Ahad 6 Jun 2010 - Ini merupakan pertama kali aku dan anak-anak menjajakkan kaki di bandar Kuala Kangsar Diraja Perak , bagi isteriku dia dah banyak kali ke sini semasa alongnya belajar di Kolej Melayu Kuala Kangsar. Bandar ini antara bamdar yang tua di negeri Perak oleh itu banyak bangunan dan kesan sejarah yang terdapat di sini, terutama Masjid Ubudiah di Bukit Chandan. Sebenarnya kitaorang ke sini adalah untuk mengikut rombongan pengantin anak saudara isteriku Aanuddin . Semasa dalam perjalanan ke rumah pengantin perempuan kami dapat melihat rumah lama Perak dan sebuah pekan kecil yang masih terdapat bangunan lama yang dikenali Pekan Enggor . Semasa melalui pekan ini bagai terasa berada di dalam cerita Embun yang mengisahkan cerita sekitar tahun 40'an , kami juga berjumpa dengan jembatan keretapi besi yang dibina oleh pihak British. Setelah selesai makan di rumah pengantin kami anak beranak terus ke Masjid Ubudiah di Bukit Chandan untuk solat zohor. Setelah selesai kami pun bersiar-siar di pekan Kuala Kangsar.Kebetulan pada hari ini terdapat pasar minggu di pekan Kaula Kangsar. Semasa disini apalagi kalau tak ambil gambar sebagai kenang-kenangan
Langgan:
Catat Ulasan (Atom)
Tiada ulasan:
Catat Ulasan