Hari Pertama- 1 Syawal
10 September 2010 , Jumaat - Setelah habis Ramadan semalam mucul pula Syawal hari ini. Selamat menyambut Aidilfitri kepada semua umat Islam. Bagi aku dan keluarga kami berhari raya di Kuala Lumpur kali ini disebabkan ibu mertuaku masih lagi di ICU IJN. 20 tahun aku merantau ini pertama kalinya aku berhari raya di sini. Malam raya aku di IJN lepas tu kami berbuka di Ampang di rumah birasku, selepas tu kami ke rumah kakak Ngahku di Serdang. Pagi-pagi lagi kami dah bersiap untuk makan bersama dengan keluarga kakakku. Selesai makan saya bersama anak-anak lelakiku sembahyang raya di Masjid Serdang Raya. Seperti biasa kami mengambil gambar bersama keluarga sebagai kenangan.
Tepat jam 8 malam semua pelawat disuruh keluar, kami pun beredar dari IJN. Perut terasa lapar anak-anak sibuk nak makam malam. Banyak restoran tutup jadi kita makan aje di KFC.
11 September 2010, Sabtu - Awal pagi lagi kami dah bangun sebab dah biasa. Kejut anak-anak dan suruh solat subuh, Hari tak tahu nak kemana ... fikir punya fikir akhirnya kami pergi ke menara KL. Dah lama tak gi ke sini, semasa tu along masih kecil. Anak-anak inilah kali pertama mereka datang ke mari.
Dari menara KL kami pun terus ke IJN untuk melawat ibu mertuaku.
Tepat jam 12.30 tengahari kami pun melawat ibu mertuaku. Kami berganti-ganti menjenguk ibu mertuak. Selepas jam 1.30 petang waktu lawatan pun habis, kami terus ke TESCO Selayang membeli keperluan harian yang dah banyak yang habis sebab tak sempat pergi sebelum ni.Selesai makan dan beli baranagan yang diperlukan kami kembali semula ke IJN untuk menunggu waktu lawatan pukul 6 petang. Jam 8 malam kami pulang ke Rawang dan terus ke rumah jiranku Nordin yang menjemput makan nasi dagang.
Tiada ulasan:
Catat Ulasan