JASA.com adalah singkatan nama Jasazami Ahmad & Shahidah Abdullah , merupakan blog keluarga yang memuatkan semua aktiviti dan perjalanan hidup seluruh keluarga kami. Terima kasih

Selasa, 29 Mac 2011

Ketika Di Zaman Sekolah Dulu...

Wajahku ketika di tingkatan 4 dulu ( berdiri kanan sekali ) ... Dulu seperti buluh...... sekarang ... haa.haa...

Selasa, 15 Mac 2011

Selamat Harijadi ke 8 tahun Syakirah....

Isnin -14 Mac 2011, Genap 8 tahun umur Syakirah anaku yang bongsu ( buat masa ni lah ). Tiup lilin dan potong kek dah buat pada hari sabtu lepas, sama dengan Majlis Perjumpaan Keluarga. Malam ni kita orang anak beranak makan di  tempat yang dipilih oleh Syakirah.

Sabtu, 12 Mac 2011

Perjumpaan Keluarga

Sabtu 12 Mac 2011 - Perjumpaan Keluarga yang dihadiri oleh adik beradik , ipar duai , biras dan anak saudara serta saudara yang duduk di kawasan Taman Pelangi. Ini ada perjumapaan yang pertama kali aku dan isteri anjurkan untuk mestikan kami dapat selalu berjumpa setelah semua orang tua kami tiada. Diharap majlis ini dapat di adakan selalu. mungkin lepas ni rumah adik beradik yang lain pulak. Program Majlis hari ini :




7.25 mlm - Dimulakan dengan solat Magerib berjemaah
7.50 mlm - Bacaan Yassin dan Tahlil
8.36 mlm - Solat Isyak berjemaah
9.00 mlm - BBQ dan borak-borak
10.15mlm - Ada sedikit mesyuarat keluarga
10.30 mlm - Kawan-kawanku datang ngeteh bersama
1.30 pagi - Semua bersurai

Walaupun majlis ini sederhana tapi yang penting dapat mengumpulkan kami adik-beradik, bulan depan rasanya nak buat lagi ....

Selasa, 1 Februari 2011

Hari Ni Aku Berkerja Di Tempat Baru

1 Feb 2011 - Selasa , Hari ni aku memulakan tugas di tempat dan syarikat yang baru di Tamin Jaya Cheras. Kalau dulu kerja dekat 5 minit aje dah sampai ke tempat kerja tapi sekarang  1 1/2  jam perjalanan dan terpaksa redah kesesakan lalulintas. Dulu bolehlah lepas sembahyang subuh sambung tidur, pukul 7 pagi baru bangun dan 7.50 baru pergi kerja  tapi sekarang 5.45 pagi dah bangun dan bersiap-siap untuk ke tempat kerja. Ini baru dikatakan kerja di KL yang sesak . Takpa yang penting rezaki bertambah untuk diri dan keluarga.

Jumaat, 28 Januari 2011

Dalam Kenangan - Ramlah Binti Uda

Jam 6.30 petang  25  Januari  2011, ibuku telah menghembuskan nafasnya buat kali terakhir setelah selesai kami 5 beranak memandikannya dan  disahkan telah  meninggal dunia oleh doktor yang dibawa oleh jiranku Pak Tam pada jam 6.50 petang.  Setelah sekian lama menanggung kesakitan selama lebih 5 bulan termasuk 145 hari di ICU IJN . 
Doktor telah mengesahkan kedua-dua buah pinggangnya tidak berfungsi lagi, paru-paru, hempedu , hati dan sistem darahnya telah dijangkiti kuman . Doktor juga memberitahu semua ubat yang
diberikan tidak banyak membantu dan menasihatkan kami adik beradik membawa pulang. Setelah berbincang, kami semua  bersetuju membawa pulang ke rumahku di  Rawang. Ambulan yang membawa emak tiba di rumahku jam 1 tengahari. Sebaik sampai suamiku dan jiran telah menuggu. Mengikut perancangan awal sepatutnya kami akan adakan majlis bacaan Yassin pada sebelah malam. Kami adik beradik telah menelefon saudara mara, jiran dan kawan , tapi majlis itu bertukar kepada bacaan Yassin dan tahlil. Jenazah emak selamat disemadikan berhampiran kubur ayah di Tanah Perkuburan Kuala Garing. Semoga emak ditempatkan bersama2 org beriman & solehah. Amin!

Kalau ingin dapatkan lebih banyak cerita lihatlah catatan yang lalu di bawah tajuk Emak Oh Emak.

Ahad, 23 Januari 2011

Taman Mini Rumahku Berwajah Baru

Aku buat sedikit ubahsuai di hadapan rumahku termasuk taman. Aku tambah pagola dan ubahsuai sikit pagar . Sedikt aje perubahan dibuat dengan penambahan pintu gerbang yang kecil dan menjadi laluan utama untuk keluar dan masuk .







 Tema taman tak tahu lagilah, sekali  tengok ada macam  ala bali dan sekali lagi tengok ada ala jepun, tak tahulah yang mana satu dan yang  penting sedap mata sendiri memandangnya. Kerja menghias taman ini tak terhenti setakat disini bila ada masa lapang  dan ada idea baru maka berubahlah keadaan taman ini. Taman ni walaupun kecil tapi ia sungguh berguna untuk bersantai sesama keluarga dan rakan-rakan yang datang bertandang. Bila malam sungguh damai bila dihiasi dengan lampu-lampu, boleh kata setiap malam saya akan duduk lepak di taman ni. Bila duduk di sini rasa bagai di kampung yang dah lama ku tinggalkan.

Selasa, 7 Disember 2010

KL International Motor Show 2010

Melihat kecangihan, kecantikan dan kemewahan kereta dan model di KL International Motor Show 2010 bersama keluarga. Boleh tengok aje nak miliki belum mampu lagi, sekadar mencuci mata melihat kereta-kereta dan modelnya. Kedua-duanya boleh dipandang aje tapi tak boleh disentuh. Pandang pun dah cukup untuk menghayati kecangihan, kemewahan dan kecantikannya.

Ahad, 5 Disember 2010

Bersantai Di Desa Water Park

Hari ini kami sekeluarga ke Desa Water Park. Kesian kat anak-anak...kawan-kawan mereka di Taman Pelangi semalam berkelah ke Sg Klah sehingga ke hari ini. Kami tak pergi kerana mak masih di ICU IJN. Sg Klah tu jauh...kalau apa-apa hal takut tak sempat ke IJN. Nasib baik anak faham yang Wan dia tak sihat. Dari Desa Water Park kami sekeluarga terus ke IJN.

Ahad, 21 November 2010

Dodol Jiran Sepakat Part II

13 Nov 2010  Sabtu - Seramai lebih kurang 25 buah keluarga Jiran Sepakat Taman Pelangi telah bersama-sama membuat dodol bagi Hari Raya Aidil Adha di sebelah rumah Pak Tam yang telah diketuai oleh kakak Pak Tam (Mak Som). Kerja-kerja persiapan bermula selepas maghrib.
 Kawah pertama telah masak pada jam 11.30 malam dan kawah yang kedua telah masak pada jam 12.30 malam. Semua dodol telah dimasukkan ke dalam bekas dan diedarkan kepada semua peserta. Alhamdulillah, kali ini dodol Jiran Sepakat menjadi...SEDAP, LEMBUT & ENAK


Khamis, 18 November 2010

Syafiq - PSRA 2010

15 Nov - Keputusan PSRA along diumumkan. Alhamdulillah, along dapat Jaid Jiddan. Sikit lagi nak dapat Mumtaz. Ibu tahu kekuatan along memang kat pelajaran agama tapi, tak boleh abaikan pelajaran yg lain. Semoga cita-cita along akan tercapai.

Khamis, 11 November 2010

Syafiq - UPSR 2010

11 Nov 2010 - Keputusan UPSR diumumkan. Along dapat 3A 2B. B for English & Science. Satu keputusan yang sepatutnya dibanggakan kerana inilah keputusan yang terbaik along pernah dapat. Along sudah bekerja keras. Cuma ibunya kecewa kerana tak dapat result macam ibu. Anak ibu ikut jejak ayah agaknya. Ayah lagi teruk sebab tak ada A langsung. Tapi, ayah terus meningkat disekolah menengah sehingga keperingkat universiti sehingga menjadi Engineer dimana keputusan SRP dan SPM yg sangat cemerlang. Semoga Along tidak berputus asa dan terus belajar dan belajar. Macam ayah along selalu cakap kat ibu "budak lelaki lambat panas".

Selasa, 9 November 2010

Kursus SHO ( Safety & Health Officer ) di NIOSH

Isnin 8 Nov 2010 - Kursus SHO ( Safety & Health Officer ) di NIOSH sebulan ( 8 Nov - 10 Dec 2010 ). Dah lama rasanya tak belajar. Nak tak nak kena gi juga sebab syarikat dah hantar dan beri peluang yang lama aku tunggu.
Ingat aku yang paling tua dalam kelas ni rupanya ada yang lagi tua, umur dia 53 tahun seorang tentara udara yang berpangkat Lt Koronal . Aku boleh mengikuti kursus ni kerana dah lama berada  dalam Safety di tempat kerja.
Bersambung ...

Jumaat 10 Disember 2010,
TAMAT KURSUS DAN PENYAMPAIAN SIJIL
Setelah sebulan nilah hari yang dinantikan oleh semua pererta iaitu penyampaian sijil kehadiran. Sekejap rasanya dah sebulan rupanya kita semua bersama, rasa sedih juga nak tinggal kengkawan walaupun kita berbeza umur dan latarbelakang tapi kita boleh belajar dan bergurau bersama seperti abang dan adik.


JUMPA LAGI.......