JASA.com adalah singkatan nama Jasazami Ahmad & Shahidah Abdullah , merupakan blog keluarga yang memuatkan semua aktiviti dan perjalanan hidup seluruh keluarga kami. Terima kasih

Isnin, 31 Ogos 2009

Pekan Sehari Temerloh ( Pasar Minggu )

Kalau berkunjung ke Temerloh jangan lupa pergi ke Pekan sehari yang merupakan pasar minggu di tepi Sungai Pahang yang beroperasi setiap hari ahad yang bermula dari seawal pagi hingga 1 tengahari yang diadakan sepanjang tahun dan merupakan aktiviti hujung minggu penduduk Temerloh. Pengunjung bukan hanya penduduk Temerloh bahkan pengunjung dari dearah lain. Barangan yang dijual di sini berbagai-bagai jenis dari hasil kampung, hasil dari sungai dan barang dari luar negeri.

Harga barangan yang di jual sangat berpatutan , jika anda pandai menawar maka harganya bertambah murah. Saya suka membeli hasil pertanian dari kampung yang susah diperolehi ditempat lain, terutama di bandar.



Di sini terkenal dengan ikan Sungai Pahang yang segar dan enak rasanya tetapi bab harga jangan terkejut kalau bertanya kepada penjual ikan terutama ikan patin yang berharga RM80.00 sekilo, ada berbagai ikan lain yang dijual di sini seperti ikan kelah, gahak, ikan ubi, ara, baung , lahih, tengalah, lampam, tilan, haruan, talapia dan bermacam-macam lagi jenis ikan. Temerloh juga dikenali sebagai Bandar Ikan Patin. Kalau inginkan makan atau merasai ikan tetapi tak tahu memasak bolehlah menjemu selera digerai berhampiran yang menghidangkan masakan ikan tempatan terutama gulai tempoyak ikan patin tetapi perlu ingat harganya agak mahal walau bagaimanapun kalau nak rasa apa salahnya.


Inilah bandar kelahiranku yang penuh kenangan.- shahidah

Tiada ulasan:

Catat Ulasan