JASA.com adalah singkatan nama Jasazami Ahmad & Shahidah Abdullah , merupakan blog keluarga yang memuatkan semua aktiviti dan perjalanan hidup seluruh keluarga kami. Terima kasih

Sabtu, 5 Disember 2009

Rewang ( Gotong-royong) Rumah Hasrul dan Shema

Rewang rumah Hasrul & Shema sempena majlis perkahwinan adik lelakinya. Jiran-jiran membantu memeriahkan majlis rewang yang pertama kalinya dilakukan di Taman Pelangi Rawang ( rumah 2 tingkat ). Pak Tam mengetuai rewang ini dan tukang masak dikendalikan oleh pakcik Shema. Kerja-kerja persiapan kenduri telah diadakan 2 minggu sebelum tarikh majlis dimana beberapa kawan karib Shema telah bersama2 membungkus & menyediakan cenderahati tetamu. Pada khamis malam, para kaum wanita telah bersama-sama bergotong royong menyiapkan beg cenderahati


(memasukkan telur ke dalam bekas, cenderahati ke dalam beg) dan menyiapkan bunga rampai utk acara merenjis air mawar dan 'flower girls'. Kaum lelaki pula telah memulakan gotong royong pada petang Khamis dengan mengangkut kayu dari projek perumahan berhampiran . Pada hari Jumaat pula kaum ibu sibuk mengupas bawang dan membasuh daging dan ayam pada sebelah petang . Malamnya pula lebih meriah dengan berbagai kerja yang perlu dilaksanakan bagi memastikan semua yang dirancang berjalan dengan lancar.


Semua jiran ( kaum ibu & bapa ) yang datang membantu memberikan sepenuh kerjasama dan segalanya dapat dilakukan dengan mudah dan cepat. Majlis rewang pada hari Sabtu lebih meriah dan seronok dimana makin ramai yang datang membantu. Seperti dah biasa bergotong - royong di kampung semuanya senang mengendalikan kerja yang telah dipertanggungjawabnya.

Alhamdulillah, semuanya berjalan dengan lancar sepanjang majlis berjalan pada hari Sabtu. Semua kerja dapat dilaksanakan sehingga mengemas dengan sempurna sehingga lewat petang.Terima kasih semua. Diharapkan kerjasama ini akan berterusan dan berkekalan sehingga ke akhir hayat.
Untuk lihat gambar yang lebih sila klik blog Album K u di sebelah

Jumpa Lagi Di Lain Kenduri.....

Tiada ulasan:

Catat Ulasan