JASA.com adalah singkatan nama Jasazami Ahmad & Shahidah Abdullah , merupakan blog keluarga yang memuatkan semua aktiviti dan perjalanan hidup seluruh keluarga kami. Terima kasih

Ahad, 14 Februari 2010

Majlis Pernikahan & Perkahwinan Dziyauddin (adik bongsuku ) Part 1 Di Nilai



Ahad , 14 Feb 2010 - Adik bongsuku Dziyauddin melangsungkan perkahwinannya dengan Nurdalila  di Nilai. Semua ahli keluarga  berkampung di  Hotel Allson Kelana, Nilai dari petang Sabtu. Kami berkumpul awal bagi
memastikan majlis pernikahan
yang dijalankan pada sebelah pagi (10.30 pagi) berjalan lancar , risau-risau kalau jalan sesak. Walaupun ayahku yang kurang sihat tetapi dia menguatkan semangat untuk datang dari Temerloh bagi melihat anak bongsunya melangsungkan pernikahan .   Sebelum majlis akad & nikah, majlis pertunangan secara ringkas telah dilangsungkan.





Majlis ini bagi menyempurnakan adat melayu dan hajat kedua-dua orang tua. Selesai saja majlis pertunangan disusuli oleh majlis akad nikah yang disempuranakan oleh Imam Masjid Putra Nilai dan diwalikan oleh bapa pengantin perempuan iaitu Md Rahin Awang.
Selesai majlis akad & nikah, majlis membatalkan air sembahyang dan acara bersalaman penganting dikedua-dua belah pihak keluarga, semua ahli rombongan kami sebanyak lebih 30 buah kereta bergerak menuju ke  Dewan Majlis Pembandaran Putra Nilai. Di sana semua tetamu disajikan jamuan yang enak dan beraneka hidangan.
Tahniah kepada kedua-dua mempelai .... Jumpa Di Temerloh .......     - shahidah



Tiada ulasan:

Catat Ulasan