JASA.com adalah singkatan nama Jasazami Ahmad & Shahidah Abdullah , merupakan blog keluarga yang memuatkan semua aktiviti dan perjalanan hidup seluruh keluarga kami. Terima kasih

Ahad, 5 September 2010

Emak oh emak....

24 Ogos 2010 - Kira-kira jam 4.30 petang, ketika aku dipejabat, mak menelefon memintaku balik dengan segera kerana dia tak larat. Dari suaranya, aku tahu memang dia tak larat. Aku terus keluar dari pejabat. Jalan jammed. Terus hubungi jiranku Ina minta tolong dia tengokkan mak. Aku ingat mak hypo sebab mak ada kencing manis. Minta Ina buatkan air gula dan berikan mak minum. Terima kasih Ina! Tiba dirumah, ku tengok mak baring, mukanya pucat. Aku beri dia makan. Malam tu nampak dia OK sikit.

25 Ogos 2010 - Beberapa kali di kala aku dipejabat akau menghubungi mak. Mak kata dia OK dan dia berpuasa. Balik dari pejabat, tengok mak baring je. Ketika aku mandi, handphoneku berbunyi, ku suruh anak-anakku angkat. Diaorang kata wan yang call. Aku suruh diaorang pergi tengok wan. Lantas aku mencapai tuala dan turun. Mak berbuka, katanya tak larat. Aku rasa seluruh badan mak sejuk. Bila aku tanya dia, dia kata "nak demam ni". Terus aku mengajak mak ke klinik selepas maghrib dan mak setuju. Tiba diklinik, doktor check dan dapati mak tak demam, BP ok, sugar level pun OK. Tiba-tiba mak cakap "saya selalu rasa senak dada dalam sebulan ni". Aku punyalah terperanjat kenapa mak tak pernah beritahu pasal ni. "Mak ingatkan angin je, sapu minyak kurang sakitnya". Doktor terus buat ECG. Mak ada masalah jantung. Refer to hospital, tak boleh tunggu sebab takut mak pengsan. Terus bawa mak ke PUSRAWI, buat ECG lagi sekali, memang ada masalah jantung. Buat blood test. BP mak terus naik 200++, agaknya dia takut, terkejut dan risau. Blood test dapati mak kolestrol tinggi. Emak dimasukkan ke ICU sebab doktor takut mak kena heart attack.

26 Ogos 2010 - Aku ambil cuti kecemasan. Mak masih di ICU. Doktor buat x-ray & ultra sound. Doktor kata jantung mak bengkak. Tapi, doktor masih syak ada blockage.

27 Ogos 2010 - Mak dipindahkan ke wad biasa, bilik single penuh, masuk two bedded. Malam baru ada kosong single room terus pindah. Malam itu juga kami sekeluarga tidur di PUSRAWI.

28 & 29 Ogos 2010 - Mak berehat di wad tapi ramai sanak saudara datang melawatnya.

30 Ogos 2010 - Petang pukul 4.30 petang mak buat angiogram. Lepas buat, mak terus dimasukkan ke ICU untuk monitor. Sekali lagi kami sekeluarga tidur di PUSRAWI.

31 Ogos 2010 - Doktor mengesahkan pangkal jantung sebelah kiri mak blockage 50% dan bypass perlu dilakukan dengan seberapa segera kerana takut mak kena stroke atau heart attack. Doktor cadangkan buat di Ampang Puteri atau IJN. Kos kalau buat di Ampang Puteri RM40 - RM50 ribu. IJN lambat kena tunggu, lagipun raya dah dekat, ramai yang bercuti. Pening jugak kepalaku memikirkannya. Orang pertama yg aku hubungi adalah kawanku Ruzana yg bekerja di IJN. Lepas tu aku menghubungi sepupuku. Sepupuku inilah tempat aku mengadu bila ada yg sakit dlm keluargaku termasuklah ketika arwah ayah sakit. Tiba-tiba aku mendapat panggilan daripada kawanku yg menyuruh aku ke IJN untuk berjumpa dengan cardiologist dgn membawa CD angiogram. Aku berlari ke ICU meminta CD tu dan terus ke IJN. Tiba di IJN, aku mencari tempat utk berjumpa cardiologist tersebut, puas aku naik lif keluar lif, berjalan kesana kemari, sehingga aku tak nampak perkataan CCU dimana sepatutnya aku bertemu dgn beliau. Aku terpaksa menghubungi kawanku semula. Dia suruh aku bertenang dan beritahu dia dimana aku berada sebenarnya. Akhirnya aku berjaya bertemu dgn cardiologist itu, dia mengesahkan mak kena buat bypass. Dan sekali lagi aku menerima panggilan telefon daripada sepupuku yg memberitahu mengenai temujanji dgn Dr Rais pada 1 Sept jam 10 pagi. Terima kasih yg tidak terhingga kepada sepupuku & kawanku! Hanya Allah sahaja yg boleh membalasnya! Ya Allah! aku benar2 bersyukur kerana semua urusan dipermudahkan. Aku tak sabar utk memberitahu mak. Aku segera balik ke PUSRAWI utk memberitahu mak. Aku lupa pada hari itu masih dlm bulan Ramadhan, lupa puasa, tak rasa penat aku berlari ke sana kemari akhirnya aku dapat juga temujanji di IJN.

1 Sept 2010 - Jam 9.30 pagi, adik aku yg bongsu membawa mak ke IJN sementara aku menunggu laporan disiapkan untuk dibawa ke IJN. Pukul 9.30 pagi dapat laporan dari PUSRAWI terus berlari ke IJN. Tepat 10.30 pagi kami berjumpa dengan Dr Rais. Setelah memeriksa mak, Dr Rais memberi mak pilihan samada buat bypass pada 3 Sept atau selepas raya. Mak membuat pilihannya sendiri iaitu 3 Sept. Mak dimasukkan ke wad.

2 Sept 2010 - Mak berehat di wad dan menjalani beberapa prosedure & penerangan mengenai pembedahannya. Malam itu juga aku tidur di wad utk menemani mak.

3 Sept 2010 - Tepat jam 7 pagi, nurse menyuruh mak menukar pakaian. Jam 7.30 pagi mak dibawa ke bilik OT. Kami adik beradik mengiringi mak. Sebelum masuk ke bilik OT, kami semua bersalam & mencium mak. Aku benar2 sebak masa tu tapi aku tak boleh menangis di depan mak. Semasa masuk ke bilik OT, mak melambai kearah kami. Aku amat berharap itu bukan lambaian terakhir mak. Jam 1 tengahari seperti yg doktor beritahu terdahulu kami adik beradik sudah berada di bilik menunggu di depan ICU Blok A. Aku benar2 resah kenapa mak tak keluar lagi seperti yg dijangkakan iaitu pukul 1 petang. Jam 3.45 petang kami dipanggil. Aku & adik perempuan masuk utk berjumpa mak. Ya Allah! Tak sanggup aku melihat mak. Berselirat wayar ditubuhnya. Mak belum sedar. Doktor menerangkan apa yg telah dilakukan oleh beliau & apa yg dia jangkakan akan berlaku kpd mak. Diantaranya, ketika pembedahan, ada bleeding & kidney mak terganggu. Kami terima semua tu. Doktor kata mak akan sedar keesokkan harinya. Aku menghubungi suamiku. Dia suruh aku balik dan dtg semula malam. Adik & abang aku menunggu sehingga aku sampai. Disepanjang perjalanan balik ke Rawang, aku menangis tanpa henti kerana aku teringat apa yg terjadi kpd suami sepupuku yg mengalami bleeding ketika pembedahan, koma selepas pembedahan dan akhirnya meninggal dunia lbh kurang 2 minggu selepas pembedahan. Aku tak sanggup kehilangan kedua2 orang tuaku dalam jarak yg sangat hampir. Ayah baru saja meninggalkan kami. Kami sekeluarga tiba di IJN jam 9.30 malam dan kami tidur di lobi IJN.

4 Sept 2010 - Jam 10 pagi, aku menerima sms dari adik bongsuku yang menyatakan mak dah sedar dan boleh angkat tangan. Lega sedikit rasanya. Ketika aku melawatnya, aku panggil namanya, dia angguk, bila aku tanya mak dengar, dia angguk, mak faham, dia angguk. Sebak juga aku, maklumlah sebelum ni mak boleh bercakap & bergelak ketawa dgn kami tapi, sekarang terpaksa baring dan masih byk wayar di mulut, leher, hidung, dada, tangan dan sebagainya.

5 Sept 2010 - Aku perhatikan mak lemah, sehingga nak buka mata pun macam tak larat. Aku perhatikan mesin2 yg berada di atas kepalanya, semua bacaan macam tinggi je. Pada sebelah ptg, aku masuk bersama kakak iparku, aku terkejut apabila mendapati mak demam dan ada mesin dialysis disebelahnya. Leher sebelah kiri mak ditebuk untuk memasukkan wayar utk buat dialysis. Pada ketika ini, mak tak sedar. Mak kena buat dialysis sbb air tak keluar, tangan mak dah bengkak. Aku dah tak boleh tahan, airmataku mencurah2. Pada sebelah malamnya, aku hampir tak boleh tidur memikirkan mak.

6 Sept 2010 - Ketika aku melawatnya disebelah tengahari sekali lagi aku dikejutkan apabila diberitahu oleh nurse, mak kena masuk OT lagi sekali utk membuang darah beku. Doktor telah menerangkan bahawa ketika pembedahan pertama, ada bleeding, so sekarang dah jadi beku. Kena buang sebab ini menyebabkan pernafasan mak irregular. Semua adik beradik berkumpul. Kami akur. Jam 6 ptg, kami dipanggil oleh doktor. Mak berada di ICU Blok B. Doktor menerangkan keadaan mak OK, semua bacaan memuaskan. Doktor kata mak akan sedar keesokan harinya.

7 Sept 2010 - Seperti biasa aku melawatnya masa lawatan tengahari, mak dah sedar. Mesin dialysis telah diberhentikan. Mak boleh angkat tangan & gerakkan badannya. Kebetulan doktor ada disana. Doktor kata banyak improvement. Banyak ubat2 yg telah dikurangkan. Aku sebak bila waktu lawatan dah tamat dan aku beritahu dia aku nak balik & ptg nanti datang lagi, mak memegang tanganku dgn erat sekali. Kalau ikutkan aku tak mahu tinggalkan mak disana tapi apakan daya IJN tak bagi tunggu dan hanya boleh tengok pada waktu melawat yg sgt pendek 12.30pm - 1.30pm & 6pm - 8pm. Sebelah ptgnya aku melawat mak lagi, ventilator sudah buka. Mak mula bercakap. Mak kata letih. Kesiannya aku tengok mak, dia kelihatan letih yg teramat sangat. Tapi, aku rasa lega juga bila mak boleh bernafas dgn sendirinya.

8 Sept 2010 - Setibanya di hospital pada tengahari, aku terus bagi dia minum air zam zam. Habis segelas dia minum. Pihak hospital pun dah mula sediakan makanan utk mak. Bila aku tanya nak makan, mak kata tak nak, tak ada selera. Bila aku buka, bubur nasi, sedap je baunya. Aku pujuk dia makan. Dia makan, habis 1/4 mangkuk tu. Dia sembang2. Nampak dia ceria je. Bila aku tanya samada dia ingat tak yg sekarang bulan Ramadhan, dia kata dia ingat. Dia ingat pasal zakat fitrah yg belum bayar. Aku suruh dia wakilkan kat adik bongsuku yg ada disebelahnya. Dia terus wakilkan kat adik. Seronoknya aku, "mak semakin pulih" detik hatiku.

9 Sept 2010 - Tengahari mak makan bubur nasi habis 1/2 mangkuk. Minum air zam zam. Dalam bersembang, dia ada meracau sikit2. Nurse kata, itu biasa dlm proses recovery. Risau jugak aku.

10 Sept 2010 - Hari raya aidilfitri. Aku langsung tak rasa yg hari tu hari raya. Aku x nak ucapkan selamat hari raya kat mak takut dia  kecewa sbb berhari raya di dalam wad tapi, bila aku salam dengan dia, dia terus ucap selamat hari raya kat aku. Sebaknya, tuhan je yg tahu. Aku hanya diam menahan daripada airmata menitis. Inilah pertama kali beraya setelah ayah meninggal, mak pulak kat dlm wad. Racau mak makin teruk.

11 Sept 2010 - Raya kedua, aku sekeluarga tak kemana. Jam 11.30 pagi ketika keretaku membelok ke IJN, tiba2 handphone ku berbunyi. No IJN, berderau jantung ku! Pihak IJN minta aku berjumpa dgn mak segera kerana mak dah meracau dengan agresif, dia cuba menanggalkan semua yg ada dibadannya. Suamiku memberhentikan aku dipintu utama. Aku berlari terus ke wad tanpa menghiraukan pengawal keselamatan yg menahanku. "Mak tak nak cakap dgn awak, berapa byk dah duit awak dapat, berapa ribu, berapa juta, mak x rela awak jadikan bahan uji kaji awak, buat apa dtg sini, bukan nak membaikkan mak, menambah sakit je, Jasa mana, mak dia dah mati, kalau tak, dia pun mesti suruh mak dia jadi bahan ujikaji juga, ....dan macam2 lagi" Semua org dimarahnya. Puas kami memujuknya tapi mak tetap marah. Tapi, dia masih ingat, bila sepupuku dtg, dia tahu sepupuku anak siapa & dtg dari mana. Doktor kata mak keliru, urinal high (kidney x function). Mak kena buat dialysis utk 24 jam. Harap selepas ni mak akan normal semula. Aku benar2 risau. Tak tahu nak buat apa. Petang tu sepupu ku bawa air penawar, mak minum, habis segelas.

12 Sept 2010 - Keadaan mak makin membimbangkan apabila dia tak respon. Panggil pun dia tak menyahut. Mata pejam. Tapi, aku nampak kaki & tangannya bergerak. Semua org panggil dia tak buka mata. Ketika aku sedang bercakap dengan nurse, aku nampak dia buka mata, bila aku pergi dekat, dia cepat2 tutupkan mata. Doktor kata nak buat brain CT Scan. Nak check kepala dia. Aku tambah risau..Harap semuanya OK.

13 Sept 2010 - Mak makin tak respon. Kaki & tangan mak tak gerak. Cucuk kat kaki pun dia tak gerak. Doktor terpaksa masukkan tiub intivator semula. Seluruh badan mak keras & sejuk. Buat brain ct scan. Lewat petang, result CT scan dah diketahui. Alhamdulillah, mak OK, lega rasanya. Mak dah mula buka mata. Dia boleh menganggukkan kepala bila kami bercakap dengannya. Tak boleh bercakap sbb tiub masih ada kat dalam mulutnya. Dia nampak tak selesa, dia cuba tolak tiub tu dengan lidahnya. Kami pujuk dia suruh bersabar. Menurut doktor, tiub tu untuk 24 jam sahaja. Bacaan yg lain2 semua stabil. Lega sikit!

14 Sept 2010 - Mak nampak segar. Dia nak bercakap tapi tiub masih kat dalam mulut dia. Dia tulis..puas jugak kitaorang nak faham tulisan dia. Dia nak minyak gamat & minta bilik sorang. Nurse kata bilik sorang kat Blok A, masih belum buka, cuti raya tapi, dia boleh tolong booked. Dia suruh picit dia. Semua org yg dtg hari ni dia cuba bercerita apa yg berlaku kat dia dengan bahasa isyarat. Satu je yg buat aku risau sebab nurse kata, paru2 sebelah kanan byk air. Mungkin esok doktor nak tebuk nak buangkan air tu. Aku tanya, ada cara lain tak, diaorg dah bagi ubat. W/bagaimanapun, tengok esok camna. Harap2 tak payah la tebuk, kesian dia.

15 Sept 2010 - Rusuk kanan mak ditebuk untuk keluarkan air kat paru2 mak. Mak nampak letih. Semua org yg datang dia angkat tangan suruh doakan untuk dia. Mak tulis dalam jawi pulak hari ni, tak berapa clear, tapi boleh baca. Akhir sekali dia tulis " SELAMAT UPSR ALONG". Terharunya, tahan je airmata dari menitis. Dalam keadaan mak sakit, dia masih ingat kat cucu dia yg nak ambil UPSR.

16 Sept 2010 -  Pukul 1 petang doktor buka ventilator, pakai mask oksigen je. Kul 6 petang, pakai oksigen yg kat hidung je. Mak dah mula minum air, malam nurse nak bagi mak makan bubur. Mak minta hubungi Masjid Tmn Semantan, Masjid Tmn Saga, Lebak & Bukit Keledang untuk buatan sembahyang hajat untuk dia sembuh. Aku tunaikan permintaannya.

17 Sept 2010 - Buat pertama kalinya, tengahari ni aku tak dpt tengok mak sebab anak2 ku sekolah, taska tutup. K ngah pergi tengok mak. K ngah kata mak kena pakai mask oksigen yg besar macam starwars tu. Nampak mak susah sgt nak nafas. Mak dipindahkan ke Blok A semula, bilik sorang (buka semula selepas tutup utk cuti raya). Petang aku pergi tengok mak. Ketika aku & k ngah menghampiri bilik mak, kami terkejut sbb mak terbaring, doktor ada kat dalam. Doktor tunjukkan kat kami Buat pertama kalinya aku nampak kesan kat kaki kiri tpt ambil urat utk bypass & dada yg kena operate tu. Dan nampak tiub yg kat dekat rusuk kanan tu. Kesiannya....Doktor terpaksa masukkan ventilator semula sbb mak kena sesak nafas. Mak cuba sedaya upaya utk bernafas sehingga mak stress & BP naik hingga 200++. Tak elok untuk jantung mak. So, kena bagi mak rehat sehingga hari Isnin. Ini bermakna, mak di "pengsankan" atau tak sedar untuk kali ke 4. Doktor kata yg lain2 semua elok, baik & stabil.

18 Sept 2010 - Tengahari, tiub kat rusuk kanan sudah dibuka. Mak tidur je. Aku tak ganggu dia biar dia tidur. Sebelah petang, ramai lak sanak saudara & kawan2 tmn semantan datang. Ada lak yg tidak dpt menahan airmata didepan mak sehingga ada yg menangis didepan mak. Mak turut menangis. Kul 7.45pm, degupan jantung mak naik sehingga 138, doktor dtg, suruh pelawat keluar dan tak benarkan melawat lagi w/pun masa masih ada. Selama ini, kami hanya menahan airmata dari menitis dihadapannya..nak buat camna? Doktor nasihatkan agar menghadkan pelawat. Kami adik beradik berbincang agar mulai esok kami akan memberitahu semua pelawat tidak dibenarkan masuk jika tak dpt tahan airmata atau kalau masuk, jgn kejutkan mak, biar dia tidur atau tengok mak ikut tingkap kecik kat pintu bilik dia sahaja atau semua pelawat dibawa oleh salah seorg dari kami agar kami dpt control mereka. Maaf kepada semua. kami lakukan ini kerana terpaksa demi kesihatan mak.

19 Sept 2010 - Mak dah sedar tapi mamai. Mak nampak sihat sikit & segar. Tak byk perubahan. Degupan jantung normal.

20 Sept 2010 -  Ventilator masih belum dibuka tapi nampak sihat sikit.

21 Sept 2010 - Tengahari x dpt tengok mak sbb uruskan anak yg ambil UPSR. Ptg pegi tengok mak, mak pakai mask oksigen. Tiba je, mak terus cakap dlm suara yg x brapa jelas 'macam mana along periksa?'. Terharunya, dlm sakit mak masih ingat cucu periksa. Aku menahan sebak. Hanya angguk kepala. Lambat baru aku jawab OK. Mak pakai big mask oksigen. K ngah kata macam Star Wars.

22 Sept 2010 - Ptg je aku tengok mak sbb anak aku masih UPSR. Mak masih pakai big mask oksigen.

23 Sept 2010 - Genap sebulan masuk hospital (23.08.10 masuk PUSRAWI), mak masih pakai mask oksigen. Buat dialysis lagi sbb kidney x berapa function. Tebuk kat rusuk kanan buat kali kedua utk keluarkan air kat paru2. Mak mengadu sakit sangat. Aku menerima panggilan telefon dari Imam Aris (imam surau kat rumah ku). Mereka nak buat baca Yassin & sembahyang hajat utk mak malam ni. Terima kasih semua!

24 Sept 2010 - Mak dah mula minum air & makan bubur. Malam ni kawan2 jiranku di Taman Pelangi buat baca Yassin untuk mak. Semua bawa makanan 'pot luck'. Terima kasih semua terutama tuan rumah, Pak Tam.

25 Sept 2010 - Mak pakai big mask & small mask alternate. Hari ni mak makan bubur + ikan tenggiri dan air bali tanpa gula (permintaan mak) yg k ngah masak. Aku x dapat pergi tengahari sbb hubby kerja & anak2 tuition.

26 Sept 2010 - Mak pakai big mask & small mask alternate. Mak makan bubur + ikan bilis goreng yg tlh dihancurkan halus yang aku masak. Nampak sihat & segar.

27 Sept 2010 - Hari ni EL 1/2 day, Syakirah demam + muntah2, semlman x tidur. Bw gi klinik pagi ni & nampak ok sikit. Nangis dia htr gi nursery, nak ikut gi ofis, kata kat dia x bleh nanti boss ibu marah. Nak ikut gi spital, kata kat dia x bleh nanti doktor marah. "kakak nak jadi doktor, nanti semua org boleh tengok ibu, ayah, wan & aki dia sakit kat spital.". Hari ni mak berak berdarah. Kata nurse, penuh pampers dia. Mak x boleh minum & makan utk sementara waktu. Surgeon HKL datang. Buat scop, x nampak apa2. Dia nasihatkan buat endoscopy bila mak dah kluar dari IJN nanti.

28 Sept 2010 - Mak pakai big mask & small mask alternate. Mak nampak sihat dan segar sgt. Dah boleh duduk. Mr Rais pun nampak gembira & dia kata "sabtu ni makcik pindah ke wad & you all kena jaga ye!". kami semua gembira tengok mak. Tapi, hari ni pun mak tak boleh minum & makan lagi. Doktor kata esok baru mak boleh makan.

29 Sept 2010 - Aku dikejutkan dgn berita darah keluar dgn byknya pd pukul 3 pagi, habis kain, baju, cadar & selimut kena darah. Surgeon HKL datang. Byk kali jugak darah keluar (fresh blood). Setelah berbincang dgn IJN, mereka ambil keputusan utk bawa mak ke HKL utk buat endoscopy atas & bawah. Mak akan dipengsankan utk kali ke 5 demi keselamatan mak. Oleh kerana aku seorang sahaja disana, aku telah menandatangan borang utk membenarkan mereka untuk buat endoscopy ke atas mak.

30 Sept 2010 - Mak tak jadi dibawa ke HKL sbb condition mak yg tidak mengizinkan. Buat endoscopy di IJN. Tapi mereka tak nampak apa2. Mereka ambil keputusan utk bawa mak ke HKL esok kerana disana ada peralatan yg lbh canggih. Mereka suspek ada "pocket" kat usus mak. Jika betul, satu pembedahan kena dilakukan. Tapi, it's a big risky. Darah terus dimasukkan ke dlm badan mak. Mak tak sedar. Mak nampak lemah sangat.

1 Okt 2010 - Hari ini genap sebulan mak di IJN...Mak dibawa ke HKL utk buat endoscopy. Aku memang risau sangat sebab doktor kata "anything could be happened to her, doalah byk2". Setelah 3 jam, doktor nampak semuanya OK. Endoscopy dari atas & bawah semuanya OK. Doktor garu kepala, dari mana datangnya darah tu? Fresh blood tu! Aku berdoa biarlah darah tu terus berhenti...

2 Okt 2010 - Mak dah sedar tapi ventilator masih dalam mulutnya. Mak nampak lemah sangat. Darah terus dimasukkan ke dalam badan mak. Tapi, bleeding dah tak ada.

3 Okt 2010 - Genap sebulan mak di ICU. Ventilator sudah dbuka pd sebelah ptg, pakai "star wars" mask. Makanan diberikan terus kedalam salur darah mak. Doktor masih monitor, takut bleeding lagi.

4 Okt 2010 - Mak pakai big mask & small mask alternate. Bleeding dah tak ada. Masih makanan disalurkan terus ke dalam salur darah. Mak bercakap dgn suara yg amat perlahan. Nampak letih. Buat dialysis 2 jam.

5 Okt 2010 - Mak pakai small mask oksigen je. Masih tak boleh makan. Mak nampak penat sgt. Dialysis 4 jam.

6 Okt 2010 - Masih pakai small mask oksigen. Tak boleh makan lagi. Nampak segar sikit. Dialysis lagi utk 2 jam.

7 Okt 2010 - Genap seminggu tak ada bleeding. Mula bagi makan bubur nasi. Mak makan dalam 5 sudu. Dialysis 4 jam. Bercakap merapu sikit, risau gak aku, takut dia kena halunisasi lagi..

8 Okt 2010 - Aku ke Banting, semenjak mak masuk spital aku tak ke sana. Byk kerja yg tertunggak. Tengahari aku tak pergi tengok mak seperti selalu. Petang aku tiba pukul 6.45pm, jammed teruk sgt. Nampak mak segar, pakai oksigen yg kat hidung je. Byk perubahan. Dialysis 2 jam. Doktor kata, jantung mak kuat, tak ada effect apa2 w/pun buat dialysis. Makan bubur...Ada merapu jugak sikit. Mak tanya "mana Jauriah?" Dlm hatiku "apasal mak tanya org yg dah meninggal ni?" Risaunya aku. "Aku tak nak fikir yg bukan2"

9 Okt 2010 - Nampak mak lagi sihat & segar. Pakai bantuan oksigen yg kat hidung je. Dialysis 4 jam. Makan bubur, byk la, habis dalam 7 sudu. Lepas makan mak kata "bagi bubur tu kat ayah, suruh dia habiskan, sedap bubur ni". Sekali lagi darahku berderau "apasal mak ni?" "aku tak fikir benda yg bukan2".

10 Okt 2010 - Hari ni nampak mak lagi sihat. Buat dialysis 2 jam. IJN bagi bubur nasi & ice cream. Mak makan ice cream separuh cup yg kecil tu. Bubur pun dekat separuh habis mak makan.


11 Okt 2010 - Doktor kata hari ni tak payah buat dialysis, nak tengok air kencing mak boleh keluar atau tidak. Mak makan berselera. Jelly dalam cup kecil tu habis mak makan. Bubur pun habis separuh mangkuk.


12 Okt 2010 - Buat dialysis 4 jam. Hari ni aku seronok sangat sebab mak telah menghabiskan semangkuk bubur nasi buat pertama kalinya sejak mak menjalani pembedahan. Tapi, hari ni nampaknya mak batuk sangat yang mengganggu dirinya. Nak bercakap pun susah. Harap doktor boleh buat sesuatu untuk melegakan mak.

13 Okt 2010 - Hari pun mak makan banyak, habis bubur nasi & kuih jagung. Aku tengok mak petang sebab hari akau ke Banting. Batuk pun semakin kurang. Senang sikit hati.

14 Okt 2010 - Aku terkejut bila tengok mak pakai ventilator, mak dipengsankan buat kali ke 6. Nurse kata tengah malam, mak tak respon. Oksigen tak cukup, so kena masukkan ventilator semula. Susu dimasukkan ikut hidung. Mak tak berapa sedar dan nampak mak lemah sangat.

15 Okt 2010 - Buat dialysis 4 jam. Mak dah sedar tapi tak sepenuhnya lagi. Kesiannya tengok mak. Hari ni pun aku datang petang sebab ke Banting.

16 Okt 2010 - Masih pakai ventilator. Aku datang sorang tengahari. Mak dah sedar sepenuhnya. Petang pun nampak mak segar. Kedua-dua tangan mak dah tak bengkak. Kaki je yg masih bengkak sikit. Jiranku, Ina datang melawat mak. Mak cuma tunjukkan dada & kaki dia yg kena bedah tu.

17 Okt 2010 - Buat dialysis 4 jam. Jiranku Fiq datang. Dia nak cakap. Aku bagi kertas, tulis jawi, Fiq tak faham, aku bacakan "dah elok kita buat kenduri, emak tak elok sakit, minta berubat secara kampung". Nampak mak sihat & segar.

18 Okt 2010 - Masih pakai ventilator. Mak tak banyak berubah. Kami dikejutkan dengan berita bahawa mak akan dibedah semula kerana infection. Doktor dah bagi antibiotik tapi nampaknya tak berapa berkesan. Aku bagaikan nak pengsan.

19 Okt 2010 - Buat dialysis 4 jam. Petang tu mak marah. "Mana angah? Mana dziya? Mana Jasa? angkat mak ni, mak nak balik". Kami buat tak tahu je. "awak bodoh" katanya kepada aku. "pergi keluar" katanya kepada k ngah. Mungkin mak halunisasi? Atau dia rasa penat duduk lama sangat di wad. atau kenapa kena bedah sedangkan dia tak sakit. Petang aku & k ngah berjumpa dengan Dr Rais. Dia menerangkan bahawa mungkin dia akan buka semua jahitan di dada mak hingga ke tulang kerana takut infection tu dah sampai ke tulangnya. Tapi, keadaan jantung mak OK. Sekali lagi aku telah menandatangani borang kebenaran untuk mak dibedah. Aku tiada pilihan. Aku tahu inilah jalan terbaik yg doktor lakukan utk kebaikan mak. Sebelum habis waktu melawat, nampak mak tenang. Semalaman aku tak boleh tidur, aku risau sangat.

20 Okt 2010 - Tengahari nampak mak tenang. "sikit je mak, doktor nak cuci luka mak tu, kejap je", kataku kepada mak. Mak menganggukkan kepalanya. Aku ingat nak tunggu sehingga mak masuk ke OT tapi pukul 2ptg, aku menerima panggilan telefon dari pejabat yg meminta aku balik ke pejabat segera atas urusan yg sangat penting. Aku berbelah bahagi, antara mak & kerja! Aku balik ke pejabat. Pukul 3 ptg, IJN menelefonku untuk memberitathu aku bahawa mak telah dibawa ke OT pukul 2.45 ptg. Tak tentu arah aku dipejabat. Ini bermakna, ini kali ke 7 mak dipengsankan dan kali ke 3 mak dibedah. Petang, pukul 5.30 ptg aku terus ke ICU. Pukul 5.50 ptg, aku dipanggil. Mak dibawa semula ke bilik. Mak dah sedar tapi mamai. Doktor menerangkan bahawa infection tu tak sepertimana yg dijangkakan. Sedikit sahaja, iaitu hanya dibahagian yg bernanah itu sahaja. Lega sikit aku! Mak ditidurkan untuk rehat.

21 Okt 2010 - Aku ke Banting kerana urusan kerja yg tidak dapat dielakkan. Berat hatiku sebab kalau aku di pejabat KL, boleh aku tengok mak tengahari. Pukul 4.45 ptg aku terus keluar dari banting menuju ke IJN. Tak sabar rasanya nak tengok mak. Aku tiba di IJN pukul 6.15 ptg. Terkejut bercampur gembira apabila aku tengok mak sedang makan bubur nasi yg disuapkan oleh nurse. Hampir habis semangkuk mak makan. Mak nampak ceria sangat. Mak juga bergurau dengan kami setelah sekian lama mak tak bergurau dengan kami. Selepas melawat mak, aku ke Alam Damai, rumah aki teh kerana majlis solat hajat & bacaan Yassin untuk mak agar mak cepat sembuh. Terima kasih kepada Teh Na kerana mengelolakannya & yg telah menghubungi sanak saudara (sebelah arwah ayah) di KL utk berkumpul di rumah aki teh utk majlis ini. Terima kasih kepada semua yg hadir. Terima kasih juga kepada wan teh yg masak mee hoon sup yg sedap itu. Malam ni juga aku rasa sangat berbangga kerana anak sulongku Syafiq telah membaca doa setelah selesai kami membaca Yassin. Semoga cita-cita Syafiq dimakbulkan! Kalau arwah ayah tak sempat tengok, aku berharap mak dapat melihat apa yg dicita-cita Syafiq tercapai! Cucu sulong lelaki mak!

22 Okt 2010 - Hari ni mak makan banyak. Tengahari setengah mangkuk. Petang pulak habis semangkuk bubur nasi.

23 Okt 2010 - Penat sikit hari ni, sebelum subuh dah bangun (sabtu pun tak boleh bangun lewat sikit), kemas rumah, basuh kain, gosok kain dll. Hantar Syifaa' pergi tuition, lepas tu pergi meeting KAFA, lepas tu ke IJN, balik ke Rawang, lipat kain, tengok anak baca buku (persediaan periksa hujung tahun), ke IJN lagi, lepas tu ke Bukit Damansara, cousin nak pergi haji. Mak buat dialysis lagi. Petang nampak penat sbb ramai tetamu agaknya.

24 Okt 2010 - Bawakan air soya utk mak. Soya byk protein, bagus utk jantung. Tengahari mak makan 3/4 mangkuk. Petang makan mee sup, separuh mangkuk. Mak kata penat makan & kekenyangan. Mak nampak segar & sihat.

25 Okt 2010 - Hari ni genap 2 bulan mak di hospital (mula masuk PUSRAWI 25 Ogos 2010). Aku MC, demam & sakit badan. Kepenatan agaknya. Petang aku pergi juga melawat mak. Mak nampak penat. Tak banyak cakap. Makan pun dalam 10 sudu je.

26 Okt 2010 - Hari ni mak bust dialysis lagi. Mak macam penat sangat. Makan pun tak banyak. Doktor datang "esok atau lusa makcik boleh masuk wad". Aku gembiranya tapi....siapa boleh jaga mak ni??? Aku pening kepala. Angah nak ke Korea Rabu malam dan balik hari Sabtu. Ateh & Dziya nak ke Bandung Rabu petang dan balik Selasa malam. Nampaknya tinggal aku sorang lah. Byk rancangan hujung minggu ni terpaksa dibatalkan cuma aku mesti pergi hari penyampaian hadiah sek KAFA anak2ku. "Ya Allah! Kau tabahkanlah aku, kuatkanlah aku, permudahkanlah aku utk menjaga mak ni". Setelah berbincang dgn hubby, dia kata "tengahari ibu tengok mak, petang kul 5 terus balik ke Rawang, dlm kul 8 or 9 mlm pergilah ke IJN, tidur sana, esok pagi siap dari sana pergi kerja". Aku ingat nak ambil 1/2 day (PM) setiap hari. Kul 1 pm ke IJN. Kul 5 balik ke Rawang, kul 8 or 9 balik semula ke IJN, tidur sana. Sekali fikir lagi, ambil je cuti, lari2 la ke office, kan dekat je. Bawa kerja ke IJN. Pening, pening....

27 Okt 2010 - Mak makan sikit je, dlm 4 or 5 sudu. Mak mungkin masuk wad hari ni tapi tak jadi sebab lemah sangat

28 Okt 2010 - Buat dialysis 4 jam. Tak jadi masuk wad sebab mak lemah. Doktor kata, mak lemah sebab buat dialysis. Tapi, hari tak buat dialysis pun mak lemah. Mungkin Sabtu masuk wad.

29 Okt 2010 - Tak banyak perubahan. Lemah sangat & makan sikit sangat.

30 Okt 2010 - Dua2 anak lelaki tak ada kat rumah, pergi Cameron Highlands, mlm ni balik. Hubby kerja. Syakirah nak tinggal kat rumah K Nani. Pukul 9am, kontraktor dtg rumah, check wiring & tambah apa utk tinggikan penggunaan lektrik kat rumah. Pukul 11.30am dah siap nak IJN, kontraktor pun dah siap buat kerja. Tiba2, black out satu rumah. Kena check satu persatu suis lampu, air cond dll. Frust...tak dpt tengok mak. Kerja2 tu siap pukul 12.45pm. Mana sempat nak tengok mak! Waktu melawat habis pukul 1.30pm. Kemas ruang tamu, angkut semua brg ke dlm bilik. Pukul 2.30 pm pergi majlis baca Yassin, berzanji & marhaban. Pergi jugak takut tak ada org baca doa. Hubby basuh dapur. Pukul 5.30pm, ke IJN. Anak telefon katanya dah sampai kat Tapah. Kul 7pm diaorg dah sampai Tmn Pelangi, tumpangkan kat rumah kawan. Kul 7.30pm balik ke Rawang sbb anak2 kat rumah jiran.

31 Okt 2010 - Pukul 8am ada majlis penyampaian hadiah KAFA. Pukul 11.30am ke IJN. Along kecewa sbb wannya tak buka mata, dia nak tunjukkan hadiah yg dia dapat & sijil UPKK dia. Pukul 2pm ke Ara Damansara, kenduri kahwin officemate. Pukul 5pm ke IJN. Pukul 8pm balik ke Rawang. Hari ni pun mak lemah & makan sikit je. Kepenatan ....

1 Nov 2010 - Genap 2 bulan kat IJN. Tak ada perubahan...lemah & makan sikit sangat, buka mata pun bila dipanggil, buka mulut pun sikit je... Nurse kata doktor nak bincang pasal pindahkan mak ke wad. Macam mana nak masuk wad kalau keadaan mak macam ni? Pening aku memikirkannya.

2 Nov 2010 - Tak ada perubahan. Makan sikit je.

3 Nov 2010 - Tak ada perubahan. Abg Solah & K Cha dtg. K Cha cakap "as a medical practitioner, hanya Allah je yg dpt memulihkan mak. Byk sistem dlm badan mak yg dah shut down." Aku faham & dah lama faham, aku dah bersedia ...........

4 Nov 2010 - Mak dipindahkan ke Blok B. Aku naik sakit kepala sbb katilnya dekat2 je. Mak makan sikit je. Jumpa Mr Taufik. Mungkin esok mak dipindahkan ke wad biasa.

5 Nov 2010 - Cuti Deepavali. Tak ada perubahan. Tak boleh masuk wad sbb mak lemah sgt.

6 Nov 2010 - Tak ada perubahan. Makan sikit je.

7 Nov 2010 - Mata pejam je, suruh buka mata pun susah. Makan bubur 2 sudu.

8 Nov 2010 - Tak ada perubahan.

9 Nov 2010 - Tak ada perubahan. Mak dipindahkan ke dalam bilik seorang di ICU Blok B.

10 Nov 2010 - Aku di Banting. Pukul 3pm, IJN call. Minta aku ke IJN, kaunselor nak jumpa. Dia tanya latarbelakang mak, tanya pasal semua anak2nya datang tengok ke tidak & macam2 lagi. Dia cuba naikkan semangat mak. Dia benarkan anakku yg bongsu, Syakirah utk masuk. Mungkin ini salah satu cara utk memulihkan semangat mak.

11 Nov 2010 - Hari ni result UPSR keluar. Seram sejuk aku dibuatnya. Syafiq dapat 3A 2B. Pada dasarnya aku bangga dgnnya sbb inilah keputusan yg terbaik dia dpt. Tapi, aku kecewa krn anak aku tidak ikut aku yg dpt 5A, masuk asrama penuh. Tapi, hidupku berliku juga sebab buat diploma dulu baru buat degree. Mungkin dia nak ikut jejak ayahnya (ayahnya lagi teruk, tak ada A langsung). Ayahnya selalu kata "budak lelaki ni lambat panas". Macam dia, naik sekolah menengah terus meningkat sehingga ke universiti, dapat jugak jadi Engineer dgn keputusan SRP & SPM yg sememangnya excellent. Hopefully, anak2nya ikut jejak langkahnya....

12 Nov 2010 - Mak tak berubah. Makan bubur pun 2 sudu je.

13 Nov 2010 - Tengahari mak tak ada perubahan apa2 pun. Petang pun sama. Petang ni aku nak bawa Syakirah masuk tengok mak sepertimana yg telah dibenarkan oleh kaunselor. Aku dah bagi amaran kat dia jangan nangis tengok wan. Aku bawa Syakirah masuk. Mak buka mata besar bila aku kata Syakirah datang. Syakirah pegang tangan wan dia & cium wan dia. Bila aku bawa dia keluar "kakak rasa nak nangis tengok wan. bila wan nak balik rumah kita?" Aku diam, sebak gak!

14 Nov 2010 - Aku terkejut bila nurse memberitahu aku mak bleeding lagi hari ni. So, mak tak boleh makan. Mata mak pejam je..Panggil pun tak berjawab, mata buka kecil je.

15 Nov 2010 - Aku menghadiri majlis Anugerah Cemerlang sek keb anak2ku. Sebaknya, bila aku tengok pelajar yg dpt 5A naik ke pentas menerima hadiah. Hari ni juga, aku pergi ambil keputusan PSRA Syafiq. Alhamdulillah, along dapat Jaid Jiddan, sikit lagi nak Mumtaz. Along bagi satu keputusan yang membanggakan ibu. Petang ke IJN, mak dah tak bleeding tapi nampak mak lemah sangat.

16 Nov 2010 - Aku balik ke Temerloh kejap sebab ada beberapa urusan yg hendak diselesaikan. Masuk rumah mak di Taman Sri Semantan. Sayu & hiba ....mak sempat duduk dirumah tu 2 minggu lebih selepas diubahsuai. 'apakah mak akan dapat merasa duduk dirumah ini lagi'. hati kecilku berkata. Soalan yg tinggal soalan. Tengahari aku menerima panggilan telefon dari IJN, pakar sakit jiwa HKL ingin berjumpa. Aku membuat temujanji pukul 6.30pm. Aku tiba di IJN kul 6.10pm. 6.45pm pakar dtg. Aku & suamiku berjumpa & berbincang. Dia hairan dgn mak, kenapa mak murung. Jantung mak dah baik, memori mak masih baik, dia tak lupa apa pun. Aku terpaksa bercerita segala2nya. Dia minta no telefon, sebab dia nak hubungi sendiri, aku tak ada no telefonnya ... Di dalam perjalanan balik ke Rawang, anak2ku ajak pergi makan, tiba2 anak2 ku mengucapkan selamat ulangtahun kpd aku & suami. Aku pandang suamiku & suamiku pandang aku. Ya Allah! hari ni anniversary kami rupanya, macam mana boleh lupa. Setiap tahun kami meraikannya tapi, tahun ni tak ada apa2. Terus suamiku kata "Tak apalah, kita pergi makan ye!".

17 Nov 2010 - Hari ni Hari Raya Aidil Adha. Aku tak rasa raya pun...pagi ke Serdang, sembahyang raya di sana. Lepas tu ke rumah kakak suamiku. tengahari ke IJN. Habis waktu melawat ke Bkt D'sara, rumah makngah. Ptg ke IJN lagi. Malam ke rumah k Cha. K Nor & mak lang masak, ajak kami makan. Mak langsung tak nak makan & minum. Kalau dulu dia minum pakai straw, hari ni dia tak reti nak sedut air,kena sudukan. Minum dua sudu. Itupun banyak yg keluar dari yg masuk ke dalam mulutnya.

18 Nov 2010 - Mak tak makan & minum. Waktu nak balik, mak genggam tanganku kuat. Bila ditanya, "mak nak apa?". Mak tak jawab. Kalau ikutkan, tak sanggup nak biarkan mak keseorangan tapi, apa kan daya, IJN tak benarkan sesiapa menunggu.

19 Nov 2010 - Aku ke Banting. Kul 5pm tepat aku terus ke IJN. Mak masih tak makan & minum. Aku dah semakin resah. Mak tak buka mata. Nurse kata mak stabil. Lega sikit!

20 Nov 2010 - Aku terkejut bila aku tiba tengahari, nurse sedang suapkan bubur nasi. Nurse kata, pagi tu mak makan dalam 10 sudu nestum. Leganya aku! Petang pun mak makan bubur nasi dalam 5 sudu.

21 Nov 2010 - Aku tak dapat tengok mak tengahari kerana jiranku buat kenduri. Tak sedap pulak tak pergi, dia selalu tolong buat maintenance & servis kereta2 ku dgn harga yg "reasonable". Petang, aku tengok mak, mak makan 4 sudu bubur nasi.

22 Nov 2010 - Macam biasa, aku tengok mak. Makan sikit je. Mak banyak pejam mata dari buka mata. Nampak mak lemah sangat. Hari ni dah mula cuti sekolah tapi, anak2ku macam biasa tinggal di taska. Mereka pesan suruh balik awal. Aku tahu diaorg boring tinggal kat situ tapi, apa kan daya, aku tak sanggup nak tinggalkan mereka dirumah. Bermula 8 Nov hingga 10 Dec, suamiku aku ada kursus di NIOSH Bangi. So setiap hari aku pergi kerja bersama, ptg suami ambilku dipejabat & singgah di IJN tengok mak. Pukul 8pm baru balik. Ambil anak2 kat Taska kul 8.45pm. Kadang2 Syakirah dah tidur. Kesian...tak apalah, "inilah pengorbanan kita semua untuk wan", selalu suamiku katakan kepada anak2ku.

23 Nov 2010 - Tak ada perubahan. Tak makan, tak minum, tak bercakap & mata pejam je..

24 Nov 2010 - Genap 3 bulan mak masuk hospital. Tak ada perubahan. Tak makan, tak minum, tak bercakap & mata pejam je..

25 Nov 2010 - Aku tumpang kawan ke IJN sbb suamiku habis kelas lambat. Mak tak ada perubahan. Tak makan, tak minum, tak bercakap & mata pejam je..

26 Nov 2010 - Aku ke Banting. Habis kerja kul 5pm aku terus ke IJN. Mak masih begitu, tak ada perubahan. Tak makan, tak minum, tak bercakap & mata pejam je..

27 Nov 2010 - Tengahari, sama je, tak ada perubahan. Tak makan, tak minum, tak bercakap & mata pejam je.. Petang, bila aku nak masuk ke bilik mak, doktor keluar dari bilik mak "doktor saja tengok mak agaknya". Tiba di pintu bilik, 3 org nurse dekat mak, aku terperanjat "kenapa mak saya?". "Darah keluar dari mulutnya". Aku rasa macam nak pengsan. "Tak ada apa, dia stabil, mungkin sbb dah lama tak makan & minum, mulutnya kering, sbb tu berdarah". Dlm hatiku berkata 'kalau kering pun tak akan darah sebegitu byk'. Aku diam je la, aku bukan doktor, tak boleh cakap apa2 la...

28 Nov 2010 - Pagi aku ke kubur ayah. Aku pasti ayah tahu mak sakit. Kali ni aku betul2 rasa nak pengsan, berpusing kepala aku, aku terus duduk atas kerusi sebelah mak. Mulut mak dimasukkan tiub (ventilator), leher mak ditebuk & dimasukkan 'arial' semula. Nurse kata "tengah malam tadi, CO2 mak tinggi sbb tu kena ventilated. 'arial' tu utk standby coz anything can be happened bila ventilated". Aku pasrah, aku redha, aku terima jika Allah nak ambil nyawa mak. Aku dah tak sanggup tengok mak begitu...bukan aku tak sayang dia, walaupun aku tahu banyak benda yg aku nak buat kat mak masih belum tercapai, aku nak bawa mak jalan2 setelah lama mak tak kemana kerana menjaga arwah ayah sakit. Tapi, tak pelah, semoga mak dapat berjalan2 di dalam syurga yg jauh lebih indah dari dunia, insyallah. Petang ni mak nampak gelisah je, bila baca Yassin, aku nampak airmata mak mengalir..kakak mak pun datang. Selama hari ini aku tak mahu cakap apa2 kat dia sebab aku tahu, setiap kali dia keluar dari bilik mak, dia akan menangis. Tapi, petang ni dia cakap ngan aku "kita berdoalah. Jika Allah nak sembuhkan dia, sembuhkanlah. Kalau Allah nak ambil nyawa, ambillah dgn mudah. Kita kena redha. Kesian tengok dia sakit macam tu." Sepupu aku pun berpesan dgn aku "kalau apa2 hal telefon, tengah malam ke, dini hari ke, telefon je".

29 Nov 2010 - Mak masih ventilated. Tapi, nampak mak tenang sikit. Tak gelisah macam semalam.

30 Nov 2010 - Tiada perubahan cuma nurse beritahu pakar bius ada datang. Pakar bius & pakar bedah sedang berbincang, mungkin diaorg nak tebuk leher mak utk masukkan tiub ke dalam salur pernafasan sbb tak boleh pakai ventilator tu lama2. So, mak boleh makan, minum & bercakap macam biasa. Apa2 hal pun diaorang akan panggil waris dulu sebab nak kena 'sign' kebenaran. Ya Allah, aku terus teringat apa yg salah seorg nurse beritahu aku sebelum ni, masa tu mak kena masuk ventilator yg kali keberapa aku tak ingat "biasanya, kalau tebuk kat leher tu susah sikit, kebanyakannya tak lama, terus pergi. Yg OK tu tak ramai". Kebetulan sepupuku (husband & wife are doctors) dtg melawat mak. Aku tanya pendapat mereka. Mereka kata "it's good utk mak so, mak boleh makan, minum & bercakap macam biasa". Aku kebingungan, kalau doktor kata nak buat, camna? Gerenti IJN call aku, aku yg kena pergi, akulah yang kena decide samada nak sign atau tidak.....

1 Dec 2010 - Genap 3 bulan mak masuk IJN. Keadaan mak lemah sangat. Pegang tangan rasa tulang je. Nak urut pun takut. Usap2 je la... Nurse kata "esok nak buat ct scan utk kepala mak".

2 Dec 2010 - Aku ke Banting. Kul 5pm terus ke IJN. Jammed sebab hujan lebat. Kul 6.30 ptg baru sampai. Tak jadi buat ct scan sebab mak tak berapa stabil. Mak boleh gerakkan tangan & angkat tangan. Lega sikit tengok mak macam tu. Nurse pun kata, mak angkat tangan, kaki & pusingkan badan masa nurse lap badan mak.

3 Dec 2010 - Genap 3 bulan mak di ICU IJN. Dalam ICU blok B, mak merupakan pesakit yg paling lama. Hari ni nampak mak lemah sangat. Nak buka mata pun macam tak larat je..

4 Dec 2010 - Hari ni nampak mak semakin lemah. Masih bernafas melalui bantuan tiub kat dalam mulut (ventilator). Nampaknya ada 3 jenis ubat dimasukan melalui "arial". BP pun rendah, ada kalanya turun sehingga 100/30. Bila tanya nurse, nurse kata masih acceptable. Hari ni jugak kawan2 jiranku berkelah ke Sg Klah. Aku tak pergi sebab...kalau apa2 hal, jauh nak ke IJN. Biarlah aku dirumah, dekat sikit nak ke IJN. Cuti sekolah kali ni, anak2 aku pun tak tanya apa2 pasal bercuti. Kalau tidak, belum cuti sekolah dah tanya nak jalan ke mana cuti sekolah. Sebenarnya, memang aku berniat nak bawa mak jalan2 cuti sekolah ni. Nampaknya, niatku tak kesampaian...

5 Dec 2010 - Hari ini suamiku ajak pergi ke Desa Water Park. Kesian kat anak2, cuti sekolah tak kemana. Tengahari tak pergi tengok mak. Petang aku pergi tengok mak. Tak banyak perubahan...

6 Dec 2010 - Tiada banyak perubahan. Mak ada demam sikit. Bila aku pegang tangan mak, macam tak ada respon pun. Sebelum maghrib, baca doa akhir tahun & selepas maghrib baca doa awal tahun. Bila aku baca doa, mak tak respon apa2 pun.

7 Dec 2010 - Hari ni Awal Muharram. Kami keluar awal sebab anak2 ajak pergi KL Motor Show. Tengahari pergi tengok mak. Mak demam. Petang, demam dah tak ada. Tapi, mak lemah sangat. Habis waktu melawat pukul 1.30pm, kami pergi beli kain untuk buat baju sekolah Syakirah & baju sekolah agama (baju melayu) Syifaa'. "ada masa ke aku nak menjahit ni..."

8 Dec 2010 - Tiada perubahan apa-apa. Semua luka di dada & di kaki dah baik sepenuhnya. Nurse dah buka plaster tapi aku masih tak sanggup nak tengok. Seram rasanya....Mak ada respon sikit. Dia pandang je aku. Mungkin ada sesuatu yg mak nak cakap tapi dia tak boleh cakap sebab ventilator masih dalam mulutnya. Dia genggam tanganku kuat. Aku rasa tak nak balik ....

9 Dec 2010 - Mak lemah. Mata buka sikit je. Itu pun sekejap. Bila panggil. mak buka lah mata sekejap. Bila pegang kaki dan tangannya, berkerut dahinya...sakit agaknya..

10 Dec 2010 - Aku ke Banting. Tepat jam 5 ptg, aku terus ke IJN. Jammed teruk. Pukul 6.30ptg baru sampai. Mak lemah. Mata buka sikit2 dan sekejap2.

11 Dec 2010 - Mak demam disebelah pagi. Petang dah OK. Tapi keadaan mak tenat...Mata buka, putih je..& pandang ke atas je. Langsung tak respon bila dipanggil. Nurse kata keadaan mak stabil. Aku memang terperanjat. Aku ajar mak mengucap. Mak langsung tak respon. Aku beritahu beberapa org sepupu sebelah mak & ayah.

12 Dec 2010 - Genap 100 hari mak dalam ICU IJN. Keadaan mak makin tenat. Tiub kat hidung untuk masukkan susu keluar darah. Sebelah petang pulak, keluar kotoran warna hitam. Mereka tak bagi mak susu lagi, cuma masukkan air ikut drip je. Ramai gak sepupu yg datang. Kebetulan terserempak dgn surgeon kawan baik anak saudaraku. Dia tak komen apa2 cuma menggelengkan kepala. "Get ready & be prepared". Itu je yg dia cakap. Sepupuku yg doktor pun cakap ayat yg sama sebelum balik. Aku faham & bersedia. Memang dah lama aku bersedia... Habis waktu melawat pukul 1.30 pm, kami pergi membeli baju sekolah Syafiq & baju sekolah pagi (sek keb) Syifaa'. Beg sekolah dll keperluan sekolah anak. Beli awal, senang sikit. Lagipun, org tak ramai sangat.

13 Dec 2010 - Tiada byk perubahan. Pagi demam, ptg ok. Mak buka mata tapi melilau pandang ke sana sini. Bila dipanggil, tak pandang pun. Bila tanya dengar ke orang mengaji, tak respon pun.

14 Dec 2010 - Tiada byk perubahan. Jumpa dgn surgeon mak, dia kata, mak OK, mungkin esok nak buka ventilator tu sebab mak boleh bernafas sendiri. Jantung OK cuma buah pinggang & paru-paru tak OK. Lagi satu mak lemah sangat, macam dah putus asa. kena pulihkan semangat. "berdoalah byk2" itu pesan doktor. Tapi, aku perhatikan masa mak & pandang atas je...

15 Dec 2010 - Tiada perubahan. Pagi demam, ptg OK. Tiub ventilator belum buka lagi. Mak langsung tak buka mata. Nurse kata kata dari pagi tak buka mata.

16 Dec 2010 - Aku sepatutnya ke Banting tetapi memeandangkan ada tugas di KL office, aku ke KL office dulu. Dlm perjalanan ke Banting aku menerima panggilan dari imigresen Putrajaya, aku terus ke sana. Selesai di sana baru aku ke Banting. Tepat jam 5ptg aku bergegas ke IJN. Keluar rumah pukul 6.30 pagi, tiba semula ke rumah pukul 8.30 mlm. Rawang - KL - Putrajaya - Banting - KL - Rawang = lebih 300km. Tiada perubahan, cuma mak buka mata sikit, mata mak kuning je, pandang ke atas. Tak ada respon apa2, pegang tangan mak pun, mak tak respon. Sedihnya hati aku...

17 Dec 2010 - Aku MC separuh hari sebab mataku bengkak. Aku tiba di IJN pukul 3.30 ptg, waktu melawat pukul 6pm. Aku tawakkal je, guard suruh aku tunggu sementara dia jumpa nurse. Nurse keluar jumpa dgn aku & bawa aku masuk ke bilik mak. Oleh kerana mak dah terlalu lama di ICU & aku setiap hari melawat mak, semua org kat IJN tu dah kenal aku termasuklah tukang angkat sampah. Nurse beritahu surgeon nak jumpa aku hari Isnin utk bincang pasal mak. Berderau juga darah aku "apakah doktor nak beritahu bahawa mak dah tak ada harapan?". Aku nampak ibu jari kaki kanan mak hitam. Nurse kata, tak cukup oksigen. Sepanjang perjalanan balik ke rumah, macam2 aku fikir. Almaklumlah, aku ni dah ada pengalaman sebelum ni iaitu ketika mak mertuaku sakit, nenek mertuaku sakit, bapa mertuaku sakit & bapa kandungku sakit. Semuanya sakit & terus meninggal. sedikit sebanyak perubahan mereka sebelum meninggal dunia tu aku faham......

18 Dec 2010 - Tengahari aku tak pergi melawat mak sebab jiran & juga kawan rapatku buatk kenduri kahwin abangnya. Aku sibuk menolongnya. Ptg aku pergi melawat mak, aku nampak kesemua jari kaki kanan mak dah hitam. Aku tanya nurse, apasla doktor nak jumpa hari Isnin, nurse kata pasal nak tebuk leher mak.

19 Dec 2010 - Hitam kat jari sudah melarat ke kaki mak. Masih tiada perubahan. Tak ada respon. Buka matakecil & pandang ke atas je...

20 Dec 2010 - Jam 8 am, surgeon berjumpa dengan aku. dia menerangkan bahawa paru2 mak banyak kahak & susah utk dikeluarkan. Infection pun dah berlaku, kuman2 telah mula merebak. Apabila tebuk leher (tracheostomy), pernafasan boleh masuk disitu & mudah keluarkan kahak. Mak boleh makan & minum & bercakap macam biasa. kalau setuju hari Rabu doktor nak buat. Dan anak kena turunkan tandatangan.....Setelah bertanyakan kepada beberapa org doktor dikalangan saudara mara & kawan, walaupun dlm keadaan yg amat berat, aku buat keputusan untuk buat. Petang itu, aku turunkan tandatangan utk membenarkan doktor tebuk leher mak.

21 Dec 2010 - Aku MC sebab sakit belakang. Tak tahu apa silapnya. Mak tak ada perubahan.

22 Dec 2010 - Mata kiriku bengkak pulak. Punyalah sakit, berdenyut2 & gatal. MC lagi. Hari ini mak dijadualkan buat tracheostomy tapi darah mak tak bagus, cair sangat, boleh berlaku pendarahan jika pembedahan dilakukan. Tunda ke 24 Dec. Pukul 12.30 aku tengok mak. Dapat kebenaran duduk dlm bilik mak hingga pukul 3.30 ptg sbb aku tak tahan sakit mata.

23 Dec 2010 - Mak masih tiada perubahan. Sangat lemah. Tak ada respon bila dipanggil.

24 Dec 2010 - Hari ni company aku cuti ganti krismas. Pagi tu aku menyiapkan baju sekolah anak2 aku. Mak dijadualkan buat tracheostomy hari ini. Tengahari aku menerima panggilan telefon dari IJN. Tak buat hari ini sebab masalah yg sama. Tunda ke 27 Dec. Petang aku pergi melawat mak. Aku nampak ibu jari mak hitam. Aku tanya nurse. Nurse kata, jantung mak tak dapat pam darah dgn baik, oksigen tak sampai ke jari. "Sakit mak bertambah nampaknya", kata hatiku. Mak masih tak respon walaupun kadang2 dia buka mata.

25 Dec 2010 - Aku pergi tengok mak tengahari & petang. Kebetulan tengahari tu ada doktor sebab stiub ventilator tu tersumbat. Nurse panggil doktor untuk ganti ventilator. Aku perhatikan dengupan jantung mak 'irregular'. Aku tanya doktor, "keadaan mak awak sekarang tak stabil, bila2 masa dia boleh pergi, bersedialah. semua jari dia dah hitam, kami cuma boleh buat dressing, kalau teruk, kaki dia kena potong". Aku diam, dalam hati "aku dah lama bersedia, aku dah tak sanggup rasanya melihat mak derita sebegini".


26 Dec 2010 - Macam biasa aku melawat mak tengahari & petang di hari tidak bekerja. Ramai pulak jiran2 mak dari Taman Sri Semantan. Semua menangis bila keluar dari bilik mak. Mereka tak sangka mak sakit hingga sebegitu. Lebih menyedihkan kata mereka, rupa mak dah lain. Ada di antara mereka yg berkali2 bertanyakan kat aku, 'betul ke itu mak awak'. "Menangislah makcik2 semua, aku dah tak ada airmata nak menangis". Mak masih begitu, tiada perubahan. Kadang2 aku nampak airmata mak keluar apabila kawan2nya datang memanggil namanya & memperkenalkan diri mereka. Aku rasa mak dengar, dia menangis kerana terharu dengan kedatangan kawan2nya.


27 Dec 2010 - Mak tak jadi buat tracheostomy sebab masalah yg sama. Tunda ke 29 Dec. Kaki mak hitam sehingga ke buku lali. kebetulan sepupuku yg juga seorg doktor dtg. Dia kata kaki emak tu dah berbau. Aku tak bau apa2 pun. Mungkin sensitivity doktor ni lain kot, dia lbh sensitive! Sepupu tanya pasal dressing, ubat dll kat nurse yg jaga mak. Dia lebih arif utk bertanyakan soalan.

28 Dec 2010 - Hari ni aku ke Banting. Habis waktu kerja terus ke IJN. Aku terperanjat sebab hari ini aku dapat bau dari kaki mak. Hitam kaki mak sudah melarat ke betis. Tak sanggup aku melihatnya. Mak betul2 lemah. Nak buka mata pun aku perhatikan dia tak larat. Aku balik rumah terus berbincang dgn suamiku. Kami nak ajak org surau buat sembahyang hajat & baca Yassin utk mak pd mlm Jumaat ni. Semoga Allah permudahkan utk mak. Suamiku terus menghubungi imam surau utk memberitahu hajat kami. Alhamdulillah, tak ada masalah sbb tiada siapa lagi yg menghubungi mereka utk mengadakan apa2 majlis pd mlm tersebut.

29 Dec 2010 - Mak tiada perubahan. Nurse beritahu pakat tulang nak jumpa. Aku dpt rasakan mesti pasal doktor nak potong kaki mak. Satu keputusan yg amat berat utk aku lakukan.

30 Dec 2010 - Mak macam itu jugak. Nurse beritahu pakar tulang dari HKL nak jumpa untuk bincang pasal kaki mak. Aku janji nak jumpa keesokkan harinya pukl 6 ptg. Aku balik awal lbh kurang 6.30 ptg sbb aku mengadakan maslis solat hajat & bacaan Yassin utk mak. Aku juga telah menghantar sms kpd sanak saudara & kenalan rapat utk mengadakannya. Aku mengadakan di surau taman aku. Memohon agar jika Alalh nak sembuhkan mak, sembuhkanlah. Jika Allah nak ambil nyawanya, ambillah, aku redha. Bukan aku tak sayang tapi, aku tak sanggup tengok penderitaan mak. Alhamdulillah, ramai yg dtg, lbh 100 org. Smeua makanan yg disediakan habis.

31 Dec 2010 - Walaupun aku cuti, aku tak dpt pergi tengok mak tengahari sbb aku menghantar anak sulongku Syafiq menghadiri ujian KAA. Alhamdulillah, along berjaya. Lbh kurang 100 org yg menghadiri ujian, 30 org shj yg terpilih. Ptg aku ke IJN, pakar tulang beritahu kaki kanan mak tu dijangkiti kuman, kena potong sehingga bawah lutut, jika otot2 tu dah mati, potong atas lutut. Kalau tak dipotong, kuman akan merebak keserata badan, lagi bahaya. Walaubagaimanapun, kena buat tracheostomy dulu, jika mak stabil baru potong kaki mak. Doktor nak jawapan pada hari Ahad. Aku memang pening kepala. Aku tak nak tanam kaki mak, lepas tu tanam badan mak pulak. Kalau nak tanam, tanam badan mak dgn semua anggotanya sekali. Hati kecilku tidak mengizinkannya!

1 Jan 2011 - Pagi aku menyiapkan baju2 sekolah anak2ku. Tengahari & ptg aku ke IJN. Pukul 1.30 ptg, surgeon mak berjumpa dgn kami. Ada 3 options. 1st - potong kaki mak, 50 50, kalau tak potong kaki kuman akan merebak, kalau berjaya, mak dah tak ada quality of life sebb kena buat dialysis, murung dll. 2nd - biar je, macam yg selama ini mereka buat, bila sakit, tambah ubat dll. 3rd - hentikan satu persatu bantuan utk mak.Dari cara surgeon cakap, lbh ke 3rd option. Aku betul2 pening kepala. Kami berempat beradik pergi makan ke PJ. Hingga 12 mlm masih tak ada jawapan.

2 Jan 2011 - Akhirnya, baju anak2 aku siap utk ke sekolah. Macam biasa, kami ke IJN tengahari & ptg sebab hari ini tak sekolah. Mak macam itu juga. Tiada perubahan. Ptg, kami panggil saudara mara terdekat utk minta pendpt mengenai mak. Ramai yg tak bagi potong kaki mak. Akhirnya, pd sebelah mlm, kami buat keputusan not for option 1. Esok angah akan contact surgeon.

3 Jan 2011 - Aku sibuk ke sekolah anak2 ku utk bayar yuran dan sebagainya. Ptg aku ke IJN. Surgeon jumpa kami lagi sekali. Kali ini dia betul2 bagi friendly opinion kpd kami iaitu option 2. Cuma dia tanya apa patut dia buat bila kuman tu merebak ke jantung. Kami kata, tak perlu buat apa2, tak payah masukkan mesin dll sbb cukuplah mak dah seksa sebegini lama. Dia pun mempunyai pendapat yg sama. Mulai mlm ini tiada lagi had masa lawatan & pelawat utk mak. Sesiapa saja boleh melawat mak pd bila2 masa. Sesuatu berlaku ketika kami sedang berbincang dgn surgeon. Jika dia membaca blog ini aku ingin sampaikan "sesungguhnya aku amat menyanyangi dirimu, maafkan aku, aku buat sebegitu krn aku sayangkan mak & krn aku sayangkan mu, aku terlalu rindu disuatu ketika dahulu, akulah yg paling rapat dgnmu berbanding yg lain, aku rindu utk bermanja dgnmu seperti dulu, aku kecil hati kerana perbuatanmu selama ini terhadap ayah & mak, kalau pun engkau nak singkirkan aku tapi jgn singkirkan ayah & mak. tetapi, kenapa engkau tak ambil peluang yg aku berikan itu? aku amat berharap engkau akan melakukannya pd mlm itu tapi sebaliknya yg berlaku. mungkin engkau teringat akan amaran yg aku berikan kpd mu beberapa thn yg lalu iaitu jgn berlaku kali kedua, jika berlaku kali kedua, engkau akan tahu apa yg aku lakukan kpdmu, aku masih ingat ketika itu engkau menjawab - memang awak adikku yg mafia. Cukuplah itu, yg penting aku amat menyanyangimu & merinduimu sepertimana emak yg sedang terlantar." Cuma satu yg aku tak boleh lupakan apabila sidia cakap "dah nak mati pun tak bagi jumpa", kau yg bagi mak susah hati, yg bagi mak sakit, lagi nak jumpa? utk apa?


4 Jan 2011 - Aku masih bercuti utk melunaskan kerja yg perlu dilakukan di sekolah anak2ku. Aku minta dgn surgeon utk bawa anak2 tengok mak tapi, doktor beri kebenaran utk esok mlm. Mak masih seperti itu, Tiada perubahan.

5 Jan 2011 - Aku kerja. Pago2 lagi hantar anak2 ke taska. Hubby hantar aku ke office. Dlm perjalanan ke pejabat, dia singgah tengok mak kejap. Lepas kerja hubby terus balik ke Rawang, ambil anak2. Aku tumpang kawan ke IJN. Malam ni semua anak aku dpt tengok wan mereka. Mak masih macam tu juga.

6 Jan 2011 - Dalam perjalanan ke tempat kerja aku singgah tengok mak. Lepas kerja, aku tengok mak macam selalu. Tiada perubahan...

7 Jan 2011 - Aku ke Banting. Lepas kerja aku ke IJN. Pukul 10 mlm baru aku balik. Mak macam itu juga...tak berubah.

8 Jan 2011 - Pagi2 lagi aku mengemas rumah. Syafiq ada aktiviti ko kurikulum dari pukul 8am - 12.30pm, dia pergi dgn ustazahnya. Hubby kerja hingga pukul 1pm. Pukul 8.20am hantar Syifaa' pergi tuition. Balik rumah, sambung sapu sampah, mop lantai & basuh baju. Pukul 10.30am hantar Syakirah pergi tuition. Pukul 11am ambil Syifaa' & hantar ke English class. Pukul 12.30pm ambil Syakirah dari tuition. Pukul 1pm, Syafiq balik dari aktiviti ko ko. Hubby sampai pukul 1.30pm, ambil Syafiq, hantar tuition & ambil Syifaa' dari English class. Sepatutnya aku naik bas ke IJN tapi kawanku (jiran) Shema nak pergi tengok mak, aku tak jadi naik bas. Aku ingat ayat Fiq "apasal kau nak naik bas? kau dah tak ada kawan ke yg boleh hantar kau ke IJN?", terima kasih kpd kawan2 jiranku yg perihatin. Hubby & anak2 sampai ke IJN pukul 6.30pm selepas Syafiq habis tuition. Mak demam hari ini. Kawanku (jiranku) Fig sekeluarga dtg menziarahi mak aku. Mereka dinner & lepak bersama kami di lobi IJN hingga pukul 10.30 mlm.. Terima kasih krn dtg & menemani kami. Kami sekeluarga tidur di IJN...ini kali kedua kami tidur di lobi IJN.

9 Jan 2011 - Pukul 7am kami sekeluarga balik dari IJN. Balik awal sebab Syifaa' ada tuition pukul 8.30am. Aku & suami membersihkan taman yg telah terbiar lebih drpd 4 bulan. Pukul 11am baru siap. Penatnya!!! Pukul 4 pm baru kami bergerak semula ke IJN. Mak dah tak demam tapi tak berubah pun...Pukul 7.45 mlm 2 org jiranku (K Zai & K Enon) datang menziarahi mak. Bila k Zai tengok je mak, dia terus menangis "tak ada rupa mak" katanya. Ramai yg kata begitu, lbh2 lagi mak dah kurus sgt.

10 Jan 2011 - Sejak doktor dah bagi kebenaran masuk pd bila2 masa, pagi aku tengok mak sebelum masuk ofis. Macam tu juga. Petang lepas keje tengok mak lagi. Nurse kata doktor nak jumpa. Aku tunggu. Pukul 8.30 pm baru doktor dtg. Doktor tunjukkan keputusan ujian darah dll yg telah dijalankan ke atas mak. Tiada satu pun yg menunjukkan ke arah improvement, semuanya makin teruk. Doktor kata mak sekarang ni "kritikal" tapi ubat2 & dialysis akan diberi seperti biasa. BP mak masih sederhana. Aku tiba di rumah pukul 10 mlm. Syakirah dah tidur. Sejak buka sekolah ni anak2 aku tak mengaji lansung. Lepas Syafiq habis UPSR, dia yg tengokkan adik2nya mengaji. Sekarang ni dia byk homework, tak ada masa nak tengok adik2nya mengaji.

11 Jan 2011 - Pagi mak demam tapi tak tinggi sangat. Petang pun mak masih demam. BP rendah. Risaunya aku. Pukul 7mlm aku balik. Basuh baju, lipat baju & gosok baju. Siapkan semua kelengkapan anak2 utk ke sekolah. Kemas rumah sikit. Pukul 10.30 mlm aku ke IJN. Sebenarnya aku berani2 takut utk tidur sorang2 kat IJN ni. Sepanjang mlm mak tak berapa tidur, mungkin sebab dia ada demam sikit. BP pun rendah.


12 Jan 2011 - Hari ini aku ke Banting, sebelum pergi, aku tengok mak lagi, BP dah OK, demam pun dah tiada. Petang, mak buat dialysis. Degupan jantung mak tinggi sikit. BP tun tinggi. Pukul 6.30 ptg, mak ada demam sikit. Aku nak balik tapi risau tengok mak. Akhirnya, pukul 8 mlm aku balik, bila tengok  BP mak stabil & tiada demam lagi. Tiba di rumah, Syafiq ajak pergi kedai beli buku. Walaupun penat, aku pergi juga. Anak2 ni semuanya minta dgn ibu bukan ayah. Lumrah alam agaknya...semuanya dgn ibu, minta apa2 dgn ibu, mengadu apa2 pun dgn ibu. Kepala aku dah berpusing, mungkin sebab kepenatan & tak tidur tapi, aku kena basuh kain, lipat kain, kemas dll sebelum aku tidur pukul 12 mlm.

13 Jan 2011 - Macam biasa pagi aku tengok mak sebelum ke ofis. Ptg pun aku tengok mak. Hari ni mak demam. Hari ini 2 org jiranku (k Kam & k Zah) dtg melawat mak. Terima kasih!

14 Jan 2011 - Aku ke Banting. Balik dari Banting terus ke rumah. Ambil Syafiq habis english class pukul 10 mlm terus ke IJN. Kami sekeluarga tidur di sana. Tiba di bilik mak, baru nak mula dialysis. Aku panik kejap sebab BP mak turun mendadak hingga bawah 80. Lepas tu, nurse bagi ubat, BP normal semula. Mak tak berapa tidur malam ni. Pukul 4 pagi baru mak tidur.

15 Jan 2011 - Hari ini harijadi mak yg ke 73. Macam mana nak celebrate? Mak masih di ICU. Aku balik dari IJN kul 6.45 pagi. Hari ni suamiku kerja. Aku sibuk menghantar & mengambil anak2 tuition disamping mengemas rumah dll. Lepas anakku habis tuition pukul 5 ptg, aku ke IJN. Tidur di IJN lagi. Mak ada demam lagi disebelah pagi tapi, lewat petang & malam, mak dah tak demam.

16 Jan 2011 - Aku balik dari IJN kul 7 pagi. Sibuk menghantar & mengambil anak2 tuition disamping mengemas rumah dll. Lepas anak2 balik tuition, pukul 3 ptg kami ke IJN. Hari ini mak tak demam. BP pun cantik. Pukul 7.30 mlm kami balik sebab anak2 nak sekolah keesokkan harinya.

17 Jan 2011 - Keretaku masuk workshop. Hubby hantar pergi kerja, on the way pergi kerja, sebuah CRV cilok depan keretaku & break. Hubby pun break. Motor hentam belakang. Nasib baik budak perempuan tu tak apa2, kalau tak...entahlah! Petang aku pergi tengok mak. Doktor jumpa dgnku, dia terangkan bahawa semua keputusan darah menunjukkan mak makin tenat & tiada perubahan ke arah kebaikan. Doktor kata kalau nak bawa balik pun boleh, mungkin mak nak pergi di rumah dan dikelilingi anak2 & cucu2. Aku beritahu semua adik beradikku. Semua datang dlm kul 9 mlm. Nampaknya semua tak setuju bawa balik. Abangku hubungi doktor dan nak jumpa doktor esok malam. Tiba dirumah dekat pukul 12 mlm. Tiba dirumah, suamiku dah kemas ruang tamu utk letak mak.

18 Jan 2011 - Keretaku masih diworkshop. Hubby hantar pergi kerja. Petang tengok mak. Pukul 7.45pm jumpa doktor. Doktor terangkan sama macam yg dia terangkan kepada aku semlm. Macam siaran ulangan bagiku. Doktor kata "mengapa kita harus melambatkan apa yg pasti akan berlaku". Aku setuju! Doktor suruh buat keputusan samada nak bawa balik (maknanya tak ada apa2 support) atau buka ventilator & mak akan pergi atau berhentikan dialysis & mak akan pergi. Aku balik ke rumah naik komuter. Tiba dirumah dekat pukul 11 malam.

19 Jan 2011 - Kereta masih diworkshop. Harap2 hari ini keretaku boleh siap. Petang aku ke IJN. Nampak mak agak gelisah. BP rendah sehingga ada kalanya bawah 70/30. Mak angkat tangan kanan. Mulutnya bergerak seperti ada sesuatu yg dia hendak perkatakan. Sedihnya aku! Bila aku tanya "mak nak buka tiub ni?". Mak pandang je aku tapi aku tak nampak mak anggukkan kepalanya. Sepatutnya hari ini buat dialysis tapi, nurse kata buat dialysis 1-4 maknanya, Isnin dulu buat, khamis baru buat pulak. Pukul 1 pagi baru aku balik. kalau ikutkan hati, tak tergamak meninggalkannya tapi...

20 Jan 2011 - Hati Thaipusam. Company aku tak declare. Plan asal nak ambil cuti tetapi memandangkan aku sedang menyiapkan gaji dengan gaji baru & bonus kilang yang nak dibayar pada bulan ni, aku terpaksa batalkan cuti. Sekurang2nya aku dapat siapkan kerja2 ku jika berlaku apa2 kpd mak. Aku pergi kerja naik komuter sbb suami & anak2 akan dtg sebelah ptg utk mengambilku dan terus ke IJN. Pukul 9 pagi suamiku menghubungiku. Kakinya yg accident 2007 tu sakit lagi. Kalau dia sakit macam tu, dia akan demam, tempat patah tu jadi merah & dia sendiri serba tak kena menahan kesakitan. Tak tentu arah aku di ofis.. Tengahari aku telefon, dia kata dia ok sikit sbb anak2 kat rumah tolong urut dia. Aku menerima phone call dari andak & angah pasal nak jumpa kul 6 ptg bagi membincangkan hal mak. Pukul 2 pm aku menerima panggilan dari IJN utk menanyakan samada pihak keluarga telah membuat keputusan atau tidak mengenai dialysis. Aku jawab belum walaupun di dalam hati mahu saja aku beritahu tak perlu lagi. Aku ke IJN pukul 5 pm. Mak tengah buat dialysis. Aku nampak air mata bertakung dikedua2 kelopak mata mak. Aku tahu, mak sudah tidak berdaya lagi untuk menahan kesakitan. Aku tak sanggup melihat mak begitu. Pukul 7.45 ptg kami berkumpul adik beradik. Aku dan suamiku sependapat utk bawa balik mak. Angah macam setuju! Andak, ateh, k ngah & samsul tak setuju dgn alasan2 mereka yg tersendiri. Delly tak beri apa2 pendpt. Rancangan aku, bila bawa mak balik kerumah aku, aku akan ajak org baca Yassin selepas Isyak. Aku dah pernah ceritakan hal ni kpd kawan2 jiran2ku, mereka setuju utk dtg membacakan Yassin secara beramai2 atau bergilir2. Aku rasa, kalau mak boleh bercakap, itulah permintaan dia. Sepertimana yg aku tahu pun, semua org yg sakit dah lama terutama org tua, itulah yg mereka mahukan. Lagipun, bila sakit, kita lemah, syaitan pun dtg, kalau kita mengaji atau baca Yassin, syaitan akan lari & semoga org sakit sentiasa ingat Allah. Aku pun dapatlah memandikan mak, memberi susu, tidur bersama mak dll sebagai membalas budi mak dihari2 terakhir mak, walaupun sebenarnya memang aku tak dapat balas pengorbanan mak. OK, aku akur dengan majoriti. Kita tinggalkan mak di IJN. Mohon maaf kpd saudara mara yg mengetahui hal ini dan menunggu kepulangan mak ke rumah utk bersama2 menghabiskan hari2 terakhir bersama mak. 'De mohon maaf mak, hajat de tak kesampaian, de tahu kalau mak boleh bercakap, mak pun nak balik rumah, mak akan suruh buka semua wayar2 yg ada dibadan mak, de akan tetap dtg melawat mak, de akan lakukan apa yg termampu, insyallah'.

21 Jan 2011 - Pagi aku singgah ke IJN seperti biasa di dalam perjalanan ke pejabat. Ptg aku ke IJN lagi hingga pukul 6 ptg. Aku balik ke rumah. Siapkan baju sekolah anak2, basuh baju dll. Pukul 10 mlm aku ke IJN. Aku tidur di IJN. Sepanjang mlm mak tak tidur. Aku cuba bercakap dgn mak tapi, dia senyap je. Kebetulan malam tu nurse yg bertugas adalah berbangsa india dari India. Dia tanya aku, bila nak bawa mak balik, kalau balik rumah boleh baca Al-Quran. Aku diam je. Macam manaaku nak cakap. Dlm hati je berkata 'memang itu apa yg aku nak lakukan tapi...' Tak apalah, mengalah bukan beerti aku kalah.

22 Jan 2011 - Pukul 5 pagi aku balik ke rumah sebab suami aku kerja & anak2 ada sekolah ganti sempena cuti tahun baru cina. Setelah suamiku pergi kerja & anak2 pergi sekolah, aku buat kerja2 rumah. Separuh hari ini juga aku menerima panggilan telefon dari sanak saudara & kawan2 mak yg bertanyakan khabar mak. Mereka semua bersetuju utk bawa balik mak jika itu yg doktor cakap. Semua tanya bila nak bawa mak balik sebab boleh ajak org mengaji/baca Yassin. Aku diam, apa yg perlu aku cakapkan. Dalam hati hanya Allah yg tahu. Aku menangis sendirian. Hajat hati bila suami balik kerja & anak2 pergi sekolah agama, aku akan ke IJN naik bas. Ptg suami & anak2 akan menyusul & kami semua akan tidur di IJN. Tapi, lepas hantar anak2 ke sekolah agama, sedang aku melipat kain, aku terlena di atas kerusi. Aku sedar jam pukul 5 ptg. Aku bertanyakan suamiku kenapa tak kejutkan sebab aku nak ke IJN, dia kata, kesian pulak tengok aku tertidur..Lepas anak2 aku habis sekolah agama, kami berangkat ke IJN dan tidur disana. Staff kat customer service & jaga pun tahu yg doktor dah bagi cadangan utk bawa mak balik & mereka bertanyakan bila nak bawa balik. Semua mereka suruh ajak org mengaji/baca Yassin utk mak. Aku kebingungan. memang aku tak ada jawapan. Semlman ini juga mak tak tidur. Dah pukul 5 pagi baru mak tidur.

23 Jan 2011 - Kami sekeluarga balik ke rumah pukul 7 pagi sebab anak2 ada tuition. Hari ni pun banyak panggilan telefon yg aku terima. Aku memang tak ada jawapan. kenapa semua org telefon aku? Kenapa semua orang tanya aku? bukan setakat sanak saudara, kawan2 tapi dari staff IJN sendiri. Tengahari aku menerima SMS yg aku tak duga sama sekali. Aku terduduk dan menangis ketika membacanya. Niat aku disalah ertikan. Aku amat2 kecewa & ralat. Kenapa org lain boleh fikir tetapi tidak kamu semua? Tak apa, aku kena kuat. Mungkin Allah tidak memberi fikiran sedemikian kepada kamu. Mak perlukan aku. Jasa & pengorbanan terhadap ibubapa mempunyai pelbagai bentuk & bukan dalam satu bentuk tetapi, ia betul2 dapat dilihat ketika ibubapa sakit. Aku bukan nak menunjuk, aku bukan nak mengungkit tetapi, aku lakukan kerana itu tanggungjawab aku sebagai anak. Aku cuma melakukan setakat yang termampu. Aku tak minta dipuji, tak minta diangkat, tak minta diberi penghargaan tetapi...susah utk aku luahkan dgn kata2. Dunia ini bulat, ini waktu mak kita, bila tiba waktu kita nanti kita tak tahu macam mana. Ramai org kata, sekarang ni Allah bayar 'cash'. Wallahu ahlam! Walaubagaimanapun, aku maafkan semua org... walaupun pada permulaannya aku kecil hati, aku rasa terkilan, aku rasa ralat, aku rasa kecewa. Aku kena positif 'Allah tak bagi fikiran sedemikian kepada mereka. Kenapa? Ada sebabnya yg tidak diketahui...'. Pukul 3ptg aku ke IJN seperti biasa. Malam baru balik kerumah. Mak masih tidak berubah.

24 Jan 2011 - Aku singgah di IJN di dalam perjalanan ke pejabat. Tiba dipejabat hari ini aku berjumpa dengan bos aku. Aku menceritakan perihak mak. Aku beritahu yg aku nak ambil cuti tetapi tak tahu berapa lama mungkin aku terpaksa ambil cuti tanpa gaji. Bos aku benarkan, dia sendiri kata "we have only a mother but you have many jobs". Terima kasih kerana memahami aku. Aku menyiapkan segala perihak gaji. Alhamdulillah, semuanya siap pada pukul 5.30 ptg. Aku bergegas ke IJN. Adik beradik aku yg lain turut ada di IJN utk membincangkan perihak nak bawa mak balik. Abg aku tanya bila nak bawa mak, aku kata 'bila2 pun boleh'. Tiada keputusan muktamad. Aku di IJN hingga pukul 11 malam. Nurse tanya kat aku "akak nak bawa mak balik esok ye?". Termangu2 aku! Aku diam je....

25 Jan 2011 - Aku bercuti hari ini. Hati aku tak sedap. Sengaja cuti utk menemani mak. Sedang aku bersiap2 utk ke IJN, IJN telefon & kata mereka sedang membuat persiapan utk membawa mak balik. Aku suruh mereka hubungi abang aku. Sebelum bergerak ke IJN, aku hubungi jiran yg juga di antara kawan baik aku iaitu Ina utk memberitahu perihal membawa mak balik ke rumahku hari ini. Di dalam perjalanan ke IJN, abangku memberitahu yg dia sudah bercakap dgn doktor & sudah menghubungi ambulan utk bawa mak balik. Aku mengambil suamiku di R&R Sg Buloh. Pukul 10 pagi kami tiba di IJN. Mereka sedang membuat pelbagai persiapan utk membawa mak balik. Mereka menerangkan cara2 membagi susu kpd mak. 'macam arwah bapa mertuaku' detik hatiku. Pukul 12 pm kami bergerak. Aku menemani mak di dalam ambulan. Mak tak tidur pun. Matanya buka disepanjang perjalanan. Kami tiba dirumahku jam 1 petang. Ventilator dibuka dan digantikan dengan mask oksigen. Aku menghubungi teman yang juga jiran rapatku iaitu Ina, Shema & Fiq untuk tolong uruskan makan & minum kerana aku dan suami menjemput jiran-jiran & sanak saudara utk baca Yassin buat mak selepas Isyak. Alhamdulillah, sejak mak tiba dirumahku, jiran2ku tidak putus2 datang membacakan Yassin untuk mak sehingga pukul 6 petang. Pukul 6 petang, aku mengelap badan mak & menukarkan pakaian mak. Setelah selesai semuanya, tiba-tiba BP mak naik & menurun secara laju. Aku yang duduk disebelah kanan mak hanya mampu mengajar mak mengucap. Mak nampak tenang & langsung tak ada sesak nafas. Mak pejam mata sekejap, lepas itu dia buka mata dan memandang tepat kearah aku sambil mulutnya berkumat kamit. Aku tak pasti apa yg mak cakap tapi aku harap mak mengucap. Lepas tu dia pejam mata dan tarik nafas panjang dan lepas. Kemudian, mak tarik nafas pendek dan lepas...tiada lagi nafas selepas itu dan BP menunjukkan O. Jam menunjukkan pukul 6.30 petang. Aku dapat rasakan mak sudah tiada. Ketiga2 anakku yg membantu memakaikan baju mak tergamam. Syafiq terduduk & termenung. Syifaa' menangis teresak2. Syakirah berdiri & merenung wannya. Suamiku pergi memanggil jururawat di belakang rumahku. Aku menghubungi jiranku, Pak Tam utk memanggil doktor. Doktor datang dan mengesahkan mak sudah tiada. Niatku utk mengajak org mengaji / baca Yassin tercapai juga walaupun bukan mengaji secara beramai2 tetapi membaca Yassin secara individu sahaja. Dan niatku utk memandikan mak, memberi susu dll juga tercapai walaupun utk sekali. Alhamdulillah! Syukur kepada Allah yg memberi sedikit masa kpd ku utk menguruskan mak buat masa2 terakhirnya sebelum nyawanya diambil oleh Allah! 

Sekianlah catatan selama 5 bulan mak di hospital termasuk 145 hari di ICU di IJN serta 5 1/2 jam mak dirumahku sebelum menghembuskan nafasnya yang terakhir. Walaupun aku tak dapat 100% kepuasan tetapi aku rasa aku tak ralat apa2. Itu saja yang termampu aku lakukan. Semoga roh emak ditempatkan bersama2 org2 yg solehah. Amin!


4 ulasan: