JASA.com adalah singkatan nama Jasazami Ahmad & Shahidah Abdullah , merupakan blog keluarga yang memuatkan semua aktiviti dan perjalanan hidup seluruh keluarga kami. Terima kasih

Sabtu, 3 Oktober 2009

Bercuti Bersama Kekawan ( Jiran Taman Pelangi ) Di Port Dickson

1.30 petang
Bertolak dari Taman Pelangi setelah beraya rumah jiran di jalan 4 ( Kak Zai & Abang Aziz ) dan Jalan 9 ( Tuan Hj Omar ).
2.00 petang
Tiba di Port Dickson, keadaan jalan taklah jam walaupun hari ini ada penamaan calon untuk pilihan raya kecil DUN Bagan Pinang. Cuaca hari ini baik dengan suasana mendung tetapi hanya hujan renyai. Kami terus menuju ke hotel penginapan di Regency PD. Ini merupakan aktiviti pertama bercuti bersama-sama jiran tertangga.
3.00 petang
Kami besama-sama turun ke kolam untuk mandi bersama, hanya kanak-kanak saja yang mandi sebab peraturan di sini hanya sesiapa yang memakai pakaian mandi saja dibenarkan atau lelaki dibenarkan pakai seluar pendek saja. Kami beralih pula mandi di pantai dan bermain permainan yang sesuai. Bermula dengan permainan bola baling, lepas tu kami bermain bola tampar dan paling seronok sekali kami bermain bola sepak pantai.

Setelah penat kami kembali semula ke kolam renang, para bapa tak tahan melihat kolam dan kami sepakat tanggalkan baju dan mandi bersama.
6.00 petang
Kembali ke apartment untuk mandi dan berehat sebentar bagi menunggu aktiviti malam .
8.00 malam
Aktiviti malam ni adalah BBQ dan sembang-sembang, seperti biasalah aku akan merempah ayah untuk BBQ yang telah disediakan pagi tadi . Disebabkan tiada tempat BBQ disediakan kami membuat BBQ di dalam apartment menggunakan set BBQ elektrik yang dibawa oleh rakan kami Azman. Setelah siap memanggang ayam, frankruter, nugget goreng kami pun mula makan, anak-anak makan dulu. Para ibu-ibu sibuk memanggang ayam , semua anak-anak dan bapa-bapa makan. Lepas tu giliran bapa-bapa pula memanggang ayam dan ibu-ibu makan pula. Sambil makan kami sembang sehingga 11.30 malam.

.

12.00 malam
Setelah penat bersembang dan letih bermain siang tadi kami pun mula masuk tidur. Esok kami akan teruskan aktiviti yang lain.

Tiada ulasan:

Catat Ulasan