JASA.com adalah singkatan nama Jasazami Ahmad & Shahidah Abdullah , merupakan blog keluarga yang memuatkan semua aktiviti dan perjalanan hidup seluruh keluarga kami. Terima kasih

Jumaat, 28 Januari 2011

Dalam Kenangan - Ramlah Binti Uda

Jam 6.30 petang  25  Januari  2011, ibuku telah menghembuskan nafasnya buat kali terakhir setelah selesai kami 5 beranak memandikannya dan  disahkan telah  meninggal dunia oleh doktor yang dibawa oleh jiranku Pak Tam pada jam 6.50 petang.  Setelah sekian lama menanggung kesakitan selama lebih 5 bulan termasuk 145 hari di ICU IJN . 
Doktor telah mengesahkan kedua-dua buah pinggangnya tidak berfungsi lagi, paru-paru, hempedu , hati dan sistem darahnya telah dijangkiti kuman . Doktor juga memberitahu semua ubat yang
diberikan tidak banyak membantu dan menasihatkan kami adik beradik membawa pulang. Setelah berbincang, kami semua  bersetuju membawa pulang ke rumahku di  Rawang. Ambulan yang membawa emak tiba di rumahku jam 1 tengahari. Sebaik sampai suamiku dan jiran telah menuggu. Mengikut perancangan awal sepatutnya kami akan adakan majlis bacaan Yassin pada sebelah malam. Kami adik beradik telah menelefon saudara mara, jiran dan kawan , tapi majlis itu bertukar kepada bacaan Yassin dan tahlil. Jenazah emak selamat disemadikan berhampiran kubur ayah di Tanah Perkuburan Kuala Garing. Semoga emak ditempatkan bersama2 org beriman & solehah. Amin!

Kalau ingin dapatkan lebih banyak cerita lihatlah catatan yang lalu di bawah tajuk Emak Oh Emak.

Ahad, 23 Januari 2011

Taman Mini Rumahku Berwajah Baru

Aku buat sedikit ubahsuai di hadapan rumahku termasuk taman. Aku tambah pagola dan ubahsuai sikit pagar . Sedikt aje perubahan dibuat dengan penambahan pintu gerbang yang kecil dan menjadi laluan utama untuk keluar dan masuk .







 Tema taman tak tahu lagilah, sekali  tengok ada macam  ala bali dan sekali lagi tengok ada ala jepun, tak tahulah yang mana satu dan yang  penting sedap mata sendiri memandangnya. Kerja menghias taman ini tak terhenti setakat disini bila ada masa lapang  dan ada idea baru maka berubahlah keadaan taman ini. Taman ni walaupun kecil tapi ia sungguh berguna untuk bersantai sesama keluarga dan rakan-rakan yang datang bertandang. Bila malam sungguh damai bila dihiasi dengan lampu-lampu, boleh kata setiap malam saya akan duduk lepak di taman ni. Bila duduk di sini rasa bagai di kampung yang dah lama ku tinggalkan.