Jumpa Lagi Di Majlis Berbuka Puasa Tahun Hadapan......
Ahad, 29 Ogos 2010
Buka Puasa Bersama Jiran Sepakat Kali 2 dan Beriadah Bersama ( Bowling)
Sabtu, 21 Ogos 2010
Berbuka Puasa Bersama Keluarga
Sabtu 14 Ogos 2010 - Biasalah hujung minggu masa yang paling sesuai untuk berbuka puasa bersama adik-beradik dan anak-anak saudara. Aku dan keluarga berkunjung ke rumah Kakakku di Serdang untuk berbuka puasa bersama kakak(ngah) dan abangku (uteh) serta keluarganya. Kami tinggal tiga beradik aje kerana ayah, ibu dan 2 abangku telah meninggal dunia, bila kami berkumpul bertiga akan teringatlah mereka semua. Sebelum ke sana aku dah minta supaya kakakku untuk masak asam pedas ikan pari dan sambal goreng. Sambal goreng makanan kegemaranku ketika semasa bulan Ramadhan. Dulu semasa di kampung arwah ibuku akan masak sambal goreng bila puasa dan setiap kali aku balik bercuti semasa di U. Kini ia menjadi kenangan saja.
Ahad 15 Ogos 2010 - Hari ni pulak aku bersama keluargaku berbuka bersama ibu mertuaku dan adik-beradik sebelah isteriku. Majlis ini dibelanja oleh adik iparku. Kita orang berbuka di Perangsang Tampler Golf & Resort. Sebelum berbuka kami bereadah dulu, adik ipar (andak) dan abang iparku (angah) serta isterinya main golf. Kami sekeluarga bersama adik ipar (ateh) dan keluarga serta ibu mertua bermain bowling. Tak sangka walaupun ibu mertuaku pertama kali bermain bowling dia tiada masalah dan dapat mengumpul mata.
Rabu, 11 Ogos 2010
Rabu, 4 Ogos 2010
Kongsi Kenduri Tahlil Dan Menyambut Ramadhan Jiran Sepakat
Selesai majlis bacaan yassin, tahlil dan doa selamat semua yang hadir makan bersama. Setelah selesai kami pun mengemas bersama-sama. Jam 5.00 petang, ketika kaum ibu masih mengemas dan membasuh, kaum bapa telah pergi kerumah anak yatim di Tasik Puteri untuk menghantar makanan dan barang-barang keperluan asas yang lain seperti beras, gula, susu dan lain-lain dengan menggunakan duit lebihan daripada perbelanjaan kenduri.
Syukur alhamdulillah, kami berjaya melakukan beberapa perkara diluar jangkaan seperti, niat asal untuk sedekah sejenis lauk kerumah anak yatim tetapi, kami dapat memberi mereka semua jenis lauk. Kami tiada niat untuk bersedekah barang-barang lain tetapi, oleh kerana ada lebihan wang perbelanjaan kenduri, kami dapat membeli barang-barang keperluan asas yang lain seperti beras, gula, susu dan lain-lain untuk anak-anak yatim tersebut.
Jumpa Lagi Di Majlis Yang Lain
Langgan:
Catatan (Atom)