9.20 pagi - Bertolak dari Taman Pelangi, 5 buah kereta bergerak secara konvoi menuju ke Port Dickson.
10.50 pagi - Tiba di The Regency Tanjung Tuan Beach Resort, Port Dickson.
11.00 pagi - Check in .
11.30 pagi - Makan tengahari awal, disebabkan budak-budak tak sabar nak mandi. Hidangan nasi tomato yg disediakan oleh Shima.
1.30 petang - Budak-budak semua dah puas mandi di kolam, semua rehat sebentar bagi menunggu aktiviti petang.
4.00 petang - Aktiviti petang, games seperti yang telah dirancang oleh kaum ibu, diketuai oleh Puan Ros. Seramai 8 buah keluarga yg terdiri daripada 16 dewasa & 23 orang kanak-kanak.6.00 petang - Selesai aktiviti games, sambung pulak dengan permainan bola tampar pantai.
7.00 malam - Sesi siang tamat dan balik ke apartment masing-masing.
8.30 malam - Makan malam bersama yang telah disediakan awal oleh para ibu, sebenarnya para ibu hanya masak nasi kerana setiap keluarga membawa sejenis lauk, ada udang masak lemak, lauk paprik, daging masak kicap, ikan keli goreng sambal, ikan kembong goreng, ayam masak merah, sambal sotong dll.
9.30 malam - Acara bebas, dimana kami hanya bersembang di apartment aje sambil menonton TV, minum teh tarik & makan kuih karipap, kek gula hangus & lepat labu.11.00 malam - Kami kaum bapa turun ke bawah bermain karom dan pool, ini buat pertama kalinya saya bermain pool. Semua permainan lain telah ditutup.
1.00 pagi - Kami bercadang untuk minum tetapi di tempat ini semuanya dah tutup jadi, kami keluar cari kedai mamak di kawasan Teluk Kemang. Kami minum dan bersembang sampai pukul 2.30 pagi
2.30 pagi - Balik ke apartment untuk tidur.
Gambar Kenang-kenangan
Sabtu 27 Feb 2010 - Hari Kedua
8.00 pagi - Sarapan pagi bersama. Para ibu telah bangun seawal 5.30 pagi utk menyiapkan sarapan pagi. Menu nasi lemak sambal ikan bilis, sambal sotong & ayam goreng rempah
8.30 pagi -Semua anak mandi kolam, kami kaum ibu dan bapa pun tak lepaskan pelung untuk mandi sebab melepaskan hajat semalam tak dapat mandi ( kolam tutup awal pukul 7.00 petang ).
10.30 pagi - Semua naik ke apartment untuk meneruskan aktiviti dihari kedua.
11.30 pagi - Kami semua bersiap untuk bertolak ke Melaka .
12.50 tengahari - Tiba di tol Ayer Keroh Melaka . Kami singgah buat keputusan untuk makan tengahari dulu sebelum pergi ke Zoo.
1.30 tengahari - Selesai makan kami ke Zoo Ayer Keroh.
1.30 - 5.00 petang - Kami bersiar-siar di zoo dengan melihat 2 pertunjukkan binatang.
5.00 petang - Menyambung bersiar-siar ke Bandar Hilir ( Kota
Sejarah Melayu ) .
5.30 petang - 7.00 malam - Bersiar-siar di Bandar Hilir ( Bandaraya Bersejarah ). Anak-anak dapat melihat sendiri semua peninggalan sejarah dari zaman Kesulatan Melayu hinggalah Zaman Penjajahan Barat.
7.30 malam - Bertolak ke Kuala Umbai untuk menjamu selera di sana. Tempat ini terkenal dengan ikan bakarnya dan jeti tempat pelawat untuk ke Pulau Besar .
8.00 - 10.00 malam - Makan malam dengan hidangan ikan bakar, otak-otak, nasi lemak dan berbagai hidangan laut.
11.15 malam - Sampai di Port Dickson semula untuk berehat.
11.30 - 2.00 pagi - Selesai mandi, sambung bersembang sambil minum teh tarik & roti bakar.
8.00 pagi - Sarapan bersama. Menu roti sardin roll, ayam goreng rempah, nuget, hotdog dll.
8.30 pagi - 11.00 tengahari - Para ibu & anak-anak mandi kolam & mandi laut. Para bapa hanya bersembang di tepi laut.
11.30 pagi - Makan tengahari. Menu nasi putih bersama ayam rempah. Roti sardin roll, nuget & hotdog pun ada.
12.00 tengahari - 3.30 petang - Berehat & bersembang.
3.45 petang - Check out.
4.00 petang - Bergerak ke Muzium Angkatan Tentera.
5.30 petang - Bergerak pulang ke Rawang.
6.30 petang - Berhenti di hentian Seremban utk minum petang.
7.00 petang - Menyambung perjalanan ke Rawang.
8.00 malam - Tiba di Taman Pelangi Rawang.
Jumpa lagi di aktiviti akan datang - jasa
Tiada ulasan:
Catat Ulasan