15 - 16 Mei 2010 - Berehat hujung minggu di Genting Highland bersama keluarga , sempena Hari Keluarga Boh . Seronok juga , sebab dah lama tak gi sini dah tu dapat tiket free pulak . Isteriku naik awal bersama-sama rakan sekerja , ini kerana 2 orang anakku ada kelas tambahan . Saya dan anak-anak naik ke Genting pada pukul 12.05 tengahari dan tiba di atas pada pukul 1.05 , kita orang terus ke Apartment Ria untuk "check in " dulu. Disebabkan parking dah penuh di atas saya parking kereta di sini aje. Kami berjalan kaki aje menuju ke First World Hotel untuk makan tengah hari sebelum gi ke Taman Tema Genting. Berbagai-bagai permainan yang kami main , angah paling banyak permainan yang dia cuba temasuk roller coster . Kalau boleh dia ingin cuba semua permainan tapi disebabkan ketinggian yang tak cukup banyak yang tak dapat dia naik. Kami berada di taman tema hingga ke pukul 7.00 malam , sebelum turun ke Apartment Ria untuk makan malam dan mandi . Malam tu kami tidur awal sebab kepenatan Hari kedua kami hanya berehat di apartment aje sebelum berkemas untuk kembali ke rumah. Sekarang jalan turun dah cantik dan besar tak cam dulu.
Langgan:
Catat Ulasan (Atom)
Tiada ulasan:
Catat Ulasan