Khamis, 31 Disember 2009
Hari Orientasi Tahun 1 - Syakirah
Hari ni Syakirah telah menjalani orientasi bagi pelajar tahun 1 di Sek Keb Bandar Baru Rawang. Agenda orientasi adalah ujian membaca & menulis dan lawatan keseluruh sekolah. Seramai lebih kurang 100 orang pelajar tahun 1 telah mendaftar pada hari ini. Semua pelajar akan dibahagikan kepada 3 buah kelas.
Ahad, 27 Disember 2009
Cuti-cuti Di Bukit Gambang Resort, Kuantan
Sabtu , 26 Disember 2009 , 6.00 - 7.30 pagi - Bersiap-siap pagi-pagi lagi .Bertolak awal dari Shahzan Hotel.
9.00 pagi - Setelah selesai serapan kami pun terus ke Bukit Gambang Resort. Bila tiba di sini telah ramai orang , ingatkan kita orang yang awal tapi ramai yang lebih awal. 10.00 pagi - Gate mula dibuka , kami semua pun masuk ke taman tema. Taman tema ini taklah sebesar Sunway tu tapi menerik kerana dikelilingi hutan yang hijau.
10.00 pagi - 3.00 petang -Melayan anak-anak bermain air , dia orang aje yang banyak berendam saya dan isteri tak larat, hanya tengok aje. Hari ni orang ramai samapai nak main dan makan kena beratur panjang , saya tanya kat salah seorang pekerja di sini , dia kata jumlah pengunjung setakat pukul 2.00 petang dah 12,000 orang.
3.00 petang - bersiap-siap untuk pulang ke Temerloh.
3.30 petang - Meninggalkan Bukit Gambang Resort.
Jumpa Lagi.
- Lihatlah lebih bayak gambar dibawah
Jumaat, 25 Disember 2009
Bercuti Di Kuantan
Jumaat 25 Disember 2009 . Program hari ni gi Kuantan bawa anak-anak bercuti. Cuti sekolah belum lagi bawa anak-anak bercuti, sebab isteri tak sihat banyak program dibatalkan .
11.00 pagi - Bertolak dari Taman Seri Semantan, Temerloh . Konvoi bersama abang ipar dan keluargantya.
1.30 petang - Check in kat Shahzan Inn Hotel ,Kuantan
3.00 petang - Anak-anak sibuk nak mandi kolam.
4.30 petang - Bersiar-siar sekitar Pantai Teluk Cempedak
Ahad, 20 Disember 2009
Program Kitar Semula (recycle & reward)
Program Kitar Semula (recycle & reward) di Taman Pelangi Rawang (TPR ) telah dianjurkan oleh Pn Shema. Sebenarnya, program ini dikelolakan oleh sepupu beliau. Di dalam program ini semua peserta dikehendaki mendaftar. Semua barang terpakai akan dikumpulkan di dalam guni yang akan diserahkan oleh pengelola. Setiap minggu mereka akan datang mengutipnya di rumah Shema. Semua peserta dikehendaki menghantar barang-barang terpakai ke rumah Shema di waktu yang akan ditetapkan. Shema akan menghubungi semua peserta melalui e-mail & sms. Semua barang terpakai akan dikumpulkan dan diberikan mata (point). Mata (point) itu nanti boleh ditukar kepada barang-barang lain seperti barangan elektrik dan sebagainya. Saya amat berharap agar lebih ramai lagi penduduk TPR yang menyertai program ini selain mendapat mata (point) tetapi dapat membantu mengurangkan bahan yang dibuang, ia juga dapat mengurangkan pencemaran alam sekitar kita. Sekarang ini seluruh dunia sedang berkempen mengenai penjagaan alam sekitar, dengan ini marilah kita bersama-sama menyertainya.
Selasa, 15 Disember 2009
Salam Maal Hijrah
Isnin, 14 Disember 2009
Layan Bowling Kat Flamingo Ampang
Ahad 13 Disember 2009 - Layan bowling kat Flamingo Ampang bersama abang Ipar , Biras , anak-anak serta anak saudara.Saja-saja main bowling nak layan anak-anak, tapi tak sangka hari ni main ok pulak. Biasa main point 90 - 105 , hari ni point 125 game pertama dan 157 game kedua, jumlah seluruhan 282.Buat kali pertama dapat 3 starike ( Ayam turki ). Harap-harap point ni berterusan bolehlah ada harapan dalam pertandingan bowling yang akan dianjurkan oleh Persatuan Penduduk Taman Pelangi Rawang (TPR).
Tapi biasanya bila dapat point lebih permainan berikutnya menurun pulak. - jasa
Ahad, 13 Disember 2009
Cucu Ke 10 Wan dan Aki
Sabtu 12 Disember 2009 -Cucu ke 10 keluarga ku dan cucu perempuan ke 4, lahir di Hospital Putrajaya. Ini anak ke lima adikku ( Faizah ).Comel sungguh anak saudaraku ini dan rembutnya lebat .Badannya besar mengikut kedua ibu bapanya yang bersaiz besar ( berat 3.47 kg ).Disebabkan masih tiada nama kita orang panggil "Budak Nina". Anakku Syakirah sangat gembira dengan kelahiran "Budak Nina" kerana ada adik perempuan yang baru , sebelum ni adik saudaranya lalaki . Dapatlah kawan untuknya bermain masak-masak dan anak patung. Selama ni kawan permainannya semua lelaki ( abang-abangnya ). Keluar dari hospital baby ini akan dibawa ke Temerloh .-shahidah
Jumaat, 11 Disember 2009
Cuti Duduk Kat Taman Pelangi Aje
Hari cuti tak kemana sebab isteri tak sihat baru lepas buat pembedahan kecil. Sibuk menolong buat kerja harian basuh baju dan memasak. Sepatutnya plan hari ni nak bercuti di Kuantan dan Bukit Gambang Resort. Mungkin pergi juga hari Krismas nanti sebab dapat tiket percuma yang dah nak tamat tempoh ( 31 Disember 2009 )
Selasa, 8 Disember 2009
Masuk Wad Kat PUSRAWI
Selasa 8 Disember 2009 - Semalaman aku tak dapat tidur menahan kesakitan yang tak tahu apa puncanya. Aku pergi ke Pusrawi untuk membuat pemeriksaan tetapi kena tahan di wad (katil 2B-4, Bilik 2, wad As Salam, Tingkat 5) Pusrawi disyaki bisul. Bilik sorang dan 2 orang penuh, terpaksa duduk dibilik 4 orang. Hari ini juga aku akan dibedah untuk mengeluarkan nanah dalam bisul. Tak tahulah berapa hari aku kena tahan di Pusrawi.
2.00 petang - masuk bilik bedah, ini kali kedua aku masuk bilik bedah, pertama kalinya di Hospital Tawakal pada tahun 2004 . Risau juga bila nak masuk bilik bedah ni walaupun pembedahan kecil aje.
2.00 petang - masuk bilik bedah, ini kali kedua aku masuk bilik bedah, pertama kalinya di Hospital Tawakal pada tahun 2004 . Risau juga bila nak masuk bilik bedah ni walaupun pembedahan kecil aje.
4.00 petang - Keluar dari bilik bedah dengan selamat. Ini kali pertama aku masuk wad di Pusrawi di bangunan barunya, kalau yang kat jalan Ipoh tu dah biasa lebih 4 kali rasanya. Semua anak-anakku lahir di Pusrawi, dah serasi dengan tempat ini. Terima kasih kepada Jan & lin jiran petama yang datang melawatku dan diikuti oleh Zuk (JK) & keluarga.
9.00 malam - Semua adik beradik aku sudah berkumpul di Pusrawi. Biasalah kitaorg, pantang dengar ada yang masuk hospital, terus datang.
Rabu 9 Disember 2009- Hari kedua berada di Pusrawi, menanti kehadiran doktor. Doktor yang merawatku adalah Dr Razipah pakar bedah am. Dia menerangkan tiada apa yang hendak dirisaukan semua nanah dah dikeluarkan, cuma perlu di cuci setiap hari supaya cepat sembuh. Tersangatlah boring nya. Tak pernah terbaring macam ni je. Notebook tak bawa pulak tu. Baring, duduk, mengiring, boring, boring. Ramai jugak kawan2 datang melawatku. Kawan2 sekolah. Terima kasih Jie, Huda, Siti, Noor dan Watie yang datang melawatku. Inilah kawan2 baikku yang sama2 bersekolah menengah dulu.
5.30 petang - Aku menerima sebakul bunga & buah dari tempat kerjaku, Boh Plantations Sdn Bhd. Terima kasih BOH. Siapalah yang buat arrangement ni. Biasanya akulah yang sibuk mengarahkan staff aku untuk menghantar bunga atau buah kepada staff yang masuk hospital atau suami/isteri yang masuk hospital atau yang bersalin atau jika ada kematian.
8.20 malam - Aku dipindahkan kebilik 9 (bilik seorang). Kalau ikutkan aku, malas nak pindah tetapi atas permintaan anak2 sebab nak tidur bersama ibunya, aku turutkan permintaan mereka. Kebetulan pulak, bilik tu baru dikosongkan. Hj Saiful, Fid & Farah datang melawatku malam ni .
Khamis - 10 Disember 2009 , Hari ini anak-anakku menemani ku , taklah rasa bosan cam semalam sebab mereka ada lagi pun notebook ada boleh layan FB dan YM dengan kengkawan.
4.30 petang - Doktor datang membuat pemeriksaan , lukaku semangkin sembuh dan aku dibenarkan pulang. Tapi tak boleh pulang juga sebab tunggu suami datang untuk jelaskan bil baru boleh balik.
6.50 petang .Suamiku datang , setelah selesaikan semua bil , kami sekeluarga pulang ke Rawang.
Terima Kasih kepada Doktor dan jururawat yang merawatku .- shahidah
Sabtu, 5 Disember 2009
Rewang ( Gotong-royong) Rumah Hasrul dan Shema
Rewang rumah Hasrul & Shema sempena majlis perkahwinan adik lelakinya. Jiran-jiran membantu memeriahkan majlis rewang yang pertama kalinya dilakukan di Taman Pelangi Rawang ( rumah 2 tingkat ). Pak Tam mengetuai rewang ini dan tukang masak dikendalikan oleh pakcik Shema. Kerja-kerja persiapan kenduri telah diadakan 2 minggu sebelum tarikh majlis dimana beberapa kawan karib Shema telah bersama2 membungkus & menyediakan cenderahati tetamu. Pada khamis malam, para kaum wanita telah bersama-sama bergotong royong menyiapkan beg cenderahati
(memasukkan telur ke dalam bekas, cenderahati ke dalam beg) dan menyiapkan bunga rampai utk acara merenjis air mawar dan 'flower girls'. Kaum lelaki pula telah memulakan gotong royong pada petang Khamis dengan mengangkut kayu dari projek perumahan berhampiran . Pada hari Jumaat pula kaum ibu sibuk mengupas bawang dan membasuh daging dan ayam pada sebelah petang . Malamnya pula lebih meriah dengan berbagai kerja yang perlu dilaksanakan bagi memastikan semua yang dirancang berjalan dengan lancar.
Semua jiran ( kaum ibu & bapa ) yang datang membantu memberikan sepenuh kerjasama dan segalanya dapat dilakukan dengan mudah dan cepat. Majlis rewang pada hari Sabtu lebih meriah dan seronok dimana makin ramai yang datang membantu. Seperti dah biasa bergotong - royong di kampung semuanya senang mengendalikan kerja yang telah dipertanggungjawabnya.
Alhamdulillah, semuanya berjalan dengan lancar sepanjang majlis berjalan pada hari Sabtu. Semua kerja dapat dilaksanakan sehingga mengemas dengan sempurna sehingga lewat petang.Terima kasih semua. Diharapkan kerjasama ini akan berterusan dan berkekalan sehingga ke akhir hayat.
Untuk lihat gambar yang lebih sila klik blog Album K u di sebelahJumpa Lagi Di Lain Kenduri.....
Langgan:
Catatan (Atom)