JASA.com adalah singkatan nama Jasazami Ahmad & Shahidah Abdullah , merupakan blog keluarga yang memuatkan semua aktiviti dan perjalanan hidup seluruh keluarga kami. Terima kasih

Rabu, 28 Oktober 2009

Audit EHS ( Persekitaran, Kesihatan & Keselamatan )

26/10/09 - Membuat persediaan audit pada 28-29 /20/029 bersama Pengarah EHS ( dari UK ) . Biasalah bila nak audit mestilah sibuk dan ada saja yang tak kena serta tak siap , walau apa cara pun semua kerja kena disiapkan sebelum hari audit. Audit dipanggil "EHS Globle Audit", untuk memastikan syarikat tempat saya berkerja berada dalam keadaan selamat dan setiasa mematuhi tahap keselamatan yang di tetapkan.


28/10/09 - Hari audit yang sebenar, dimana 2 orang pengaudit yang telah dilantik oleh

syarikat kami untuk memastikan semua pekerja menjalankan tugas hari dengan selamat dan mematuhi tahap keselamatan yang ditetapkan. Audit ini mengembil masa 2 hari . Setelah selesai hari pertama tiada masalah ( tiada NCR dikeluarkan ).

29/10/09 - Hari kedua dan akhir , audit terus berjalan lancar dan pihak pengaudit masih berpuas hati dengan tahap dan sistem keselamatan di tempat kami. Walaubagaimanapun masih ada lagi perkara yang perlu diperbaiki . Petang ini tepat jam 4.30 pembentangan hasil audit telah diadakan. Tiada masalah yang agak berat yang boleh menyebabkan syarikat kami di kenakan pengawasan. Semua komen yang diberikan hanya perlu sedikit perubahan dari segi sistem dan cara kerja. - jasa



Ahad, 25 Oktober 2009

Bowling Oh Bowling

Bowling Oh Bowling -Petang ni masa bersantai bersama-sama rakan-rakan (jiran) bermain bowling untuk persediaan pertandingan Bowling Persatuan Penduduk Taman Pelangi Rawang (TPR). Hari ini dah masuk 3 kali kami bermain bersama , ada yang hebat, ada yang baru belajar, ada yang dah lama tak main dan ada yang rasa dah terbaik. Tapi apa-apa pun yang penting bermain demi persepakatan antara jiran. Berbagai aksi dan gaya ditunjukkan, ada juara keseluruhan, ada juara longkang dan ada juara gaya aje. Keputusan hari, juara keseluruhan memehak kepada En Saiful Nizam dengan jumalah mata 296 ( 2 game ) .
  1. Saiful Nizan
  2. Zulkarnain JK
  3. Rafidi
  4. Jasa ( Aku lah )
  5. Kamal
  6. Wira ( Sempat main 1 game aje )

Lihatlah aksi-aksi bakal-bakal juara .......

Walau apa-apa pun permainan petang ini sangat menyeronokkan dengan aksi-aksi yang tidak disegajakan, tak lekang dek gelak dan tawa sampai nak pecah perut.

Akhir sekali , yang penting kita Jumpa Lagi di hari pertandingan yang sebenarnya.



Tungguuuuuuuuuuuuuuuuu !

Rabu, 21 Oktober 2009

Kenangan Ketika Marhaban Aidil Fitri 2009

Program marhaban dari rumah ke rumah diteruskan tahun ini . Sungguh seronok bila dapat
marhaban bersama-sama rakan sejiran. Program marhaban ini dapat mengeratkan lagi siraturrahim sesama jiran tetangga. Hidangan bukan yang diutamakan tetapi semangat berjiran yang lebih penting.



Pada tahun ini sebanyak 25 buah rumah yang menyertaiprogram ini berbanding 44 buah rumah pada tahun lepas. Walaubagaimanapun, terima kasih kepada semua. Diharap tahun depan lebih ramai lagi jiran tetangga yang dapat menyertainya.


Jumpa lagi tahun depan

Isnin, 19 Oktober 2009

Rumah Terbuka Raya - 17/10/09

Ahad 17 /10/09 - Rumah terbuka raya di rumahku, aku dan isteri serta anak-anak menjemput rakan-rakan dan saudara mara datang ke rumahku. Ramai rakan-rakan dan saudara mara yang berada di sekitar Lembah Klang & luar Lembah Klang yang ku jemput. Tahun ni baru aku dan keluarga dapat membuat rumah terbuka disebabkan 2 tahun lepas kakiku masih bersimen (kaki patah akibat kemalangan) dan tahun lepas ayahku pula uzur dan meninggal selepas raya.

Pagi -pagi lagi kami dah bangun untuk membuat persiapan memasak hidangan pada hari ini. Isteriku dan kakak sibuk memasak semua hidangan yang telah dirancang. Menu hari ini ialah ayam golek (ini oder luar) & nasi ayam , nasi impit & kuah kacang, mee soto, sup tulang, ayam goreng dan air teh O limau. Terima kasih kepada kakakku yang banyak membantu untuk menyediakan semua menu tadi.

Para jemputan datang bermula jam 12.oo tengahari, tetamu pertama yang datang adalah sepupu isteriku. Tetamu yang datang tak putus-putus sampai ke malam, hingga mangkuk, pinggan dan cawan habis dan terpaksa beli, tetamu yang hadir ku jangkakan lebih kurang 450 orang. Tetamu terakhir adalah Pakcik (abang arwah ibuku) yang datang bersama anak dan cucu, mereka pulang pada pukul 10.15 malam.

Sesi kedua kami dan jiran yang rapat mengadakan BBQ pada tengah malam. Kita orang start BBQ ayam pada pukul 11.00 malam. Kami bersembang sambil makan sehingga 5.00 pagi. Aku rasa ini lah rumah terbuka paling lama pernahku buat.


Terima Kasih kepada semua yang hadir dan membantu bagi menjayakan Rumah Terbuka kami dan jika ada kekurangan kami sekeluarga memohon maaf.

Sekian Terima Kasih dan Jumpa Lagi.

Khamis, 15 Oktober 2009

Bersama rakan dari Amerika & Kanada bersiar-siar di Kuala Lumpur

Dua rakan dari Amerika dan Kanada datang ke Malaysia untuk memberi latihan tentang penggunaan sistem MQ1 bagi dokumen ISO tanpa menggunakan kertas (online). Seperti biasalah setiap kali ada pelawat dari luar negara tempat yang biasa aku akan bawa mereka adalah Pasar Budaya dan Jalan Petaling.

Pasar Budaya- Tempat dimana kita dapat menunjukan kepada orang luar tentang kraftangan dan budaya kita. Di sinilah tempat yang boleh mereka perolehi untuk dapat barangan cenderahati bagi dibawa pulang sebagai kenang-kenangan.
Jalan Petaling ( Cina Town )-.

Aku bawa ke sini bagi memenuhi permintaan rakan ku dari Kanada untuk membeli tas tangan yang berjenama tetapi murah ( tiruan ) sebab di negara mereka tiada barangan tiruan berjenama

Ahad, 4 Oktober 2009

Bercuti Bersama Kekawan Di Port Dickson Hari Ke 2

6.00 pagi
Angah (Syifaa') awal-awal dah bangun dan mengejut kami, dia terlalu teruja untuk meneruskan aktiviti di hari ke 2.
7.30 pagi
Sarapan bersama, menu pagi ni mee goreng,nasi goreng, ayam , roti, karipap dan frankfurter goreng serta air teh dan teh O
8.00 pagi
Anak-anak tak sabar untuk mandi kolam. Para bapa hanya memerhatikan saja gelagat anak-anak bermain air.
8.30 pagi
Ibu-ibu mula bersama anak-anak di tepi pantai dan melakukan aktiviti seperti bermain pasir dan merendam kaki. Aku pun cuba merendam kakiku yang patah tu, kot-kot ia dapat memulihkan dari penyakit tapak kaki melepoh/melecet.
8.45 pagi
Bercadang menaiki bot untuk meninjau persisiran pantai Teluk Kemang , kami berjumpa dengan pengusaha bot pesisir pantai. Mereka mencadangkan supaya kami bersiar-siar di persisiran pantai dan bermain ikan di Tanjung Tuan dan dapat melihat terumbu karang yang cantik. Cadangan pertama, untuk bersiar saja kosnya RM180 untuk 20 orang dan cadangan kedua bersiar serta bermain di terumbu dan dapat memberi ikan makan roti kosnya RM250 . Setelah berbincang dengan rakan-rakan akhirnya kami bersetuju dengan cadangan kedua .Sungguh seronok dapat berenang dan bermain dengan ikan di terumbu karang di Tanjung Tuan. Walaupun terumbu karang taklah secantik di Pulau Tioman, tapi sekurang-kurangnya dapat menunjuk kepada aBoldnak-anak apa itu terumbu karang

11.00 pagi
Dalam perjalanan kembali ke pantai kami sempat singgah di PD World Marina Resort tempat dimana bot mewah persendirian berlabuh ( disimpan ). Sungguh cantik dengan bebagai bot mewah . Tedapat juga kemudahan seperti bungalow, kondominium dan apartment . Ada sebuah bungalow VVIP yang sangat cantik dimana pemiliknya satu malaya tahu kalau saya sebut namanya.


11.15 pagi
Kembali ke darat setelah 2 jam bersiar-siar di tengah laut dan dapat berenang bersama ikan di terumbu karang .Kami semua mandi kolam untuk menyahkan garam di badan setelah lama berendam di laut.

12.30 tengahari
Naik ke apartment untuk makan tengahari dan bersiap untuk balik ke Kuala Lumpur dan menyambung program beraya ke rumah saudara dan kawan-kawan.
2.00 petang
Kembali ke Kuala Lumpur dan meninggalkan Port Dickson.



Jumpa Lagi