JASA.com adalah singkatan nama Jasazami Ahmad & Shahidah Abdullah , merupakan blog keluarga yang memuatkan semua aktiviti dan perjalanan hidup seluruh keluarga kami. Terima kasih

Isnin, 4 Januari 2010

Hari Pertama Sekolah - Syakirah

Isnin 4 Januari 2010 , Hari pertama persekolah dibuka, anakku Syakirah masuk darjah satu. Syakirah dah biasa dengan alam persekolahm ( tadika  sejak umur 4 tahun dan tahun lepas menumpang kelas KAFA ). Taklah risau sangat sebab abang-abang dia ada dan boleh tengok-tengok.Seperti lazimnya kalau hari pertama persekolahan, maka ibu bapa akan menghantar anak-anak kesekolah.Sebab selain menghantar anak-anak , ibu bapa sibuk membayar yuran persekolahan dan membeli buku. Nasib baik dah beli buku awal jadi taklah  kalam kabut. Petang ni pula mereka semua akan bersekolah KAFA pula. Sekolah KAFA di sekolah yang sama jadi taklah susah sangat mereka nak gi sekolah. Habis sekolah kembangsan mereka akan ke Taska Pelangi Gemilang yang tak jauh dari sekolah (boleh jalan kaki aje ), mereka semua akan makan tengahari dan menukar baju. Mereka dah biasa dengan suasana begini.

Tiada ulasan:

Catat Ulasan