Pada hari Jumaat, 14.05.2010, Jiran Sepakat Taman Pelangi telah mengadakan majlis BBQ bersama jiran. Majlis ni dikelolakan oleh kaum bapa tanpa campur tangan kaum ibu. Kos perbelanjaan adalah hasil kutipan bersama yang melebihi RM1000.00. Majlis ini telah dihadiri oleh 50 buah keluarga, satu sambutan yang diluar jangkaan kerana pada mulanya kami menjangkakan hanya seramai 30 buah keluarga. Menu utama adalah BBQ ayam, nasi lemak (sponsored by Pak Tam), nugget, frankfruter, wedges & berbagai-bagai kuih sumbangan dari keluarga yang hadir serta makanan ringan untuk kanak-kanak. Kanak-kanak sungguh gembira kerana adanya pemberian belon kepada mereka.
Majlis pada itu telah dikejutkan dengan detik 11.00 malam apabila semua kanak-kanak menyanyikan lagu "selamat hari ibu" yang diiringi oleh kaum bapa dengan membawa sebuah kek 'Happy Mother's Day' yang amat besar. Semua ibu terperanjat dan terharu. Majlis diteruskan dengan majlis potong kek oleh para ibu. Majlis BBQ diteruskan sehingga pukul 12.30 malam. Kami sama-sama mengemas, membasuh dan sebagainya. Jutaan terima kasih kepada semua yang hadir dan terima kasih yang tidak terhingga kepada semua penyumbang samada dalam bentuk wang ringgit, makanan, tenaga dan sebagainya. Semoga majlis seumpama ini diteruskan pada masa yang akan datang. Jiran sepakat membawa berkat!
Tiada ulasan:
Catat Ulasan