Pergi ke Melaka membawa anak-anak dan mertua untuk bersiar-siar di sana. Sebenarnya tiada dalam rancangan untuk melancong tetapi atas desakan anak-anak, terpaksalah buat perancangan mengejut dan tempat yang hampir dan banyak tempat yang boleh dilawati oleh itu Melaka menjadi tempat pilihan
Hari Pertama : Ahad 13Jun 2010
7.30 am - Keluar rumah dan bersarapan dulu di Kampung Melayu Batu 16, Rawang.
8.45 am- Bertolak ke Melaka melalui jalan Kajang - Seremban - Melaka.1.05 pm - 2.00 pm - Cari hotel untuk "check in" semua hotel di sekitar Bandar Hilir penuh sebab sekarang tengah berlansung Sukma XIII .
2.05 pm - Akhirnya dapat bilik di Shah's Beach Resort Tanjung Keling tapi pukul 3.00 petang boleh
"check in" , ni merupakan tempat biasa kami menginap bila ke Melaka.
2.15 pm- Makan tengahari dulu .
3.05 pm- "Check in"
5-00 pm- 7.00 pm - Anak-anak mandi kolam
7.30pm - Pergi ke pasar malam di Pantai Puteri untuk beli makanan malam8.30 pm - Makan malam bersama di bilik.
9.30 pm- Berehat aje dibilik.
Hari Kedua : Isnin 14 Jun 2010
6.00 am - Awal bangun setelah selesai solat Subuh , berjalan sekeliling resort .
7.30 am - Sarapan pagi
8.30 am - Anak-anak mandi kolam
10.30 am - Bersiap umtuk ke Ayer Keroh
11.30 am - Sampai di Mini Malaysia dan melawat setiap rumah negeri.
1.00 pm - Makan tengahari.
2.30 pm - Balik semua ke resort.
4.30 pm - Anak-anak mandi kolam lagi, aku hanya melihat dari bilik aje.
6.00 pm - Cari makanan untuk makan malam , kebetulan ada pasar malam berhampiran resort , apalagi beli kat situ ajelah.
7.30 pm - Makan malam bersama-sama.
9.00 pm - tiada aktiviti hanya rehat dibilik aje.
Hari Ketiga: Selasa 15 Jun 2010
6.00 am - Semua anak-anak dah bangun , lepas solat subuh mereka semua nak lepak kat pantai , nak lihat matahari terbit .
7.30 am - Sarapan pagi.
8.30 am - Anak-anak tak sabar nak mandi kolam.
10.45 am - Bersiap untuk balik ke Rawang.
11.30 am - Bertolak balik melalui jalan lama , Terendak - Pengkalan Balak - Kuala Linggi - PD - KL - Rawang.
4.15 pm - Sampai semula ke Rawang.
Tiada ulasan:
Catat Ulasan