Aku buat sedikit ubahsuai di hadapan rumahku termasuk taman. Aku tambah pagola dan ubahsuai sikit pagar . Sedikt aje perubahan dibuat dengan penambahan pintu gerbang yang kecil dan menjadi laluan utama untuk keluar dan masuk .
Tema taman tak tahu lagilah, sekali tengok ada macam ala bali dan sekali lagi tengok ada ala jepun, tak tahulah yang mana satu dan yang penting sedap mata sendiri memandangnya. Kerja menghias taman ini tak terhenti setakat disini bila ada masa lapang dan ada idea baru maka berubahlah keadaan taman ini. Taman ni walaupun kecil tapi ia sungguh berguna untuk bersantai sesama keluarga dan rakan-rakan yang datang bertandang. Bila malam sungguh damai bila dihiasi dengan lampu-lampu, boleh kata setiap malam saya akan duduk lepak di taman ni. Bila duduk di sini rasa bagai di kampung yang dah lama ku tinggalkan.
Tiada ulasan:
Catat Ulasan