Ahad 29 Mei 2011- Sepagi aku membaiki sangkar arnabku yang terbiar di belakang rumah. Dulu aku ada bela sepasang arnab tapi tak lama sebab keduanya mati digigit semut api. Kali ni aku bercadang memelihara burung pula, semalam dah pergi ke kedai burung dengan anakku dan mereka berkenan pula dengan burung serindit. Cantik sungguh bulu badanya dengan berbagai warna. Sangkar burung ni ku letakkan di taman mini didepan rumahku. Sebelah petang selepas sembahyang zohor aku dan anak-anakku pergi ke kedai burung untuk membeli sepasang burung serindit dengan harga RM38.00.
Burung Serindit (bahasa Inggeris) "Blue-crowned Hanging-Parrot") juga dikenali sebagai Burung Bayan Kecil merupakan salah satu daripada haiwan terlindung yang terdapat di Malaysia. Pemburuannya memerlukan lesen pemburuan. Nama sainsnya Loriculus galgulus.
Ciri-ciri
Burung Serindit jantan dan betina mempunyai warna yang serupa. Burung Serindit jantan memiliki bercak kepala berwarna biru dan bercak tenggorokan berwarna merah. Burung Betina berwarna lebih kusam dibanding jantan.