Isnin 6 Jun 2011 - Bersantai bersama keluarga di I-City Shah Alam. Dah lama bercadang nak ke sini disebab banyak perkara dan hal yang perlu diutamakan maka tertunda beberapa kali . Memang indah suasana disini yang diterangi oleh berbagai warna lampu LED dan tambah pula dengan berbagai aktiviti. Anak-anak sungguh seronok terutama bila dapat masuk ke rumah salji, bagaikan berada di kutub utara. Ingankan tak sejuk ..rupa-rupanya sejuk sangat walaupun dah pakai baju sejuk masih terasa kesejukannya terutama ditangan dan muka. Hinggakan kemeraku berkabus bila keluar dari rumah salji , nasib baik bawa 2 kemera bolehlah pakai yang satu lagi. Kalau tak .. tak dapatlah ambil gambar di tempat lain.
Selasa, 7 Jun 2011
Ahad, 5 Jun 2011
Sehari Di Port Dickson
Sabtu, 4 Jun 2011- Tiba di Port Dickson 12 tengahari, kami sekeluarga terus menghadiri majlis kenduri kahwin adik Din di Teluk Kemang, Lepas kami pun check in di Kayns Resorts. Tempat ni sungguh cantik pemandangannya yang mengadap pantai. Ni kali pertama kami sekeluarga menginap disini. Seronok disini sebab pantainya cantik dan jauh dari tumpuan orang dan selesa untuk berehat di tepi pantai sebaba banyak pokok yang besar.
Langgan:
Catatan (Atom)