JASA.com adalah singkatan nama Jasazami Ahmad & Shahidah Abdullah , merupakan blog keluarga yang memuatkan semua aktiviti dan perjalanan hidup seluruh keluarga kami. Terima kasih

Isnin, 8 Mac 2010

Berniaga Sambil Beramal untuk Anak-anak

Sabtu lepas aku bersama rakan -rakanku ( Shema, Aini, Zaini, Alyn, Ina dan Fiq) berniaga air di Sukan Tahunan Sekolah Bandar Baru Rawang bagi membantu Tabung PIBG untuk kegunaan aktiviti anak-anak kami. Semua hasil jualan ini akan di masukkan ke dalam tabung PIBG sekolah.
Air ini adalah ditaja oleh Teh BOH . Seperti biasalah kalau Teh BOH yang taja airnya mestilah Ice Tea . Kali kami menjual perisa Lemon dan Orchard Splash. Seronok bila melihat air yang kita orang jual laris. Tak henti-henti melayan anak-anak dan ibu bapa yang datang membeli. Ada diantara kami inilah kali pertama berniaga , tapi
mereka sungguh seronok dan kalau boleh aktiviti seperti ini diadakan lebih banyak lagi bagi memperkayakan tabung PIBG sekolah. Semua rakan-rakanku yang membantu ku ucapkan "Terima Kasih Daun Keladi Lain Kali Tolong Lagi ". Jumpa lagi diaktiviti akan datang......- shahidah

Tiada ulasan:

Catat Ulasan