Jumaat 11 Jun 2010 . Pejam celik pejam celik hari ini setelah 13 tahun 8 bulan kita berpisah akhirnya , setelah sekian lamanya kita bekerja dibawah satu bumbung. Dari Central Malaya di Petaling Jaya, kita sama-sama pindah ke Rawang dan bertukar nama ke CMP dibawah pengurusan yang sama. Pada 18 April 2005, kilang tempat kita berkerja dijual kepada orang putih dan bertukar nama kepada Alcan Packaging Sdn Bhd . Pada 2 Febuari 2010 sekali lagi kilang kita bekerja dijual kepada Amcor, tapi malangnya pihak Amcor terpaksa tutup kilang di Rawang, memandangkan mereka telah ada cawangan Amcor di Subang.
Kini kita semua terpaksa mencari haluan masing-masing. Berat hati rasanya untuk berpisah setelah sekian lama kita bersama tapi apakan daya mungkin ini adalah satu suratan yang perlu kita semua lalui. Mungkin ada hikmat yang Allah nak berikan kepada kita dengan ujian ini. Ini adalah satu pengalaman yang baru perlu aku hadapi, aku terpaksa membuat perancangan yang betul. Aku ucapkan jutaan terima kasih kepada isteriku yang faham situasi ini dan memberiku semangat.
Buat kali terakhir punch out .
Selamat Tinggal Semua Kawanku ... Jumpa Lagi ......
Tiada ulasan:
Catat Ulasan