Ayah dan Bonda hanya surah Al Fatihah saja yang dapat ku kirimkan dan ku hadiahkan kepadamu berdua dan pusaramu jugalah tempat aku melepaskan rindu dan mengingatimu yang telah meninggalkan kami adik beradik semua. Aku tetap berterima kasih diatas semua yang telah kau berikan kepadaku , aku rasa masih banyak lagi jasamu yang tidak dapat aku balas tapi walaubagaimanpun semua jasamu akan aku ingat dan kenang. Mak masakanmu selalu kurindui walaupun aku tahu aku takan dapat merasai masakkanmu lagi. Sambal goreng merupakan masakan yang kau selalu masakkan ketika aku balik cuti dan kau akan masaknya lagi serta akan bekalkan untuk ku bawa ke Universiti. Abah semua barangan antik kesayanganmu akan ku jaga sebaik mungkin untuk menjadi kenangan cucu cicit mu nanti.
Jumaat, 29 April 2011
Isnin, 25 April 2011
Sek Men Keb Agama Tengku Ampuan Hajjah Afzan Pahang.... Aku Kembali - Shahidah
Isnin 25 April 2011 - Aku mendaftar semula ke SMKATAHAP setelah 22 tahun aku keluar dari sini tapi, kali ini bukan untuk aku tapi mendaftar anak sulungku Syafiq yang menjadi murid SMKATAHAP. Pada awal Mac aku telah menerima panggilan telefon daripada Jabatan Pendidikan Negeri Pahang yang menyatakan bahawa semua permohonan luar Pahang terpaksa ditolak kerana permohonan dari dalam Pahang terlalu ramai. Aku kecewa tetapi, aku redha. Aku bersyukur kerana Syafiq sudah ditempatkan di Kelas Aliran Agama (KAA) Selangor iaitu di Sek Men Keb Rawang. KAA pun sama dengan SMKA, yang membezakannya, KAA tak tinggal di asrama tapi SMKA tinggal di asrama. KAA disekolah biasa tapi SMKA sekolah asrama penuh samada di bawah kementerian atau JPN.
Pada 22 April aku menerima panggilan telefon dari jiranku di Temerloh yang menyatakan ada surat dari JPN Pahang untuk Syafiq,
aku menyuruh dia membuka surat tersebut. Ya Allah! Syafiq ditawarkan ke SMKATAHAP. Syukur alhamdulillah, itulah rezeki Syafiq. Aku pun mulalah membuat senarai barang-barang keperluan yang perlu dibawa ke asrama. Satu kelebihan untuk Syafiq sebab ibunya dulu tinggal diasrama. Jadi, aku tahu apa yang perlu disediakan atau dibawa ke asrama.
Pada 25 April, aku sekeluarga pergi SMKATAHAP untuk mendaftar Syafiq. Aku mengimbau di tahun 1985 ketika aku mula-mula menjejak kaki ke sekolah itu. Terlalu banyak perubahan... Aku masih ingat dimana kelas aku. Kelas aku ketika tingkatan 4 telah dijadikan galeri rupanya. Aku telah menerangkan kepada suami dan anak-anakku mengenai sekolah dan sebagainya. Macam pemandu pelancong pulak. SMKATAHAP terlalu banyak kenangan pahit dan manis buatku. Aku bersyukur bersekolah di sana.
Aku berharap Syafiq akan dapat belajar dengan tekun dan bersungguh-sungguh. Seterusnya memperolehi kejayaan yang cemerlang. Lebih berjaya dan cemerlang daripada ibu. Semoga Syafiq dapat mencapai cita-cita yang diidam-idamkan. Insyallah!
Ahad, 24 April 2011
BBQ Bersama Adik Beradik
Sabtu 23 April 2011- Sungguh seronok bila semua adik beradik dapat berkumpul , makan dan sembang bersama. Kedua-dua adik beradik sebelah aku dan isteri datang. Ini akan dijadikan aktiviti bulan untuk kita orang adik beradik berkumpul. Kita jumpa lagi di BBQ akan datang
Sabtu, 16 April 2011
Hari Ulangtahun Kelahiranku Ke 11 ...Syifaa'
Khamis 14 April 2011 -Ini tandanya umur aku dah bertambah. Kami sekeluarga makan malam di MD . Ayah ajak makan tempat lain tapi aku tetap nak makan di sini juga .
Khamis, 14 April 2011
Ulang Tahun Kelahiran Ku Yang Ke ....... Shahidah
Isnin 11 April 2011 -Dinner dengan suami dan anak2 @ pizza hut Rawang - my b'day!.Terima kasih yg tak terhingga kpd semua diatas doa & ucapan sempena harijadi saya.
Berehat Di Janda Baik Sesama Kawan XTAHAP
Sabtu 9 Mac 2011 - Hujung minggu bersantai bersama kawan-kawan lama semasa di TAHAP. Sungguh
Terima kasih kpd Huda, Noor, Watie, Lynne, Zai & Zura. Ini permulaan, selepas ini diharapkan lbh ramai lagi. Jgn lupa 10 julai. Penganjur seumur hidup, teruskan tugas anda...
Langgan:
Catatan (Atom)