Kalau kita berkunjung ke Pekan Sehari Temerloh anda pasti akan bersua dengan penjual ikan sungai yang segar ( ada masih hidup ) . Berbagai-bagai jenis ikan yang kita temui, malah ada ikan yang tidak pernah kita lihat tapi di sini ada . Jangan terperanjat jika anda bertanya tentang harga ikan yang mencacah puluhan ringgit malah ada yang lebih seratus harganya. Ikan yang paling popular di sini adalah tak lain tak bukan ikan patin. Sehingga mendapat jolokan "Temerloh Bandar Ikan Patin ". Ikan patin di sini rasanya berbeza kalau kita bandingkan dengan tempat-tempat lain , ia lebih enak dan kurang hayir dan kurang lemak. Ini mungkin disebabkan faktor air sungai Pahang yang besih serta dasarnya yang berpasir.
Kiri , ikan temerlian - ikan ini bersaiz besar , yang ini beratnya 23 kg . Harganya RM30 sekilo . Kanan , ikan gahak - ikan ini tergolong di antara ikan yang mahal harganya ( RM45-60 sekilo)Kiri , ikan patin buah -ikan ini beratnya 3.95 kg sedan harganya memang mahal ( RM 80 - 100 sekilo). Ikan ini sangat terkenal dan merupakan kegemaran penduduk Temerloh. Ikan ini juga dibela dalam sangkar bagi menampung permintaan yang tinggi dari penduduk setempat bahkan dari luar. Harganya ( RM 14 sekilo ) jauh lebih murah berbanding patin sebenar .
Kiri , Ikan Ara - ikan ini sedap dan lemak. Kanan , Ikan Tengalan - ikan ini cantik rupanya dana harganya diantara RM 45. Kiri , ikan kerai - ikan ini suku sakat lampam. .Kanan, udang galah - ini mestilah tahu kan juga dikenali sebagai raja udang. Harganya RM50 sekilo. Kiri, ikan lampam , ikan ini mudah diperolehi dan harganya taklah mahal. Kanan, ikan tilan , ikan ini kurang diminati sebab rupanya seperti ular tapi rasanya seakan-akan ayam. Kanan , ikan belida - ikan ini biasa aje dan boleh didapati dimana tempat berair seperti di paya, lombong dan tasik.Kanan, ikan baung kunyit - ikan ini juga tergolong ikan yang diminati. Kanan , ikan baung tekalan - ikan kurang sedap berbanding baung kunyit. Ikan ini mempunyai kepala yang besar. Kanan , ikan kaloi - ikan ini juga mudah diperolehi dan harganya biasa saja . Ikan ini biasanya dijadikan sebagai ikan hiasan sebab ini mudah hidup dalam akuarium . Kiri , ikan seluang , ikan ini dipanggil ikan mungkus oleh orang Temerloh. Walaupun ikan ini kecil ia sangat sedapa bila digoreng garing-garing. Kiri, ikan layih - ikan ini walaupun saiznya kecil ia merupakan salah satu ikan yang sangat digemari dan harganya taklah mahal sangat cuma RM 25 sekilo. Bawah , Ikan temu arus - ikan ini sangat jarang ditemui , rasa nya enak kalau dibuat gulai.
sedap ...
BalasPadam