JASA.com adalah singkatan nama Jasazami Ahmad & Shahidah Abdullah , merupakan blog keluarga yang memuatkan semua aktiviti dan perjalanan hidup seluruh keluarga kami. Terima kasih

Rabu, 21 Oktober 2009

Kenangan Ketika Marhaban Aidil Fitri 2009

Program marhaban dari rumah ke rumah diteruskan tahun ini . Sungguh seronok bila dapat
marhaban bersama-sama rakan sejiran. Program marhaban ini dapat mengeratkan lagi siraturrahim sesama jiran tetangga. Hidangan bukan yang diutamakan tetapi semangat berjiran yang lebih penting.



Pada tahun ini sebanyak 25 buah rumah yang menyertaiprogram ini berbanding 44 buah rumah pada tahun lepas. Walaubagaimanapun, terima kasih kepada semua. Diharap tahun depan lebih ramai lagi jiran tetangga yang dapat menyertainya.


Jumpa lagi tahun depan

Isnin, 19 Oktober 2009

Rumah Terbuka Raya - 17/10/09

Ahad 17 /10/09 - Rumah terbuka raya di rumahku, aku dan isteri serta anak-anak menjemput rakan-rakan dan saudara mara datang ke rumahku. Ramai rakan-rakan dan saudara mara yang berada di sekitar Lembah Klang & luar Lembah Klang yang ku jemput. Tahun ni baru aku dan keluarga dapat membuat rumah terbuka disebabkan 2 tahun lepas kakiku masih bersimen (kaki patah akibat kemalangan) dan tahun lepas ayahku pula uzur dan meninggal selepas raya.

Pagi -pagi lagi kami dah bangun untuk membuat persiapan memasak hidangan pada hari ini. Isteriku dan kakak sibuk memasak semua hidangan yang telah dirancang. Menu hari ini ialah ayam golek (ini oder luar) & nasi ayam , nasi impit & kuah kacang, mee soto, sup tulang, ayam goreng dan air teh O limau. Terima kasih kepada kakakku yang banyak membantu untuk menyediakan semua menu tadi.

Para jemputan datang bermula jam 12.oo tengahari, tetamu pertama yang datang adalah sepupu isteriku. Tetamu yang datang tak putus-putus sampai ke malam, hingga mangkuk, pinggan dan cawan habis dan terpaksa beli, tetamu yang hadir ku jangkakan lebih kurang 450 orang. Tetamu terakhir adalah Pakcik (abang arwah ibuku) yang datang bersama anak dan cucu, mereka pulang pada pukul 10.15 malam.

Sesi kedua kami dan jiran yang rapat mengadakan BBQ pada tengah malam. Kita orang start BBQ ayam pada pukul 11.00 malam. Kami bersembang sambil makan sehingga 5.00 pagi. Aku rasa ini lah rumah terbuka paling lama pernahku buat.


Terima Kasih kepada semua yang hadir dan membantu bagi menjayakan Rumah Terbuka kami dan jika ada kekurangan kami sekeluarga memohon maaf.

Sekian Terima Kasih dan Jumpa Lagi.

Khamis, 15 Oktober 2009

Bersama rakan dari Amerika & Kanada bersiar-siar di Kuala Lumpur

Dua rakan dari Amerika dan Kanada datang ke Malaysia untuk memberi latihan tentang penggunaan sistem MQ1 bagi dokumen ISO tanpa menggunakan kertas (online). Seperti biasalah setiap kali ada pelawat dari luar negara tempat yang biasa aku akan bawa mereka adalah Pasar Budaya dan Jalan Petaling.

Pasar Budaya- Tempat dimana kita dapat menunjukan kepada orang luar tentang kraftangan dan budaya kita. Di sinilah tempat yang boleh mereka perolehi untuk dapat barangan cenderahati bagi dibawa pulang sebagai kenang-kenangan.
Jalan Petaling ( Cina Town )-.

Aku bawa ke sini bagi memenuhi permintaan rakan ku dari Kanada untuk membeli tas tangan yang berjenama tetapi murah ( tiruan ) sebab di negara mereka tiada barangan tiruan berjenama

Ahad, 4 Oktober 2009

Bercuti Bersama Kekawan Di Port Dickson Hari Ke 2

6.00 pagi
Angah (Syifaa') awal-awal dah bangun dan mengejut kami, dia terlalu teruja untuk meneruskan aktiviti di hari ke 2.
7.30 pagi
Sarapan bersama, menu pagi ni mee goreng,nasi goreng, ayam , roti, karipap dan frankfurter goreng serta air teh dan teh O
8.00 pagi
Anak-anak tak sabar untuk mandi kolam. Para bapa hanya memerhatikan saja gelagat anak-anak bermain air.
8.30 pagi
Ibu-ibu mula bersama anak-anak di tepi pantai dan melakukan aktiviti seperti bermain pasir dan merendam kaki. Aku pun cuba merendam kakiku yang patah tu, kot-kot ia dapat memulihkan dari penyakit tapak kaki melepoh/melecet.
8.45 pagi
Bercadang menaiki bot untuk meninjau persisiran pantai Teluk Kemang , kami berjumpa dengan pengusaha bot pesisir pantai. Mereka mencadangkan supaya kami bersiar-siar di persisiran pantai dan bermain ikan di Tanjung Tuan dan dapat melihat terumbu karang yang cantik. Cadangan pertama, untuk bersiar saja kosnya RM180 untuk 20 orang dan cadangan kedua bersiar serta bermain di terumbu dan dapat memberi ikan makan roti kosnya RM250 . Setelah berbincang dengan rakan-rakan akhirnya kami bersetuju dengan cadangan kedua .Sungguh seronok dapat berenang dan bermain dengan ikan di terumbu karang di Tanjung Tuan. Walaupun terumbu karang taklah secantik di Pulau Tioman, tapi sekurang-kurangnya dapat menunjuk kepada aBoldnak-anak apa itu terumbu karang

11.00 pagi
Dalam perjalanan kembali ke pantai kami sempat singgah di PD World Marina Resort tempat dimana bot mewah persendirian berlabuh ( disimpan ). Sungguh cantik dengan bebagai bot mewah . Tedapat juga kemudahan seperti bungalow, kondominium dan apartment . Ada sebuah bungalow VVIP yang sangat cantik dimana pemiliknya satu malaya tahu kalau saya sebut namanya.


11.15 pagi
Kembali ke darat setelah 2 jam bersiar-siar di tengah laut dan dapat berenang bersama ikan di terumbu karang .Kami semua mandi kolam untuk menyahkan garam di badan setelah lama berendam di laut.

12.30 tengahari
Naik ke apartment untuk makan tengahari dan bersiap untuk balik ke Kuala Lumpur dan menyambung program beraya ke rumah saudara dan kawan-kawan.
2.00 petang
Kembali ke Kuala Lumpur dan meninggalkan Port Dickson.



Jumpa Lagi

Sabtu, 3 Oktober 2009

Bercuti Bersama Kekawan ( Jiran Taman Pelangi ) Di Port Dickson

1.30 petang
Bertolak dari Taman Pelangi setelah beraya rumah jiran di jalan 4 ( Kak Zai & Abang Aziz ) dan Jalan 9 ( Tuan Hj Omar ).
2.00 petang
Tiba di Port Dickson, keadaan jalan taklah jam walaupun hari ini ada penamaan calon untuk pilihan raya kecil DUN Bagan Pinang. Cuaca hari ini baik dengan suasana mendung tetapi hanya hujan renyai. Kami terus menuju ke hotel penginapan di Regency PD. Ini merupakan aktiviti pertama bercuti bersama-sama jiran tertangga.
3.00 petang
Kami besama-sama turun ke kolam untuk mandi bersama, hanya kanak-kanak saja yang mandi sebab peraturan di sini hanya sesiapa yang memakai pakaian mandi saja dibenarkan atau lelaki dibenarkan pakai seluar pendek saja. Kami beralih pula mandi di pantai dan bermain permainan yang sesuai. Bermula dengan permainan bola baling, lepas tu kami bermain bola tampar dan paling seronok sekali kami bermain bola sepak pantai.

Setelah penat kami kembali semula ke kolam renang, para bapa tak tahan melihat kolam dan kami sepakat tanggalkan baju dan mandi bersama.
6.00 petang
Kembali ke apartment untuk mandi dan berehat sebentar bagi menunggu aktiviti malam .
8.00 malam
Aktiviti malam ni adalah BBQ dan sembang-sembang, seperti biasalah aku akan merempah ayah untuk BBQ yang telah disediakan pagi tadi . Disebabkan tiada tempat BBQ disediakan kami membuat BBQ di dalam apartment menggunakan set BBQ elektrik yang dibawa oleh rakan kami Azman. Setelah siap memanggang ayam, frankruter, nugget goreng kami pun mula makan, anak-anak makan dulu. Para ibu-ibu sibuk memanggang ayam , semua anak-anak dan bapa-bapa makan. Lepas tu giliran bapa-bapa pula memanggang ayam dan ibu-ibu makan pula. Sambil makan kami sembang sehingga 11.30 malam.

.

12.00 malam
Setelah penat bersembang dan letih bermain siang tadi kami pun mula masuk tidur. Esok kami akan teruskan aktiviti yang lain.