amat membanggakan. Walaupun Jan yang berbaju biru & tidak dapat menjaringkan gol tetapi aksi-aksi berani beliau beberapa kali nyaris menjaringkan gol amat membanggakan. Along anak Pak tam telah menunjukkan permainan yang hebat turut menjaringkan beberapa gol. Seorang pemain baru, Jai turut menampilkan permainan yang cemerlang, turut telah menjaringkan gol. Walaupun sakit lutut, tetapi Man berjaya bermain dengan baik. Penjaga gol, Saiful patut dipuji kerana telah menyelamatkan tendangan gol dari pasukan kuning. Izam yang cedera sedikit dikakinya turut turun kegelanggang dengan bergayanya. Hasrul patut diberi pujian, walaupun 'pancit' tetapi beliau telah menunjukkan semangat juang yang tinggi dan tidak menyerah kalah. Tidak dilupakan kepada seorang pemain pasukan merah, Jasa (seorang OKU & cacat sedikit kaki kirinya) turut menampilkan permainan yang cemerlang dan telah berjaya membuat sepakan yang agak mengelirukan penjaga gol pasukan kuning dan akhirnya beliau berjaya menjaringkan satu gol. Satu tamparan hebat buat pasukan kuning kerana seorang cacat telah berjaya menjaringkan gol. Ini juga suatu sejarah didalam permainan futsal!!
Rata-rata penyokong adalah dari pasukan merah. Hanya seorang sahaja penyokong pasukan kuning. Turut hadir Kamal turut berada dibarisan penonton dengan memakai baju kuning. Menurut sumber-sumber yang boleh dipercayai, beliau yang dahulunya merupakan pemain pasukan merah telah dibeli oleh pasukan kuning dengan harga yang agak mahal tetapi malangnya khidmat beliau langsung tidak digunakan di dalam gelanggang.


Kita ikuti temubual dengan beberapa pemain pasukan merah;
Aji - memang banyak tenaga sebab dah 3 hari tenaga tidak digunakan
Jai - isteri kata kalau tak jaringkan gol nanti kena tidur luar
Jan - tengah puasa 100 hari, ni baru 20 hari, lama lagi tu...lepaskan geram
Hasrul - mulut tak banyak cakap, jadi banyaklah tenaga
Man - sakit lutut bukan penghalang
Izam - sakit kaki ni sikit je, masih boleh tendang bola
Saiful - tangan memang kuat, kerja kat mana...
Along - orang muda mestilah bertenaga
Jasa - orang cacat jaringkan gol?! tak malu ke pasukan kuning?!
Temubual dengan pemain pasukan kuning;
Fidi - nak buek camno..balasan orang berlagak gamak eh..
Gobek - penat aku tampan bola tapi kawanku yg lain tak boleh sepak gol
JK - jiwa kacau lagi agaknya/?!!
Man BK - aku kecil memang tak larat nak bawa kereta besar
Wira - kena tukar nama rasanya ni, siapa boleh tolong??/
Otai Ishak - dah otai, pencen terus je la rasanya
Kamal kecil - kecil-kecil cili padi, kena tenyek buat sambal gak rupanya...
Temubual dengan penyokong pasukan merah;
Fiq - esok tengok lah e-mail dari ku
Shema - aku akan berpantun lagi
Ros - tak sia2 lakiku main walaupun sakit
Adik - ok, malam ni boleh jalan terus
Zu Izam - teror laki den main..
Sha - bangga tu! cacat dpt gak jaringkan gol 
Temubual dengan satu-satunya penyokong pasukan kuning;
Alyn - kena check BP ni...
Temubual dengan Kamal - pemain pasukan merah yang dibeli oleh pasukan kuning;Apa lah punya pasukan kuning, beli aku buat apa, macam aku teror sgt, dah tu, dibiarnya aku dok kat kerusi penyokong, penyokong merah pulak tu, poning-poning....
Sekian. berita terkini jam 1.00 pagi. - shahidah

Pantun Dari Shema ( penyokong Pasaukan Merah ) untuk Pasukan Kuning
Salam pembuka acara
Untuk sekalian kawan-kawan semua
Hatiku gembira tidak terkata
Terkenangkan kemenangan datang berganda..

Hatiku gembira tidak terkata
Terkenangkan kemenangan datang berganda
Badminton bermula sebagai juara
Disusuli dengan futsal penuh bergaya

Pantun berlagak seminggu lalu
Dari Rafidi si kawanku
Akhirnya kalah duduk termanggu
Apalah nasib hai pasukan ku!

Keratan Dari Akhbar Suara Pasukan Kuning:

Rawang, 18 april, Malam tadi menyaksikan pertembungan hebat antara dua gergasi Tmn.Pelangi, iaitu pasukan merah dan kuning yang telah memihak kepada pasukan merah buat pertama kalinya setelah mengalami kekalah teruk sebelum ini. Selepas peroleh kemenangan berganda minggu lalu, malam tadi pasukan kuning mengalami kekalahan 9-7. Perbezaan jaringan kecil membuktikan pasukan kuning masih kental kerana lawan mereka malam tadi dibarisi oleh ramai pemain termasuk dua pemain import selangor iaitu Along dan Jai. Dengan kehadiran pemain tiga kali ganda lebih ramai dari pemain kuning membuktikan pasukan merah benar-benar terdesak untuk peroleh kemenangan memandangkan pasukan dan penyokongan mereka telah dua kali dimalukan sebelum ini.
Malam tadi juga menyaksikan begitu ramai penonton yang membanjiri stadium dan 90% adalah penyokong dari pasukan merah. Ketua pasukan kuning, Rafidi berkata situasi agak mencabar berikutan beberapa kejadian yang tidak diingini telah berlaku malam tadi seperti tindakan ganas oleh beberapa penyokong merah dan beberapa kekasaran yang dilakukan oleh pihak lawan. Namun ulas beliau situasi tersebut sedikit pun tidak melunturkan semangat pasukan kuning malah beliau berasa berbangga dengan semangat dan keupayaan pemain.“saya perlu menyusun strategi baru dan juga mempertimbangkan muka-muka baru untuk diserapkan kepasukan kuning bagi mengimbangi jumlah pemain”. Selain itu beberapa pemain telah dikenal pasti bagi mengisi kekosongan, seperti Kamal (B) dan Jai.berikutan mereka telah difitnah oleh pasukan merah.
Dari temubual yang dijalankan kepada pemain pasukan kuning rata-rata dari mereka tidak kesal atas kekalahan semalam kerana bagi mereka, perlawanan semalam umpama sesi panas badan sahaja berikutan telah peroleh kemenangan bergaya dua minggu berturut-turut sebelum ini. Memberikan kemenangan kepada merah malam tadi juga sebagai pembakar semangat kepada pasukan dan penyokong mereka supaya tidak merajuk untuk beraksi lagi, sehinggakan Jasa pemain yang dikategorikan pemain OKU juga diberikan peluang untuk menyumbat gol.
Walaupun rata-rata pemain kuning tidak kesal atas kekalah mereka tetapi mereka agak terkilan oleh berita-berita yang dikeluarkan sebelum ini yang banyak menfitnah pasukan mereka, berita-berita tersebut adalah gossip-gossip liar untuk menjatuhkan pasukan,seperti gossip yang terbaru beberapa pemain kuning menjalin hubungan dengan artis-artis tempatan. Tetapi situasi berikut sukar dielakkan berikutan popularity dan ketampanan memang digilai ramai.
Pemain pasukan dan penyokong merah kelihatan begitu gembira sekali sehingga senyum seperti kerang busuk dan melompat-lompat seperti siamang gagap berikutan kejayaan mereka, ini menunjukkan jelas sekali mereka memang tidak pernah perolehi kemenangan dan memang dahagakannya (kesian).

Sekian ,berita disunting dari bernama Rafidi.

Khamis, 15 April 2010

Ulangtahun kelahiran Syifaa' ke 10

Rabu 14 April 2010 - Genap 10 tahun Syifaa' dilahirkan. Selamat Ulangtahun kelahiran ke 10 Syifaa' dari ayah, ibu, along dan dek yah semoga angah dipanjangkan umur, sihat selalu dan berjaya dalam pelajaran. Memandangkan angah tak sabar nak sambut harijadi, ibu nak buat hujung minggu tapi angah tak mahu, maka sambutan harijadi Syifaa' diadakan secara ringkas saja. Atas permintaa Syifaa' makanan kesukaannya Pizza Hut dihidangkan. Selain kami berlima beranak,  Wan dan Wan Cha nya pun sama-sama meraikan majlis yang ringkas ini.


Isnin, 12 April 2010

Selamat Ulangtahun Kelahiran Isteriku Shahidah.


Ahad 11 April 2010 - Selamat Ulangtahun Kelahiran Isteriku Shahidah semoga dipanjangkan umur dari suamimu dan anak-anak. Saya & anak-anak , adik beradik dan kawan-kawan telah  mengadakan majlis sambutan ini , dimana saya &  anak-anak menghadiahkan satu kek , adik-beradik menghadiahkan satu kek dan kawan-kawan juga menghadiahkan satu kek lagi , ini menjadikan 3 kek yang perlu ditiup dan dipotong oleh isteriku.
Kengkawan juga membawa makanan yang berbagai jenis untuk dihidangkan dan dimakan bersama-sama. Walaupun majlis ini ringkas tapi ia sangat meriah. Suasana lagi nampak meriah kerana kebanyakan kengkawan yang datang memakai baju merah dan kuning. Inilah kengkawanku yang sentiasa memberi soskonan dan bantuan tanpa mengira. Juadah utama malam ini adalah ikan patin gulai tempoyak yang kita orang bawa terus dari Temerloh.  Terima kasih kepada semua adik beradik dan kengkawan yang sama-sama memeriahkan majlis ini - jasa 


Futsal Jiran Sepakat Taman Pelangi


Ahad 11 April 2010 - Perlawanan Futsal Jiran Sepakat Taman Pelangi antara Pasukan Merah vs Pasukan Kuning . Pasukan Merah diketuai Saiful Nizam ( Aji ) manakala  Pasukan Kuning diketuai oleh Rafidi. Senarai pemain :
Pasukan Merah  dari kiri : Azman, Azizan, Saiful Nizam ( C) ,Saiful Azli , Jasa , Kamal, Izam & Hasrul
Pasukan Kuning dari kiri : Abang Lan , Kamal , Rafidi (C) , Zulkarnain ,  Ishak & Wira.

Permainan malam ini sangat menarik dengan aksi yang ditunjukan oleh kedua-dua pasukan . Perlawanan ini dimanangi oleh pasukan Kuning dengan 9 jaringan dan dibalas 6 jaringan dari pasukan Merah .Penjaring terbanyak perlawanan ini dihasilkan oleh  Zulkarnain ( JK)  dengan  . Tahniah kepada pasukan Kuning dengan kemanangan ini. - jasa

Komen dari Pengurus/Ketua Pasukan Kuning En Rafidi ....
Rawang, 11 april. Pasukan kuning peroleh kejayaan berganda dan bergaya musim ini apabila berjaya menundukkan pasukan merah 9 – 4, sekali gus melenyapkan kata-kata sinis sekali gus menghancurkan harapan penyokong merah. Tambah membanggakan pasukan kuning, kemenang semalam hanya menurunkan enam orang pemain sahaja termasuk simpanan, berbanding pasukan merah yang menurunkan hampir duapuluh pemain termasuk simpanan dan membawa hampir lima puluh penyokong.

Sebaik sepak mula pasukan kuning terus mengusai permainan dengan melancarkan serangan bertali-arus ke kubu lawan sehingga mendahului lima gol berbalas kosong. Tampa menerunkan penyerang import Man BK akibat malu utk beraksi, pasukkan kuning tetap berbisa dengan strategi yang bijak dengan melatakkan Lan Gobek sebagai penjaga gol dan JK sebagai penyerang.

Pujian hanya boleh diberikan kepada penyokong pasukan merah atas semangat yang ditunjukkan dan berkelakuan baik walaupun pasukan mereka kalah. Walaupun kalah dalam perlawanan semalam tetapi mereka berjaya meraih kemenangan dalam katogeri penyokong teramai dan pakaian bergaya…..kah kah kah….kesian……

Rafidi berkata selaku pengurus, pemain, penyorak dan pengulas berkata kemenangan semalam memang telah dijangkakan memandangkan pemain kuning kini berada dalam tahap paling mantap berbanding pasukan merah yg semakin lesu dan lemau seperti ayam berak kat dapur….busuk tu…memalukan penyokong mereka.

Kekalahan pasukan merah ibarat jatuh ditimpa tangga kerana kekalahan berturut-turut sambil disaksikan oleh kehadiran ramai penyokong mereka. Pada separuh masa kedua pasukan merah terpaksa memanggil pemain import mereka Along(anak pak tam) untuk mengukuhkan jentera serangan tetapi hampa kerana banyak serangan-serangan mereka berjaya dipatahkan oleh benteng pertahanan kuning iaitu Rafidi dan kojek. Harapan hampa juga kepada pengurus pasukan merah Mr. Jasa kerana gagal membawa kemenangan untuk hadiah harijadi isteri beliau walau pun beliau telah turun untuk membantu pasukan disaat akhir untuk peroleh gol tetapi usaha beliau hanya membawa kepada kegagalan.

Pemain merah memberikan alasan kekalahan mereka kali ini adalah disebabkan mereka mengalami kekenyangan melampau selepas melantak lauk ikan patin di rumah Mr. Jasa. Tetapi itu sudah tentu bukan alasan yang konkrit berikutan pemain kuning juga melantak sama.

Pemerhati luar Mr. Lim berkata beliau juga telah menduga, pasukan kuning akan memenangi perlawanan tersebut walaupun terdapat dua orang pemain otai, ini kerana melihat sahaja wajah-wajah pasukan kuning sememangnya mereka pemain bola yang hebat berpanding pasukan merah lebih terselah bakat mereka dalam permainan congkak dan konda-kondi.

Komen Ketua Kelab Penyokong Pasukan Merah Pn Afida.....

Salam,
Kepada para2 penyokong Pasukan Merah…….usahlah kita berasa gentar sedikit pun di atas kekalahan mlm semalam. Semua ini dugaan pada pasukan kite kerana dihidangkan makanan yg begitu menyelarakan sebelum perlawanan bermula semalam……….Kecederaan yg menimpa pemain terbaik kite….iaitu Fletcher juga menyumbang kekalahan pasukan kite………..…….Apa2pun kite tunggu kebangkitan para pemain Pasukan Merah pada minggu ini…..Ini adalah kemenangan kedua Pasukan Kuning setelah tewas di tangan Pasukan Merah

3 kali berturut-turut beberapa minggu yg lalu………

KITA JUMPA DIPERLAWANAN AKAN DATANG ........