JASA.com adalah singkatan nama Jasazami Ahmad & Shahidah Abdullah , merupakan blog keluarga yang memuatkan semua aktiviti dan perjalanan hidup seluruh keluarga kami. Terima kasih

Isnin, 31 Ogos 2009

Pekan Sehari Temerloh ( Pasar Minggu )

Kalau berkunjung ke Temerloh jangan lupa pergi ke Pekan sehari yang merupakan pasar minggu di tepi Sungai Pahang yang beroperasi setiap hari ahad yang bermula dari seawal pagi hingga 1 tengahari yang diadakan sepanjang tahun dan merupakan aktiviti hujung minggu penduduk Temerloh. Pengunjung bukan hanya penduduk Temerloh bahkan pengunjung dari dearah lain. Barangan yang dijual di sini berbagai-bagai jenis dari hasil kampung, hasil dari sungai dan barang dari luar negeri.

Harga barangan yang di jual sangat berpatutan , jika anda pandai menawar maka harganya bertambah murah. Saya suka membeli hasil pertanian dari kampung yang susah diperolehi ditempat lain, terutama di bandar.



Di sini terkenal dengan ikan Sungai Pahang yang segar dan enak rasanya tetapi bab harga jangan terkejut kalau bertanya kepada penjual ikan terutama ikan patin yang berharga RM80.00 sekilo, ada berbagai ikan lain yang dijual di sini seperti ikan kelah, gahak, ikan ubi, ara, baung , lahih, tengalah, lampam, tilan, haruan, talapia dan bermacam-macam lagi jenis ikan. Temerloh juga dikenali sebagai Bandar Ikan Patin. Kalau inginkan makan atau merasai ikan tetapi tak tahu memasak bolehlah menjemu selera digerai berhampiran yang menghidangkan masakan ikan tempatan terutama gulai tempoyak ikan patin tetapi perlu ingat harganya agak mahal walau bagaimanapun kalau nak rasa apa salahnya.


Inilah bandar kelahiranku yang penuh kenangan.- shahidah

Sabtu, 29 Ogos 2009

Berbuka Di Temerloh - Buka Bersama Anak-anak dan Mertuaku

Puasa telah masuk hari ke 8, Berbuka bersama-sama anak-anak , mertua dan ipar di rumah mertua . Lama tak makan beramai-ramai , rasa seronok dan menyelerakan pulak rasanya. Melihat anak-anakku makan bertambah-tambah, aku pun bertambah selera menyebabkan aku pun turut menuruti mereka. Petang itu menu utamanya mee sup tulang.



Gi ke pasar Ramadan untuk membeli juadah berbuka puasa. Seperti biasa anak-anakku akan memilih sendiri apa yang mereka inginkan terutama air : along suka air teh bunga , angah suka air tembikai dan dek yah suka air anggur. Mak mertuaku seperti biasa akan menyediakan berbagai hidangan untuk berbuka.

Khamis, 27 Ogos 2009

Berbuka Puasa Di Perangsang Templer Park

Puasa hari ke- 6 saya dan isteriku berbuka puasa di Perangsang Templer Park. Macam baru kahwin sebab asyik berbuka berdua sahaja. Sebenarnya anak- anak masih di kampung ( Temerloh ). Hari ini aku nak makan berbagai-bagai masakan, almaklumlah menu ada lebih 20 jenis, larat tak larat ajelah nak makan, antara yang aku makan adalah nasi baryani ,ayam rendang,paru limpa masak hitam,kambing & ikan pari bakar,berbagai kerabu, rojak, bugger, kuih-muih(sebahagian aje ) ,buah rambutan & langsat, air kewi, mangga dan teh tarik , berbagai jeruk. Semua aku makan sikit-sikit sebab nak rasa.




Disebabkan terlalu banyak makanan ada yang tak sempat ku makan seperti nasi ayam, roti john, kuih,mee rebus. Tak pe aku akan datang lagi 2nd round dan pastikan semuanya aku akan rasa.Tampat ini best sebab pemandangannya indah dikelilingi padang golf dan yang penting ada surau boleh sembahyang dan lepas tu makan lagi sampai pukul 1o malam.Malam ni aku jumpa kawan lama ( Safuan) dia pernah berkerja di sini dulu .Kalau ikutkan hati nak tunggu sampai tengah malam sebab banyak lagi makan yang belum dirasa tetapi perut dah tak boleh terima lagi bagai nak pecah.Malam ini aku rasa berpuashati dengan makan & minuman . Nanti kali ke-2 aku akan pasti boleh merasa semua makanan yang disediakan . jasa

Rabu, 26 Ogos 2009

Kenangan Bersiar-siar Di Bandar Hilir Melaka Dec 2008

Bersiar-siar bersama-sama keluarga semasa cuti sekolah . Melaka merupakan tempat yang sangat menarik untuk dilawati kerana mempunyai berbagai peninggalan sejarah yang patut di tunjukkan kepada anak-anak kita . -jasa
Gambar sebelah : anak-anak sedang duduk rehat setelah penat berjalan sekitar pusat bersejarah Bandar Hilir.


Berjalan-jalan mencari cenderhati untuk adik beradik dan kekawan sebagai kenangan. Kita orang pakai baju sedondon tau. Keluarga kami akan pakai sedondon setiap kali keluar.Meleka merupakan bandar yang sangat sesuai dilawati , dimana kita boleh menerang kepada anak-anak kita tentang sejarah Melayu ( jika kita tahu ). Di Bandar Hilir ada banyak Muzium yang berdekatan. Setiap Muzium akan mempamerkan tentang sejarah yang berbeza bergantung kepada Muzium itu.Bagi saya yang menarik adalah Muzium Kesultanan Melayu dia saya dapat melihat senibina istana Melayu yang dibuat tanpa menggunnakan paku dan juga barang-barang zaman Kesultanan Melayu Melaka Dan Kesultanan Melayu yang lain. Saya merupakan peminat bahan antik jadi bila berkujung ke Melaka adalah satu kepuasan dapat melihat bahan lama yang belum saya lihat. jasa

Sabtu, 22 Ogos 2009

Hari Pertama Ramadan 1430 hijrah (2009)

Membeli juadah untuk berbuka puasa di Kampung Melayu Sungai Buluh,beli nasi tomato,nasi dagang, sup campur, kuih sagu,air tembikai & air mata kucing. Beli seorang sebungkus aje sebab anak-anak balik rumah Wan & Aki nya .

Berbuka 2 orang aje sebab anak-anak ku mengikut abang ipar ku ( angah ) balik ke Termeloh. Selesai mengharungi ibadat puasa di hari pertama dengan penuh kesebaran.Berbuka pun dengan ala kadar bagi mengelakan pembaziran.





Kenangan Ketika Di Cameron Highland

Semasa membawa anak-anak berjalan-jalan ke Cameron Highlands ketika cuti sekolah bulan Jun 2009. Mereka teringin melihat keindahan dan suasana kehijauan pokok teh dengan udara yang nyaman serta suhu yang sejuk terutama waktu pagi. Gambar sebelah:tegah minum pagi bersama isteri tersayang , apalagi minum teh Boh lah sebab kat kedai Boh.

Anak-anakku dapat merasai bagaimana caranya orang memetik daun teh ketika kami melawat ke 2 ladang Teh Boh serta dapat melihat bagaimana teh diproses di kilang Teh Boh. Mereka juga dapat memetik buah strawberry terus dari ladangnya. Kami sempat bersiar-siar di pasar pagi dan pasar malam di pekan Brinchang. Gambar sebelah : Along ,angah & Dek Yah selepas penat ,berseronok memetik dan bermain dengan daun teh. Cameron Haighland merupakan tempat yang sesuai untuk bercuti sambil berehat kerana faktor cuacanya yang sejuk dan pemandangan yang indah dengan bagai pokok-pokok bunga.Tempat tinggal di sini taklah mahal, kalau sesiapa inginkan tempat tinggal yang murah homestay dengan harga berpatutan serendah RM 50 sehari semalam dengan kemudahan yang lengkap. Makan sangat mudah , murah dan bebagai jika ke pasar malam di pekan Brinchang setiap malam jika cuti sekolah dan cuti umum serta setiap malam sabtu bagi hari biasa. Di pasar malam ini juga kita akan dapat berbagai barangan yang murah seperti sayur-sayuran , bunga, barangan cenderahati dan lain-lain berbanding kita beli di kedai-kedai. Pasar malam di sini sangat besar dan barangan yang dijual beraneka. - jasa

SELAMAT BERPUASA- Sahur Pertama Ramadam 1430 (2009)

Melayan isteri dan anak-anakku bersahur di Restoran Durba di Pekan Rawang ( 22/08/09 , 4.30 pagi ) bersama keluarga Azman dan Hj Saiful.Seperti biasa aku hanya minum air Teh Tarik aje.Along makan nasi lemak , Angah- nasi goreng dan Dek Yah - roti canai .Ku harap anak-anakku semua dapat puasa cukup kerana mereka dah biasa berpuasa. Aku telah melatih mereka berpuasa ketika umur meraka 5 tahun, mereka tiada masalah untuk membiasakannya. Pada permulaan memanglah letih dan berbagai alasan anakku untuk berbuka tetapi aku akan menarik perhatiannya dengan berbagai cara untuk mereka sampai ke waktu berbuka dan makan bersama.Sebagai ganjaran aku & isteriku akan bagi wang raya lebih kepada mereka begitu juga dengan Wan & Aki mereka bagi memberi perangsang untuk mereka melakukannya setiap tahun .-jasa

Khamis, 20 Ogos 2009

Makan Malam Di Zai Seafood Sg Buluh

Makan-makan bersama anak-anak di Zai Seafood Sungai Buluh, belanja anak-anak katakan sebelum puasa. Hidangan ikan siakap 3 rasa, telur dada , kailan ikan masin, tomyam seafood dan sotong goreng tepung. Anak- anak ku sungguh berselera , along tambah nasi 2 kali , dek Yah tambah sekali. Masakannya sedap, cuma tomyam kurang mengancam. - jasa

Majlis Makan Malam Alcan



Bergambar bersama boss selepas selesai majlis makan malam syarikat tempat saya berkerja . Majlis ini telah diadakan di Hotel Hilton Kuala Lumpur yang dihadiri oleh semua pekerja syarikat dengan tema "Malam Hijau " yang berkaitan dengan alam sekitar.Majlis bermula lebih kurang jam 7 malam dan habis kira-kira jam 12 malam. Majlis malam ni meriah dengan persembahan dan permainan yang menarik dan melucukan.Semua boss-boss malam tu sangat " sporting" dengan pekerja, meraka melakukan aktiviti bersama.Lazimnya acara yang dinanti-nantikan adalah cabutan bertuah dimana hadiah pertama adalah TV LCD Samsung 32 inci, orang yang bertuah dapat memilikinya adalah En Chin Lam Sin dari bahagian akuan.Saya dapat cabutan bertuah berupa alat pengisar.Acara terakhir adalah gambar beramai-ramai semua ajk majlis makan malam yang terlibat termasuk saya . -jasa

Rabu, 19 Ogos 2009

Menerima Anugerah Dari MEF Bagi Pihak Syarikat


Menerima anugerah (Loyal membership Award) dari MEF bagi pihak Syarikat yang disampaikan oleh Timbalan Perdana Menteri - shahidah

Bersama Dgn Sultan Pahang Semasa Sambutan Jubli Perak SMKATAHAP


Bersama dengan Sultan Pahang ketika baginda menandatangani plak Persatuan Bekas Pelajar xtahap- shahidah

Semasa Melawat Singapore

Semasa menghadiri seminar Keselamatan Pekerja di Singapore selama 2 hari. Malam hari meronda-ronda bandaraya yang penuh dengan cahaya lampu. Masalah utama di kawasan saya menginap adalah mencari restoran melayu dan harganya mahal "nasi goreng ayam RM 9.00 ". Singapore yang kita perlu contohi adalah dari segi kebersihan bandarayanya, sukar mencari sampah tetapi seksa bagi yang perokok sebab hanya tempat-tempat yang dikhaskan saja boleh menghisap rokok , harga rokok sangat mahal sekotak RM26.50 dan tidak boleh bawa rokok dari Malaysia nanti kena saman mengikut jumlah batang rokok. -jasa

Bersidang Demi Keadilan

Hari ini saya akan bersidang dengan semua AJK Persatuan Penduduk Taman Pelangi ,Wakil Perkumpulan Ibu Taman Pelangi dan 4 Pengerusi di Taman Pelangi untuk menyelesaikan kekusutan masalah semasa demi keadilan dan kedamaian seluruh warga Taman Pelangi . Diharap perjumpaan ini tiada masalah dan suasana tegang. Persefakatan adalah perlu demi kedamaian.Setiap masalah yang timbul mesti ada penyelesaiannya.Perbalahan tidak akan mendatangkan keuntungan kepada sesiapa malah menyakitkan hati dan perasaan. Setelah selesai perjumpaan kira-kira jam 1 pagi , kebenaran memihak ke Perkumpulan Ibu ( serba biru ) dimana segala tohmahan terjawab dan terungkai dengan sejelas-jelasnya. Tentang surat yang Shema terima pihak polis menyatakan ia tak sah dan ada unsur tuduhan melulu.Demi keadilan Shema meminta 4 Pengerusi menulis surat untuk menarik balik surat itu. Keadilan dan Kebenaran akan muncul pada pihak yang benar. Sekian ,TQ- jasa

MC lagi

Hari ni doktor panel bagi 2 hari cuti sakit. Suruh duduk kat rumah sebab ada direct contact dengan kakak ipar yang positif H1N1. Actually, jumpa dia seminggu sebelum dia positif H1N1. Dan ada direct contact dengan anak saudara jiran yang positif H1N1. Itupun jumpa dia 2 hari sebelum dia positif H1N1. Seronoknya....tapi, kerja kat office banyak, siapa nak buat??? - shahidah

Selasa, 18 Ogos 2009

Lawatan Ke Darul Atiq Kuala Kubu Baru - 14/08/09



Lawatan ke Darul Atiq Kuala Kubu Baru bersama-sama jiran-jiranku dengan tujuan menghantar sumbangan yang berupa wang ringgit, pakaian dan makanan dari penduduk Taman Pelangi Rawang pada 14 Ogos 2009. Darul Atiq mempunyai penghuni kira-kira 120 orang yang terdiri daripada anak yatim, ibu tunggal, bekas penagih yang ingin kembali ke jalan yang benar, anak-anak yang bermasalah serta saudara baru (mualaf) yang memerlukan bimbingan. Kami merasa amat terharu dengan kekurangan dari segi pasarana yang ada di Darul Atiq. Sebuah masjid yang sedang dibina tetapi masih memerlukan sumbangan kewangan yang banyak. Suasana disini sangat menarik dengan kehijauan alam sekitarnya. Semua yang hadir tertarik dengan suasana kawasan sekeliling walaupun rumah tidaklah indah.Kekurangan tidak menghalang penghuni di sini meneruskan perjuangan hidup.


Memunggah barang-barang yang disumbangkan ke atas lori , penuh satu lori .

Jasa sedang berucap bagi pihak rombongan

Isnin, 17 Ogos 2009

Disyaki H1N1

Hari ini aku sekeluarga pergi ke Hospital Sungai Buluh untuk menjalani pemeriksaan H1N1 disebabkan oleh anak-anakku bermain dengan anak saudara jiran yang positif H1N1. Alhamdulillah semua ahli keluarga disahkan negatif. Anak-anakku mendapat MC 2 hari walau bagaimana pun mereka terpaksa ke sekolah dengan memakai mask sebab ada peperiksaan di sekolah kebangsaan. - jasa

Ini Blog Keluarga ku


Selamat Datang