JASA.com adalah singkatan nama Jasazami Ahmad & Shahidah Abdullah , merupakan blog keluarga yang memuatkan semua aktiviti dan perjalanan hidup seluruh keluarga kami. Terima kasih

Ahad, 4 Oktober 2009

Bercuti Bersama Kekawan Di Port Dickson Hari Ke 2

6.00 pagi
Angah (Syifaa') awal-awal dah bangun dan mengejut kami, dia terlalu teruja untuk meneruskan aktiviti di hari ke 2.
7.30 pagi
Sarapan bersama, menu pagi ni mee goreng,nasi goreng, ayam , roti, karipap dan frankfurter goreng serta air teh dan teh O
8.00 pagi
Anak-anak tak sabar untuk mandi kolam. Para bapa hanya memerhatikan saja gelagat anak-anak bermain air.
8.30 pagi
Ibu-ibu mula bersama anak-anak di tepi pantai dan melakukan aktiviti seperti bermain pasir dan merendam kaki. Aku pun cuba merendam kakiku yang patah tu, kot-kot ia dapat memulihkan dari penyakit tapak kaki melepoh/melecet.
8.45 pagi
Bercadang menaiki bot untuk meninjau persisiran pantai Teluk Kemang , kami berjumpa dengan pengusaha bot pesisir pantai. Mereka mencadangkan supaya kami bersiar-siar di persisiran pantai dan bermain ikan di Tanjung Tuan dan dapat melihat terumbu karang yang cantik. Cadangan pertama, untuk bersiar saja kosnya RM180 untuk 20 orang dan cadangan kedua bersiar serta bermain di terumbu dan dapat memberi ikan makan roti kosnya RM250 . Setelah berbincang dengan rakan-rakan akhirnya kami bersetuju dengan cadangan kedua .Sungguh seronok dapat berenang dan bermain dengan ikan di terumbu karang di Tanjung Tuan. Walaupun terumbu karang taklah secantik di Pulau Tioman, tapi sekurang-kurangnya dapat menunjuk kepada aBoldnak-anak apa itu terumbu karang

11.00 pagi
Dalam perjalanan kembali ke pantai kami sempat singgah di PD World Marina Resort tempat dimana bot mewah persendirian berlabuh ( disimpan ). Sungguh cantik dengan bebagai bot mewah . Tedapat juga kemudahan seperti bungalow, kondominium dan apartment . Ada sebuah bungalow VVIP yang sangat cantik dimana pemiliknya satu malaya tahu kalau saya sebut namanya.


11.15 pagi
Kembali ke darat setelah 2 jam bersiar-siar di tengah laut dan dapat berenang bersama ikan di terumbu karang .Kami semua mandi kolam untuk menyahkan garam di badan setelah lama berendam di laut.

12.30 tengahari
Naik ke apartment untuk makan tengahari dan bersiap untuk balik ke Kuala Lumpur dan menyambung program beraya ke rumah saudara dan kawan-kawan.
2.00 petang
Kembali ke Kuala Lumpur dan meninggalkan Port Dickson.



Jumpa Lagi

Tiada ulasan:

Catat Ulasan