Ayah dan Bonda hanya surah Al Fatihah saja yang dapat ku kirimkan dan ku hadiahkan kepadamu berdua dan pusaramu jugalah tempat aku melepaskan rindu dan mengingatimu yang telah meninggalkan kami adik beradik semua. Aku tetap berterima kasih diatas semua yang telah kau berikan kepadaku , aku rasa masih banyak lagi jasamu yang tidak dapat aku balas tapi walaubagaimanpun semua jasamu akan aku ingat dan kenang. Mak masakanmu selalu kurindui walaupun aku tahu aku takan dapat merasai masakkanmu lagi. Sambal goreng merupakan masakan yang kau selalu masakkan ketika aku balik cuti dan kau akan masaknya lagi serta akan bekalkan untuk ku bawa ke Universiti. Abah semua barangan antik kesayanganmu akan ku jaga sebaik mungkin untuk menjadi kenangan cucu cicit mu nanti.
Langgan:
Catat Ulasan (Atom)
Tiada ulasan:
Catat Ulasan