Syawal masuk hari ke 2 raya, masih meriah dengan kunjung mengunjung ke rumah sanak saudara. Hari ini menu utama keluargaku Laksa Pahang. Laksa Pahang lebih kurang seperti laksa Kelantan dimana kuahnya ikan masak lemak tetapi laksa Pahang menggunakan mee laksa biasa dan ditambah dengan cili tumbuk dan belacan bakar yang menjadikannya lebih sedap.
Hari ini program kami sekeluarga bersama ipar pergi ke kampung kelahiran ayahku di Mengkarak. Kami pergi ke kubur Tok Mengkarak yang merupakan moyang kami. Anak-anak kami buat pertama kalinya dapat melihat kubur Tok Mengkarak. Tok Mengkarak datang dari Pagar Ruyung, Sumatera. Nama kampung tersebut telah mengambil sempena nama beliau yang telah membuka kampung tersebut. beliau juga dikenali sebagai Tok Keramat.
Lepas tu kami pergi ke kampung kelahiran ibuku di Lebak. Kami menziharahi rumah sepupu ibuku. Semua kampung yang kami lawati berada di tepi Sungai Pahang yang banyak sejarah dan lagendanya.
salam...
BalasPadamsaya tertarik dengan ulasan saudara Jasa mengenai hubungan saudara dengan Tok Mengkarak. Sekarang saya sedang menyiapkan Buku Persejarahan Tok Mengkarak dan saya amat berharap untuk mendapat maklumat dari saudara Jasa mengenai salasilah dan kisah Tok Mengkarak...jika sudi hubungi saya di jamaludinayub@gmail.com
salah ukhwah
Jamaludin
Kampung Tok Mengkarak, Bera
Kepada Waris Tok Mengkarak dijemput hadir ke:
BalasPadamMAJLIS TAHLIL DI TAPAK BERSEJARAH MASJID TOK MENGKARAK
Akan diadakan pada,
Tarikh: 14 Julai 2012 (Sabtu)
Masa: 8.00 pagi hingga 12.30 tengahari
Tempat: Perkuburan Islam Kampung Mengkarak. Bersebelahan Masjid Kampung Mengkarak, Bera, Pahang.
Anjuran: Perkim Daerah Bera
Usahasama: JKKK Kg. Mengkarak dan AJK Masjid Kg. Mengkarak
Info lanjut di
[http://lamanpahang.blogspot.com/2012/06/majlis-tahlil-di-tapak-bersejarah.html]