JASA.com adalah singkatan nama Jasazami Ahmad & Shahidah Abdullah , merupakan blog keluarga yang memuatkan semua aktiviti dan perjalanan hidup seluruh keluarga kami. Terima kasih

Jumaat, 26 Februari 2010

Hari Keluarga & Cuti Bersama Jiran Tertangga Di Port Dickson & Melaka

Jumaat  26 Feb 2010 -  Hari Pertama
9.20 pagi - Bertolak dari Taman Pelangi, 5 buah kereta bergerak secara konvoi menuju ke Port Dickson.
10.50 pagi - Tiba di The Regency Tanjung Tuan Beach Resort, Port Dickson.
11.00 pagi - Check in .
11.30 pagi - Makan tengahari awal, disebabkan budak-budak tak sabar nak mandi. Hidangan nasi tomato yg disediakan oleh Shima.
1.30 petang - Budak-budak semua dah puas mandi di kolam, semua rehat sebentar bagi menunggu aktiviti petang.
4.00 petang - Aktiviti petang, games seperti yang telah dirancang oleh kaum ibu, diketuai oleh Puan Ros. Seramai 8 buah keluarga yg terdiri daripada 16 dewasa & 23 orang kanak-kanak.
6.00 petang - Selesai aktiviti games, sambung pulak dengan permainan bola tampar pantai.
7.00 malam - Sesi siang tamat dan balik ke apartment masing-masing.
8.30 malam - Makan malam bersama yang telah disediakan awal oleh para ibu, sebenarnya para ibu hanya masak nasi kerana setiap keluarga membawa sejenis lauk, ada udang masak lemak, lauk paprik, daging masak kicap, ikan keli goreng sambal, ikan kembong goreng, ayam masak merah, sambal sotong dll.
9.30 malam - Acara bebas, dimana kami hanya bersembang di apartment aje sambil menonton TV, minum teh tarik & makan kuih karipap, kek gula hangus & lepat labu.
11.00 malam - Kami kaum bapa turun ke bawah bermain karom dan pool, ini buat pertama kalinya saya bermain pool. Semua permainan lain telah ditutup.
1.00 pagi - Kami bercadang untuk  minum tetapi di tempat ini semuanya dah tutup jadi, kami keluar cari kedai mamak di kawasan Teluk Kemang. Kami minum dan bersembang sampai pukul 2.30 pagi
2.30 pagi - Balik ke apartment untuk tidur.

Gambar Kenang-kenangan

Sabtu 27 Feb 2010 - Hari Kedua
8.00 pagi - Sarapan pagi bersama. Para ibu telah bangun seawal 5.30 pagi utk menyiapkan sarapan pagi. Menu nasi lemak sambal ikan bilis, sambal sotong & ayam goreng rempah
8.30 pagi -Semua anak mandi kolam, kami kaum ibu dan bapa pun tak lepaskan pelung untuk mandi sebab melepaskan  hajat semalam tak dapat mandi ( kolam tutup awal pukul 7.00 petang ).
10.30 pagi - Semua naik ke apartment untuk meneruskan aktiviti dihari kedua.
11.30 pagi - Kami semua bersiap untuk bertolak ke Melaka .
12.50 tengahari - Tiba di tol Ayer Keroh Melaka . Kami singgah buat keputusan untuk makan tengahari dulu sebelum pergi ke Zoo.
1.30 tengahari - Selesai makan kami ke Zoo Ayer Keroh.
1.30 - 5.00 petang - Kami bersiar-siar di zoo dengan melihat 2 pertunjukkan binatang.
5.00 petang - Menyambung bersiar-siar ke Bandar Hilir ( Kota
                Sejarah Melayu ) .
5.30 petang  - 7.00 malam - Bersiar-siar di Bandar Hilir ( Bandaraya Bersejarah ). Anak-anak dapat melihat sendiri semua peninggalan sejarah dari zaman Kesulatan Melayu hinggalah Zaman Penjajahan Barat.
7.30 malam - Bertolak ke Kuala Umbai untuk menjamu selera di sana. Tempat ini terkenal dengan ikan bakarnya dan jeti tempat pelawat untuk ke Pulau Besar .
8.00 - 10.00 malam - Makan malam dengan hidangan ikan bakar, otak-otak, nasi lemak dan berbagai hidangan laut.
11.15 malam - Sampai di Port Dickson semula untuk berehat.
11.30 - 2.00 pagi - Selesai mandi, sambung bersembang sambil minum teh tarik & roti bakar.

Ahad 28 Feb 2010 - Hari Ketiga
8.00 pagi - Sarapan bersama. Menu roti sardin roll, ayam goreng rempah, nuget, hotdog dll.
8.30 pagi - 11.00 tengahari - Para ibu & anak-anak mandi kolam & mandi laut. Para bapa hanya bersembang di tepi laut.
11.30 pagi - Makan tengahari. Menu nasi putih bersama ayam rempah. Roti sardin roll, nuget & hotdog pun ada.
12.00 tengahari - 3.30 petang - Berehat & bersembang.
3.45 petang - Check out.
4.00 petang - Bergerak ke Muzium Angkatan Tentera.
5.30 petang - Bergerak pulang ke Rawang.
6.30 petang - Berhenti di hentian Seremban utk minum petang.
7.00 petang - Menyambung perjalanan ke Rawang.
8.00 malam - Tiba di Taman Pelangi Rawang.

 Jumpa lagi di aktiviti akan datang - jasa

Ahad, 21 Februari 2010

Majlis Perkahwinan Dziyauddin (adik bongsuku ) Part 2 Di Temerloh


Sabtu 20 Febuari 2010
- Hari ini majlis "Menyembut Menantu ", kami sekeluarga menanti kunjungan pihak pengantin perempuan dari Nilai , Negeri Sembilan. Majlis hari ini padat dengan berberapa acara sampingan bagi memeriahkan lagi majlis hari ini. Tema warna serba hijau dari pakaian , khemah , air dan meja pengantin .
9.30 pagi - Majlis Khatam Al-Quran anak sulongku  Syafiq.Sebenarnya majlis ini adalah atas permintaan ibuku untuk cucu lelaki sulongnya. Anakku menganji Al-Quran dengan di diperhatikan oleh pak saudara Ustaz Sulaiman dan berapa Imam masjid serta jiran tertangga.


 
10.30 pagi - Majlis Marhaban & Cukur Jambul anak perempuan adikku Nurqistina Farahin , yang baru berusia 3 bulan.






11.00 pagi - Semua para tetamu mula menjamu hidangan yang disediakan ,menu hari ini ala kampung ( ayam masak merah , rendang daging , gulai kambing , umbut kelapa masak lemak , ulam-ulaman & yang teristemewa gulai tempoyak ikan patin ).
12.00 tengahari - Ketika ini ramai jemputan yang hadir bersama keluarga , mereka semua menikmati jamuan yang disediakan di khemah tertamu. Ramai sungguh jemputan yang hadir .Keluarga kami telah menjemput seramai 1500 orang terdiri dari saudara mara , sahabat andai dan jiran tertangga.

12.30 pagi - Rombongan pengantin perempuan tiba seramai 60 orang. Kami sekeluarga berbesar hati menyambut ketibaan rombongan pengantin perempuan . Para tetamu datang tak putus-putus hingga ke petang . Sampai tak larat nak layan sepenuhnya para tetamu kerana terlalu ramai sehingga ada yang terpaksa menunggu giliran untuk makan disebabkan tak cukup tempat duduk walaupun sebanyak 6 khemah disediakan.

Terima Kasih kepada semua tetamu yang hadir jika ada kekurangan kami sekeluarga memohon maaf diatas kekurangan .

Ahad, 14 Februari 2010

Majlis Pernikahan & Perkahwinan Dziyauddin (adik bongsuku ) Part 1 Di Nilai



Ahad , 14 Feb 2010 - Adik bongsuku Dziyauddin melangsungkan perkahwinannya dengan Nurdalila  di Nilai. Semua ahli keluarga  berkampung di  Hotel Allson Kelana, Nilai dari petang Sabtu. Kami berkumpul awal bagi
memastikan majlis pernikahan
yang dijalankan pada sebelah pagi (10.30 pagi) berjalan lancar , risau-risau kalau jalan sesak. Walaupun ayahku yang kurang sihat tetapi dia menguatkan semangat untuk datang dari Temerloh bagi melihat anak bongsunya melangsungkan pernikahan .   Sebelum majlis akad & nikah, majlis pertunangan secara ringkas telah dilangsungkan.





Majlis ini bagi menyempurnakan adat melayu dan hajat kedua-dua orang tua. Selesai saja majlis pertunangan disusuli oleh majlis akad nikah yang disempuranakan oleh Imam Masjid Putra Nilai dan diwalikan oleh bapa pengantin perempuan iaitu Md Rahin Awang.
Selesai majlis akad & nikah, majlis membatalkan air sembahyang dan acara bersalaman penganting dikedua-dua belah pihak keluarga, semua ahli rombongan kami sebanyak lebih 30 buah kereta bergerak menuju ke  Dewan Majlis Pembandaran Putra Nilai. Di sana semua tetamu disajikan jamuan yang enak dan beraneka hidangan.
Tahniah kepada kedua-dua mempelai .... Jumpa Di Temerloh .......     - shahidah



Selasa, 2 Februari 2010

Ikan Sungai Pahang vs Pekan Sehari

 Kalau kita berkunjung ke Pekan Sehari Temerloh anda pasti akan bersua dengan penjual ikan sungai yang segar ( ada masih hidup ) . Berbagai-bagai jenis ikan yang kita temui, malah ada  ikan yang  tidak pernah kita lihat tapi di sini ada . Jangan terperanjat jika anda bertanya tentang harga ikan yang mencacah  puluhan ringgit malah ada yang lebih seratus harganya. Ikan yang paling popular di sini adalah tak lain tak bukan ikan patin. Sehingga mendapat jolokan "Temerloh Bandar Ikan Patin ". Ikan patin di sini rasanya berbeza kalau kita bandingkan dengan tempat-tempat lain , ia lebih enak dan kurang hayir dan kurang lemak. Ini mungkin disebabkan faktor air sungai Pahang yang besih serta dasarnya yang berpasir.

 Kiri , ikan temerlian - ikan ini bersaiz besar , yang ini beratnya 23 kg . Harganya RM30 sekilo . Kanan , ikan gahak - ikan ini tergolong di antara ikan yang mahal harganya ( RM45-60 sekilo)Kiri , ikan patin buah -ikan ini beratnya 3.95 kg sedan harganya memang mahal ( RM 80 - 100 sekilo). Ikan ini sangat terkenal dan merupakan kegemaran penduduk Temerloh. Ikan ini juga dibela dalam sangkar bagi menampung permintaan yang tinggi dari penduduk setempat bahkan dari luar. Harganya ( RM 14 sekilo )  jauh lebih murah berbanding patin sebenar .
 Kiri , Ikan Ara - ikan ini sedap dan lemak. Kanan , Ikan Tengalan - ikan ini cantik rupanya dana harganya diantara RM 45. Kiri , ikan kerai - ikan ini suku sakat lampam. .Kanan, udang galah - ini mestilah tahu kan juga dikenali sebagai raja udang. Harganya RM50 sekilo. Kiri, ikan lampam , ikan ini mudah diperolehi dan harganya taklah mahal. Kanan, ikan tilan , ikan ini kurang diminati sebab rupanya seperti ular tapi rasanya seakan-akan ayam. Kanan , ikan belida - ikan ini biasa aje dan boleh didapati dimana tempat berair seperti di paya, lombong dan tasik.Kanan, ikan baung kunyit - ikan ini juga tergolong ikan yang diminati. Kanan , ikan baung tekalan - ikan kurang sedap berbanding baung kunyit. Ikan ini mempunyai kepala yang besar. Kanan , ikan kaloi - ikan ini juga mudah diperolehi dan harganya biasa saja . Ikan ini biasanya dijadikan sebagai ikan hiasan sebab ini mudah hidup dalam akuarium . Kiri , ikan seluang , ikan ini dipanggil ikan mungkus oleh orang Temerloh. Walaupun ikan ini kecil ia sangat sedapa bila digoreng garing-garing. Kiri, ikan layih - ikan ini walaupun saiznya kecil ia merupakan salah satu ikan yang sangat digemari  dan harganya taklah mahal sangat cuma RM 25 sekilo. Bawah , Ikan temu arus - ikan ini sangat jarang ditemui , rasa nya enak kalau dibuat gulai.