Ahad, 24 Januari 2010
Aktiviti sepanjang minggu ini
Aktiviti seperti biasa tiada yang luar biasa , kerja dan kerja aje. hujung minggu akitiviti bersama anak-anak dan jiran.
Ahad, 17 Januari 2010
Isnin, 4 Januari 2010
Hari Pertama Sekolah - Syakirah
Isnin 4 Januari 2010 , Hari pertama persekolah dibuka, anakku Syakirah masuk darjah satu. Syakirah dah biasa dengan alam persekolahm ( tadika sejak umur 4 tahun dan tahun lepas menumpang kelas KAFA ). Taklah risau sangat sebab abang-abang dia ada dan boleh tengok-tengok.Seperti lazimnya kalau hari pertama persekolahan, maka ibu bapa akan menghantar anak-anak kesekolah.Sebab selain menghantar anak-anak , ibu bapa sibuk membayar yuran persekolahan dan membeli buku. Nasib baik dah beli buku awal jadi taklah kalam kabut. Petang ni pula mereka semua akan bersekolah KAFA pula. Sekolah KAFA di sekolah yang sama jadi taklah susah sangat mereka nak gi sekolah. Habis sekolah kembangsan mereka akan ke Taska Pelangi Gemilang yang tak jauh dari sekolah (boleh jalan kaki aje ), mereka semua akan makan tengahari dan menukar baju. Mereka dah biasa dengan suasana begini.
Sabtu, 2 Januari 2010
BBQ Kedatangan Tahun 2010 Bersama Jiran Tetangga Taman Pelangi Rawang
BBQ sempena menyambut munculnya tahun baru 2010, program ini bermatlamat supaya dengan kedatangan tahun baru ini perhubungan di antara jiran lebih erat dan mesra. Diharap program ini dapat dilakukan lebih kerap dan kehadiran penduduk lebih ramai lagi di lain kali. Pada kali ini penyertaan agak menggalakan, seramai 18 keluarga, ini pun perancangan dilakukan dalam masa yang agak suntuk. Makan bukan satu perkara yang penting tetapi kemesraan yang erat sesama jiran itu yang diutamakan. Menu utama adalah ayam, kambing, ikan, burger & sosej.
* Lihatlah gambar yang meriah di Album Terkini disebelah,
Langgan:
Catatan (Atom)