Sabtu 14 Ogos 2010 - Biasalah hujung minggu masa yang paling sesuai untuk berbuka puasa bersama adik-beradik dan anak-anak saudara. Aku dan keluarga berkunjung ke rumah Kakakku di Serdang untuk berbuka puasa bersama kakak(ngah) dan abangku (uteh) serta keluarganya. Kami tinggal tiga beradik aje kerana ayah, ibu dan 2 abangku telah meninggal dunia, bila kami berkumpul bertiga akan teringatlah mereka semua. Sebelum ke sana aku dah minta supaya kakakku untuk masak asam pedas ikan pari dan sambal goreng. Sambal goreng makanan kegemaranku ketika semasa bulan Ramadhan. Dulu semasa di kampung arwah ibuku akan masak sambal goreng bila puasa dan setiap kali aku balik bercuti semasa di U. Kini ia menjadi kenangan saja.
Ahad 15 Ogos 2010 - Hari ni pulak aku bersama keluargaku berbuka bersama ibu mertuaku dan adik-beradik sebelah isteriku. Majlis ini dibelanja oleh adik iparku. Kita orang berbuka di Perangsang Tampler Golf & Resort. Sebelum berbuka kami bereadah dulu, adik ipar (andak) dan abang iparku (angah) serta isterinya main golf. Kami sekeluarga bersama adik ipar (ateh) dan keluarga serta ibu mertua bermain bowling. Tak sangka walaupun ibu mertuaku pertama kali bermain bowling dia tiada masalah dan dapat mengumpul mata.
Tepat jam 6.45 petang kami pun turun ke tempat berbuka puasa. Menu malam ini sangat banyak berpuluh-puluh jenis hidanagan. Mula-mula sekali kami ambil kambing panggang. Pada malam tu aku makan kambing panggang , nasi campur lauk ikan masak madu + ayam perecik + gulai ikan masin + sambal udang, kuew teaw goreng, ayam panggang dan berbagai lagi. Berhenti untuk solat magerib sebelum menyembung semula makan sampai pukul 10 malam. Jam 10.15 malam kami semua beredar untuk balik ke rumah masing-masing.